Jumaat, 14 Mei 2021

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak layak masuk dalam keluarga korang... Korang teramat baik untuk aku dampingi....


Memang padan pun layanan korang kat aku macam tu... Korang memang keturunan yang baik... Yang patut di rai... Keluarga aku tak payah nak rai pun... Tentang keluarga aku, memang nampak sangat liat nak bertandang... Tapi belah keluarga korang, beria- ia WAJIB diraikan... Korang ingat aku ni tungguk kayu perlu tengoj sahaja.... Korang silap .... Aku kan perempuan tak baik.... Aku boleh buat apa saja yang aku mahu...... Arggggghhhh aku benci kalian.... Aku benda dengan semua ni.... Aku benci... Kenapa aku terjebat dengan keluarga macam korang eh..... Kalau tak suka, cakap je secara zahir.... Kita buat tak suka sama kita.... Pedulikan kata orang... Sebab yang tangguh, hati aku.... Bukan orang lain pun....



Buang masa raikan korang....

Isnin, 10 Mei 2021

Tak kisah

 Aku dah tekad. Kalau ini ikhtiar aku yang terakhir... Aku sudah tak peduli, walau siapapun si dia.yang penting aku dengsn cara aku. Aku usaha untuk dapat yang aku nak. Asalkan tertutup mulut itu. Pedulikan Cara aku.... Aku benci dengan semua ini...  Kenspa begitu... Bukan kehendak aku.... Aku benci.....

Kesal

Ikutkan hati, angkat je kaki.... bukan boleh paksa orang suka atau tidak.... Dan kita tak perlu nak terhegeh- hegeh pun.... bukan ada anak pun untuk bertahan.... Yang ada tu pun bukan reti nak hormat orang... Jenis pemalas dan reti sumpah seranah.... Asyik ulang tak cerdik lagi... Dah besar berbulu masih tak cerdik... Dan memang begitu lah sampai ke sudah....

Untuk apa nak bertahan, buat beban aku.... Selagi aku ada, boleh tumpang senangkan..... Memang tak cakap... Tapi hulur-hulur lah msna yang patut.... bila cakap, aku je yang mengungkit..padahal diri tu tak sedar....

Malas cakap banyak.... Aku dah tahap menyampah. Anak beranak sama je...

Isnin, 14 September 2020

Bosan

Penat sebenarnya nak cerita tentang hati... kan kalau tak luah, dok pendam sorang... boleh jadi gila.... kalau melalak tak tentu pasal pun, orang akan cakap kita Gila gak kan!!! Ah!!! sama juga... 


Lama betul tak meluah hati di sini...


Pasal apa ye!!!!



Pasal Anak?

Pasal Pindah?

Pasal Hati?

Pasal Cinta?


Arghhhh!!!! tak de Mood aku untuk semua itu... membosankan....

Khamis, 10 September 2020

Memang sah! Love Scam

 Berikutan cerita semalam... aku rasa bersalah... aku cuba cari maklumat tentang scammer ni.... sekali keluar carian tentang "Love Scam".


Yes.... tepat sekali rasa curiga aku.... 


Ni aku list kan penipuan dalam Love Scam :

1. Menyamar dengan gambar-gambar lelaki kacak dari USA atau Benua Eropah dalam laman sosial.

- Ye, dia menyamar sebagai lelaki Cina dari Singapore tetapi bekerja di Texas.

2. Menyamar dengan gambar-gambar wanita yang seksi.

- Dia menyamar sebagai lelaki... jadi gambar seksi tu tidak ada. Dua kali juga dia minta gambar aku... huh! aku tak bagi....

3. Status sebagai duda yang baru bercerai dan ingin mencari pasangan hidup.

- Si Eric ni duda kematian isteri dalam kemalangan dan tidak mempunyai anak.Sedih kan cerita dia.

4. Mempunyai darah kacukan.

5. Mempunyai kerjaya yang hebat dan berjaya seperti ahli perniagaan, doktor, pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya.

- Hahaha... Eric kerja Pilot American Airlines... wah!!! hebatkan... Kahkahkah.. 

6. Akaun dalam laman sosial adalah mencurigakan dan palsu dimana gambar-gambar peribadi terlalu kurang (3 atau 5 gambar sahaja).

- Yang ni menguatkan syak aku.... aku ada minta akaun facebook.... tapi aku tak add friend pun... list friend pun tak de kawan, facebook baru create dan yang paling buat aku cuak adalah gambar yang diupload di "like" warga kulit hitam... kau caya ke bangsa cina kawan dengan orang kulit hitam.... Dishhhh, geram ni... penipu besar ni.... 

6. Mengambil masa yang lama untuk membalas mesej dalam email atau laman sosial yang lain.

- Bab ni aku tak mulakan dulu.... dia yang selalu send Whatsaap kat aku... aku cuma tengok last seen je... firasat aku... satu nombor untuk seorang mangsa.... pagi-pagi buta pun dia whatsaap... entah masa mana dia tidur pun aku tak tahu.... 

7. Cuba mengelak komunikasi menggunakan webcam komputer.

- Aku tak pernah buat... tak de kerja aku nak mencari mamat tu.... 

8. Panggilan manja dan romantik dalam masa yang singkat.

- Memang pun... tetiba buang tebiat hantar ayat cinta... tak de nya aku nak gila, kau tu agama lain, bangsa lain... sorry to say la

9. Ada ayat-ayat cinta untuk memikat.

10. Menjanjikan perkahwinan

- aku ada suami, dan aku ckap kami saling mencintai..... 

11. Akan menghantar bungkusan yang berisi hadiah mewah.

- ni yang buat aku terkejut beruk semalam.... gila lah kalau aku terima barang dia tu... tidak!!!!!... aku masih waras lagi. Agaknya dia beli kasut kat aku... dan akan pos sebelum next flight. entah negara mana pula dia nak terbang... berangan konon jadi Pilot...

12. Akan datang ke Malaysia untuk jumpa mangsa dan keluarga.

- Alasan minta gambar dulu, dia cakap untuk dia kenal aku sebelum dia datang ke Malaysia... Fuh!!! gila aku nak pergi mengadap jumpa dia... Sekalipun dia memang orang Singapore, dan seorang Pilot... aku tak kan pergi jumpa....

13. Menggunakan akaun pihak ketiga (milik warga tempatan).

14. Mangsa dikehendaki membayar bungkusan yang dihantar.

- Mujur aku tak beria nak terima barang tersebut....

15. Meminta wang walaupun tidak pernah bertemu dengan mangsa...

- Bab ni aku memang tak berduit... dan aku sedikit kedekut untuk memberi duit banyak-banyak pada orang... setakat sedekah tu, aku bagi je ikut kemampuan aku....


Tu je nak cerita hari ni... dan untuk hari ni.. aku cuma lihat dia online whatsaap, tapi tidak whatsaap aku untuk bertanya khabar... Harap dia akan angkat kaki tinggalkan aku.... 


Bye... 

Apakah?

 Permainan gila apakah yang aku buat ni.....


"I bought fews things for you hoping that you will love them when you get it,I want to make it as a surprise unfortunate I don't have you details kindly send me ur house address your phone number and email so that I can send to you before my next flight."


TOLONGGGGGG!!!!!!!

 

 Tadilah , dia tanya size kasut aku... Aku reply size 6 dan tanya "why"....


I will message you when i m done.....


Tunggu lah kita nya...

"Dia dah beli dan menghabiskan banyak duit.... Jadi menyusahkan dia...." 

Weh.... Dia beli sungguh lah.... Gerun aku, macam-macam dah aku pikir.... Ye lah, dia pos barang tu, kot-kot selit dadah dalam tu.... Naya aku.... Aku tak kenal pun dia... Sekadar chating dalam whasaap, layan je.... Lebih- lebih tak nak lah aku.... Pada aku, layan tu nak menguasai bahasa sahaja.


Maaf sangat-sangat... Kadang aku sangat teruja mengenali dunia luar...... Pujuk hati.... yang dia tu hanya "tipu daya".... 


Yakin dengan firasat hati... Bukan Eric sebenar... Tapi hanya penyamaran... Banyak benda yang tak logik sebenarnya.... Sampai satu masa, aku akan undur diri.....


Maaf atas kekhilafan aku....


Selasa, 8 September 2020

Wait and see

Sekali lagi si Eric minta gambar... Sorry, i don't know who are you!!!

.......You don't know me until now?

Dalam hati kuat mengatakan dia tu Mamat hitam a.k.a scammer.


Banyak benda yang tak lojik sebenarnya... cuma aku ambil langkah tunggu dan lihat sejauh mana dia nak pedajal aku....


Katanya... petang nanti flight ke Spain... wow!!! teruja aku.... 

Then, fly to Italy.....

Syok gile ah...

Misi aku, aku cuba minta dia selfie ke Italy nanti....

 Gambar ni dia bagi aku.....


Gambar ni ada dalam FB.... gambar lama...winter, sekarangkan summer... 

Kalau betul wujudnya si Eric ni.... mesti melambak-lambak dia selfie.... tolol betul nak game aku ye...

Sampai ke hari ni dia tak pernah tanya nama aku.... 


Eiiii.... geli aku.... 

# Berapa lama lagi kesudahan cerita ni ye?
# Berapa ratus ribu dia nak game aku...
# Wei.... aku tak dak duit pun nak bagi korang... duit yang aku ada ni pun selalu tak cukup untuk aku bermewah... nak buat loan pun tak lepas dah....kau lupakan lah aku!!!!! hahahaha (Sambil gelak jahat sambil guling-guling atas tilam lusuh)

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...