Isnin, 19 Ogos 2019

Cara jahit cadar fitted

Beli kain cotton bidang 93 inci. 

Bahan-bahan dan alat : 

1.25 m untuk cadar single sahaja.
(kalau nak bantal tidur dua biji dan sebiji bantal peluk kena beli 1.5m lagi)
 getah cadar 1.2 m/ 47'  lebar 1 inci 


 Langkah 1: 

Basuh kain dan keringkan. Ini adalah kerana kebanyakkan cotton akan mengecut.


 Langkah 2 :

 Ambil ukuran tilam, iaitu ukuran panjang, lebar dan tebal tilam. 
Ukuran saya panjang -74', lebar 36' dan tebal 4'. 
Potong kain panjang dan lebar di setiap sisi dengan penambahan tebal tilam + 1' . 
Contohnya panjang (74' + 5' atas + 5' bawah ) =84' 
                   lebar (36' + 5' kiri + 5' kanan) = 46' Langkah 3 :


Langkah 3 :

Potong 5' berbentuk kotak segiempat sama di setiap penjuru kain.


Langkah 4 :

Jahit pepenjuru kotak segiempat sama tu, kemudian jahit tepi atau kelim. Buat di semua penjuru kain. kelim keseluruhan kain. Saya guna tapak kelim, Ia sangat mudah dan menyeronokkan
Langkah 5 : 

Potong 4 keping getah cadar berukuran 12' sekeping 


Langkah 6 : 

Lipat dua getah, dan pinkan ditengah-tengah jahitan pepenjuru tadi. Ukur 11' di sebelah kanan dan 11' di sebelah kiri dan pinkan hujung getah.


Langkah 7 : 

Menggunakan jahitan zig zag (lebar jahitan 4/5), jahit getah dengan meregangkan getah dan kain dan nanti kain akan berkerut dengan sendirinya. ulang di setiap penjuru

Tips : 

Kalau nak buat untuk katil queen atau king pulak, caranya adalah sama seperti di atas. Tapi kena buat ukuran dan pengiraan sendiri sebab ketebalan tilam adalah berbeza. ukuran lebar getah yang lebih besar boleh digunakan


Hasil carian imej untuk danbo menjahit

Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...