Jumaat, 20 Jun 2014

Mana menghilangnya "mood" aku


Bosannya... puas aku bergolek sana, bergolek sini.. tapi tak ada juga kesudahannya... 
Pejam celik pejam celik dah dua bulan lebih aku terdampar di sini... Banyak perubahan dah berlaku. 

Ya Allah, Setiap saat aku menghitung hari, terasa semakin hampir hari yang menakutkan aku... hati aku takut untuk menerima ketentuan ini... Antara aku dan dia...  Tuhan saja yang tahu perasaan hati ini... 

Jumaat, 13 Jun 2014

Selamat tinggal derita


Sekiranya kisah sedih tak mampu kau padamkan, maka kau tak akan mampu membina kebahagiaan pada lembaran berikutnya.

Kesedihan hanyalah "LEMBARAN LUSUH" yang terdapat dalam sebuah buku kehidupan. Apa yang perlu dilakukan adalah MEMBUANGNYA & MENGGANTIKANNYA dengan lembaran yang baru.....

Hakikatnya ia tak semudah yang diucap... bukannya semudah pemadam... memadamkan kesilapan di buku... Segala-galanya memerlukan masa... Kenangan tetap ada, biarpun hidup tak selalunya indah...

Hidup ini cukup adil aturannya,
Ada senang Ada sedih
KADANG gembira
KADANG terluka...
Ada memberi, ada menerima,
SEBAB hidup ini terus berputar...
SENYUM dan redha, itulah yang membuat kita KUAT kembali...

Rahsia Allah

  

Sehebat apapun kita merancang,
Sekuat apapun kita paling setia,
Sesabar apapun kita menerima,
Seberapa lamapun kita menunggu
Jika takdir Allah menentukan kita tak berjodoh dengannya, maka kita tak akan pernah hidup bersamanya.

Akan tetapi, jika Allah telah menetapkan kita berjodoh dengannya,

Walau sejauh apapun jarak memisahkan,
Walau tak pernah sekalipun bertemu muka,
Walau tak pernah sekalipun berhubungan,
Maka Allah selalu punya cara untuk mempertemukan kita dengannya.

....Kerana tulang rusuk dan pemiliknya tak akan pernah bertukar dan akan dipertemukan pada saat yang tepat menurut kehendak-Nya.

Tiada yang kebetulan melainkan kesemuanya telah Allah rencanakan untuk kita.. Insyallah
Mudah-mudahan kita bersabar dalam mencari dan menerima segala rencana-Nya dalam menjemput dan menanti jodoh kita.

 Amiin Ya Rabbal'aalamiin


Ketentuannya

Biar lah gambar yang berbicara....




Khamis, 12 Jun 2014

Hanya berserah pada Allah...

Tengah aku bersembang selepas makan malam...tiba-tiba aku dapat whatsApp dari "ammi".... aku sedikit pelik dengan pertanyaannya....walhal sebelum ni kami selalu juga ber SMS/whatsApp.... balasan aku dalam bentuk soalan juga "bakpo".... lama aku menunggu, tak ada pula balas... mungkin dia sekadar nak tahu. Hampir 1jam baru aku terima balasan... hati aku cukup berdebar.... Apakah semua ini !!!! Aku sedikit cuak dan takut.... Ya Allah, adakah aku akan diuji lagi....

Rabu, 11 Jun 2014

Telefon besar komputer

Bangun pagi tadi, ma cakap "nanti bawa ma pergi RTC, ma nak beli beras".... aku ok jer... cuma tunggu la aku mandi dulu.

  Mula tu ma cakap, tunggu je la dalam kereta, ma nak beli beras je... ok la tu, tapi macam tak percaya, ye ke nak beli beras je... masa dalam perjalanan, ma tambah senarai barang nak beli... em, nak beli bawang dengan santan...

 Sampai RTC, aku turun sekali. Tak kuasa aku tunggu dalam kereta... "penantian itu satu penyiksaan" emm... dah agak dah, bukan bawang santan nga beras je ma beli... dari buah manggis, mangga, ayam, ikan, sayur ... mana kedai yang ma lalu, semua nak beli... siap beli tudung nga baju lagi.... itu la ma, dah terlalu faham sangat.....

Sebenarnya yang aku nak cerita kat sini, masa tunggu ma pilih baju,ada orang telefon aku, tengah aku bersembang dalam telefon, tetiba dua orang pakcik yang tak berapa tua tegur aku... dia cakap "besarnya telefon, besar macam komputer"...erk, pakcik dua orang ni tak kenal ke tablet... tak pernah tengok ke tablet... cara cakap tu macam tak tahu tablet tu boleh digunapakai untuk buat panggilan...



Telefon lesung batu ni pun penah aku guna dulu-dulu...

Selasa, 10 Jun 2014

Hati itu milik Allah

Gambar tiada kaitan dengan cerita


Sorang kawan aku ni selalu mengadu pasal penyewa degil tak mahu bayar sewa bulanan kedai... macam-macam ikhtiar dia buat supaya jelaskan bayaran....kalau tak nak bayar, dah jemput secara hormat supaya keluar... tapi sikit pun tak jalan..

Tiga malam lepas, kawan kita ni pegilah buat keje sikit, pegi potong paip air dan bekalan elektrik...Masa balik tu, kena timpa hujan la pulak... kesudahannya kawan kita ni demam... Apa taknya...balik rumah, tak mandi dulu, selesai solat subuh terus tidur...Baru kejap tadi, kawan cakap penyewa degil tu dah sambungkan sendiri paip air dan elektrik.....tiga hari lagi kawan ni nak pergi potong lagi... nak buat sampai orang tu menyampah tahap bawa diri keluar dari kedai tu.... ada ke patut, nak sewa, tapi tak nak bayar... buat macam harta mak bapak sendiri.... kesudahannya, kawan ni doakan semoga orang tu lembut hati...lagipun hati itu milik Allah...

Ahad, 8 Jun 2014

Tetamu bertandang

Bila tetamu datang, bermakna kita menerima rezeki... Alhamdulillah keluarga aku dapat menerima kunjungan tetamu dengan hati terbuka.... walaupun apa yang berlaku, kita tetap saudara... itu katanya..


  Bila orang buat baik, kita layan baik, bila orang pergunakan kita ... kita serahkan pada Yang Kuasa, moga Allah tunjukkan kebenaran...
Terima kasih sudi bermalam di teratak kami... pertemuan ini, insyallah akan berkekalan. Terima kasih jua atas doa itu...bila masanya, aku serahkan pada Illahi, biarlah Allah aturkan yang tebaik untuk ku...terima kasih juga menerima diri ini sebagai saudara, hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian. AMIN....Ya Allah, Kau murahkan rezeki hamba Mu yang menjalinkan silaturrahim kerana Mu.

Syukur atas nikmat kebahagiaan

Lamanya tak menulis... bukan sebab lupa pasword, tapi hati tengah berbunga...  ahaks.... ye la tu... Apapun syukur kehadrat Illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmat Nya... wah!! macam ada cerita best je... Semestinya.... hikhikhik...

Biarlah ianya tersimpan dilubuk hati ini... hanya Allah yang mengetahui isi hati ini...  Keinginan hati ini... manusia-manusia hanya tahu mengambil kesempatan untuk kepentingan dirinya sahaja...kalau itu tujuannya...hanya itu sahaja yang dia dapat... Alhamdulillah aku dapat lebih lagi dari itu. Mata pun dah mengatuk ni, "Happy next day sweet dream" berwinter sonata la kita ye... hihihi (gelak miang)


erkk... sorang je ke? Bole ngorat?

Khamis, 5 Jun 2014

Tun reza punya keje

I kesian tengok u... u jangan la hidup sorang lama-lama... nak i carikan jodoh?

I nak orang kelantan...

I ada kenal sorang ni, kaya, tokey minyak, bini meninggal umur 56...u nak?

Isk tua sangat lah, tak nak la kaya sangat...

Rugilah tak nak yang kaya, kalau sultan Brunei pinang u, tak kan u nak tolak....

 isk merepek, tak kan lah sultan Brunei nak kat i... cari lah orang lain

-----------------------------------------------------------------------------

 Dulu i dah cakap, jangan bercerai, u bercerai juga... kan dah hidup sorang

 Habis kalau hati dah benci, tak kan nak buat bodoh ... baik cari lain, lagipun i nak anak... nak ambik anak angkat pun, dia tak mahu....

U nak yang macamana? I nak rekemen kat u... dia ni tokey restoran, kalau u kahwin nga dia, u tak payah masak dah, makan je kat kedai dia....

Hahahah, tak senonoh sungguh, balik kerja pegi kedai, makan eh...

Ok la tu, kaya apa...

Kaya buat apa, dia solat jemaah kat masjid tak?

Yang tu i kena cheak semula...

--------------------------------------------------------------------------------

 Hujung minggu u tak pergi dating ke?

Nak dating nga sape?

Dating dengan pakwe la...

I mana ada pakwe.

I ada pekerja baru, u nak tak... nama dia Zul, umur 32, dia baru je putus tak jadi kahwin, duit hantaran dah ada, kuaga perempuan up hantaran...belagak...

I janda la, dia teruna kan

I dah cakap kat dia, u janda, tak pandai masak....

Ade juga pakej i tak pandai masak....

Dia diam je, macam nak... alah tak pandai masak boleh belajar, kalau muka tak hensom boleh repair...

Alahai, kalau muka tak hensom, keturunan anak2 i mesti xcantik, jenuh nak repair muka anak2 i....

Tapi dia merokok, u nak tak... solat tak tahu la macamana.
 tu la, i nasihatkan u cari la orang depan mata u je, senang..kat tempat kerja u takkan tak ada...

Isk, laki orang buat apa...

 -----------------------------------------------------------------------------

 U nak tak jadi bini ke tiga i?

Eh, bila masa u ada 2 bini...

 i memang dah ada 2 bini...

Bohong,takde maknanya i nak kawan nga laki orang..

 -------------------------------------------------------------------------------------------

I reject u awal-awal lagi, sebab u ada niat nak buli suami suruh masak. Tak nak lah i jadi mangsa

I tunggu Datuk pinang i

Datuk tak pilih janda, mesti dia cari anak dara. Tengok macam Datuk K tu....

Alah, Che Ta ramai je orang berebut, dapat teruna lagi...

Che Ta tu lain la, bagi hadiah kat anak pun BMW, lagipun dia tu artis....

Tak pelah, i tunggu penoreh getah je, senang....

Tak de duit susah juga .... Abang i duda dok london, u nak...

Jauhnya... dia nak ke kat i

Kenapa, u nak suruh dia duduk kat kelantan ke....

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...