Isnin, 29 September 2014

Hujan itu rindu....

Hujan turun.... Alhamdulillah

Hujan itu pada suatu detik, ia ibarat rindu.... Yang datang pula ketika itu sedang asyik di dalam rumah.... dan kita selesa dengan rasa itu.

Namun ada waktunya, hujan turun semasa kita berada di luar, kita basah dan sejuk. Lalu apa yang mahu kita lakukan?.

Teruslah berjalan sehingga kamu menemukan apa yang dirindukan itu, ataupun sehingga yang dirindukan itu menemui kamu..


Ahad, 28 September 2014

Aku perlukan...


Aduhhh....

Sedih, pilu, sayu, rindu.....

Bukan nak meratapi tapi dah perasaan tu datang apa mampu aku buat. Hadapi jelah. Anggap sebagai cabaran hidup. Tapi awak, kenapa awak kunci rindu saya hanya untuk awak. Saya dah cuba buka hati saya untuk orang lain. Tapi awak tetap nak duduk kat hati saya. Aduhh tak mampu berkata apa-apa. Apepun jangan resah. Ini takdir!

Cukup lah...

 Tenangkan hati aku Ya Allah. Lepaskan segala beban yang aku tanggung ini. Cukup lah... jangan khianati aku lagi...cukup lah apa yang aku rasa kini. Jauhkan aku dari rasa putus asa... yakinkan hati aku, pertemuan yang kau aturkan itu, bukan untuk menyakiti hati aku... yakinkan aku juga, perpisahan yang terjadi adalah terbaik untuk ku.

Ya Allah, andai ada ruang untuk aku merasai nikmat Cinta manusia... biarlah ianya berpanjangan hingga ke nafas terakhir ku.. kiranya Cinta itu bakal menyakiti aku lagi... tutup lah hati ini untuk menerima mana-mana cinta .
 
 #Pejamkan mata mu sayangku... ukirlah senyuman dibibirmu.... tariklah nafasmu... dan katakan "  Janji Allah itu pasti"

Jumaat, 26 September 2014

Sakit cinta

 Aku sakit sekarang ni.. gara-gara kerana Cinta. Macam kelakar bunyinya, tapi itu lah hakikat yang aku hadapi sekarang.

Adakah aku bermain cinta dengan orang yang salah. Atau lebih tepat lagi bukan jodoh untuk ku. Tapi kenapa aku menyintainya.


Kan.... takde jawapan.

Buat penat je tanya "KENAPA"

#Awak, kenapa buat saya merana begini. Betul ke awak sayang saya. Kenapa awak tinggalkan saya disaat saya betul-betul cinta awak. Apa salah saya awak. Awak tolong lah saya. Hati saya sakit sebab awak. Awak, kalau saya menangis sekali pun, awak tak kan tahu kan... sebab kita JAAAAUUUHHHHHHH......

 SAYA BELAJAR LUPAKAN AWAK UNTUK SELAMA-LAMANYA.... MAAFKAN


Apa yang aku rasa

Betulkah ini cinta. Aku sendiri pun tak pasti. Aku masih keliru dengan hati ini. Aku takut ia hanya mainan perasaan. Mainan kala aku sunyi... spataupun sekadar teman dikala jiwa ku terluka.


Entahlah.... aku pun tak tahu. Biar masa saja menentukan segalanya. Yang aku tahu hati ini bukan main-main. Kenapa aku senang menerima perkenalannya dulu, padahal aku langsung tidak mengenalinya... dan kenapa aku tak ada keinginan untuk mengenali orang lain sekarang?

Biarpun hati ini menyintaimu, aku tak mampu meneruskan. Biarlah menjafi rahsia dihati ini.


Khamis, 25 September 2014

Mencari calon suami yang macam ni...


Meh, aku nak cerita calon suami yang aku nak ....

-Bangun tidur awal pada aku, pastu kejutkan aku bangun solat Tahajjud dan solat subuh sama-sama.
 -Baca doa untuk aku dan salam cium dahi aku,
 -Memaafkan sebelum aku tidur, segala yang terkurang setiap hari.
 -Tolong jangan baring buat tak tahu je masa aku penat kat dapur. Tolonglah basuh pinggan. Tolong masukkan baju kotor sendiri dalam bakul @ washing machine.... jangan main campak je.
 - Pimpin tangan aku masa keluar jalan-jalan. Temankan aku masa beli ikan kat pasar.
 -Jangan ganas dan darah panas... nak yang sopan tapi tegas pastukan dia selalu cakap "I LOVE U".
 - Jangan kutuk masakan aku.
 -Panggillah aku dengan panggilan yang manja.
 - Jangan bandingkan aku dengan perempuan lain.
 - Selalu buat suprise yang aku suka...
 - Mandi sama-sama.. tak salahkan?


Hemmm....

Tapikan...

 Aku buat apa pula ....

"AKU TENGAH BERANGAN LAH NAK DAPATKAN CALON SUAMI YANG MACAM NI"

 #Moral of story...
 Ketahuilah, sekiranya suamk isteri itu faham semua perkara diatas, tak perlu timbul... sebab matlamat perkahwinan ialah nak cari REDHA ALLAH.






Rabu, 24 September 2014

Mood kucar kacir

Maaf, aku langsung tak berminat. Aku tak nak paksa hati aku terima orang yang aku tak nak. Tolong faham perasaan aku. Yang nak kahwin adalah AKU...  Aku nak hidup bersama orang yang aku cintai. Tolong lah aku Ya Allah... adakah ini pilihan terbaik dari mu... tapi kenapa hati aku menangis dalam diam. Aku rasa terpaksa dan dipaksa. Aku tak ikhlas menerimanya... dia bukan lelaki idaman aku. Ya Allah, tolong lenyapkan aku dari dunia ni. Aku rasa tak sanggup berdepan dengan situasi ini. Sangat-sangat tak adil.. Patut kah aku berkeras menegakkan HAK aku?

 Stressss giler.......

Ahad, 21 September 2014

Dah gemuk ke?

Salam dan Hai...

Hari ni pegi jalan-jalan sambil shoping coklat kat kilang beryls. Teringat kat anak jiran minta belikan coklat. Si Azim dan Asmaa jadi bodyguard aku. Lepas pilih coklat dan bayar, budak dua orang ni minta nak bergambar kat luar kilang. Aku lah tukang ambik gambarnya. Aku pun join bergambar sekali. Pastu gatal tangan aku ni upload gambar kat FB... ramai gak yang komen dan Post Meseg kat aku... hahaha, orang cakap aku dah bulat dan tembam, siap minta petua lagi macamana nak jadi gemuks.... oh tidak, betul ke aku ni dah tembam vs gemuks....

Oh, kena diet ni, tak boleh jadi ni... kan bila dah gemuks, susah nak cari baju yang cantik-cantik .... oh tidakkkkk!!!!!

Terharu

Bila baca moments wechat ni...uikh...rupa-rupanya ada anak murid yang menghargai aku... kuang kuang kuang... bukan apa, Si Erin ni aku tak ajar pun kelas dia.... yang bole aku rapat dengan dia, masa program Kem pecut UPSR. Waktu makan tengahari, aku bertugas layan diorang makan, si erin ni la ajak aku makan satu meja nga dia... ikut je lah... budak-budak nak bermanja nga cikgu dia... apa salahnye kan...

Si Erin ni sebenarnya murid pendidikan khas.. kanak-kanak istimewa. Dah masuk umur 14 tahun, tapi baru ambil UPSR, kerana masalah pembelajaran. Alhamdulillah semangat tengok dia belajar. Apapun, aku doakan semoga Erin berjaya dalam setiap lapangan yang dia ceburi....  
 

Lenguh Lumpuh...

Bangun solat subuh, rasa letih sangat... lenguh segala sendi... Aduh... ni mesti kes mandi kolam semalam. Mandi tak ingat dunia... lepas solat subuh, konon tak nak tidur, aku capai novel..... emmm hampeh tertidur juga.

Bangun-bangun dah pukul 9. Cepat-cepat mandi pegi pasar Serdang beli barang basah. Lepas beli barang, ingat nak balik terus ke Melaka, tapi kepala rasa tak selesa pulak. Sakit macam kena tarik kepala ni. Baik aku tidur... Ape, sedar-sedar dah pukul 4 petang... huh, lamanya aku tidur.

 

Sabtu, 20 September 2014

Mandi kolam

Cikti, jom la mandi kolam...

Taknak lah, Cikti takde baju...

Jomlah... pinjam la baju Cikma..

Malulah mandi tak pakai baju... Kuang kuang kuang
 ..........................................
 Kejadian berlaku kat Kolam Flat Sri Kenanga.

Debushhhh....

 # Macam nangka busuk jatuh dalam air... buat malu jer, jatuh kolam dengan aksi tak tercapai akalku. Fatnin la nih, tolak aku dok berdiri tepi kolam... kuat betul tenaga budak pocoyo tu...


Em...teringat dulu-dulu selalu mandi sungai belakang rumah dan sungai dekat rumah pokli. Degil la dulu, padahal dah tahu Ma marah mandi sungai, tapi mandi juga. Selalu juga kena libas dengan ranting kayu, emmm tak makan saman pun, esok pegi mandi lagi... Masa mandi tak pernah pun pikir, kenapa Ma marah sangat mandi sungai... yang aku tahu, seronok mandi sungai. Sekarang baru sedar...Ibu mana yang tak sayang kat anak... ye lah, risiko mandi manda ni boleh lemas, aku pun bukan tahu sangat berenang... pastu dalam sungai kita tak tahu bahaya apa yang menunggu. Boleh jadi ada ular... (sebenarnya aku pernah jumpa ular berlingkar kat atas tebing sungai, tapi buat tak tahu juga)...

 
Tengah mencari ketenangan. Tak nak fikir pape dah pasal Abng sayang aku sorang tu. 
Apa nak jadi... jadi lah

Sekarang bila tengok sungai, tak de hati dah nak mandi... nasib baik dulu-dulu dah puas berendam. Tu kenangan boleh dibawa sampai mati. Manisnya zaman kanak-kanak... 

Jumpa Datuk

Gate 3. AK6441

 Eh, ni Datuk Samsul kan?

 Lantas dia bangun menghampiri aku.... Ni sapa eh?, lupa lah...

Emmm Yati...

Yati mana? Maaf tak ingat lah...

Yati €#@¥%&€£

Owh... ingat... ingat...mengajar mana sekarang?

Ngaja situ lagi, tapi sekolah lain dah.

Malam ni kami berkumpul kat rumah Datul Zainal. Sempatlah saya sampai, terus ke sana nanti.

Nanti Datuk sampaikan salam saya pada semua. Datuk naik flight mana ni.

Saya naik Malindo. Sepatutnya dah berlepas, tapi takde pun lagi.

Ok Datuk, nanti jumpa lagi.

Boleh bagi no phone, hari tu tanya diorang, semua tak tahu.
 .............................

Datin kak dah, ti ni...kenal lagi tak?. Tadi jumpa Datuk, dia yang bagi no tepon Datin kak dah.

Ti sihat ke. Maaf lambat balas. Anak-anak la bawa main hpon. Ti moga ukhuwwah kita tak putus.

Ti nak jumpa sangat Datin kak dah. Nanti free kita jumpa ye.

Eh, boleh. Datang je rumah Datin kak dah. Tidur sini pun boleh. Datin Kak Dah nak buat Ti jadi adik angkat.

#Emm... dapat lak aku kakak angkat... sebelum ni ada abng angkat... hehehe, dah tua-tua ni main berangkat-rangkat lagi yer..

Baru aku ingat kenapa Datuk tak kenal aku.... Aku kan dah berwajah baru...

Jumaat, 19 September 2014

Benda tu nama dia HATI



T: Nah, ambil la benda ni…

A: Apa ni?

T: Ini adalah hati. Hati saya.

A: Hati awak? Hmmm kenapa awak sudi kasi kat saya?

T: Sebab awak dah jadik sebahagian dari saya. Awak lebih dari seorang kawan. 

A: Terima kasih, ianya bererti. Saya terlalu menghargainya.

T: Oh ye ke… tapi maaf.

A: Untuk apa?

T: Sebab hati tu saya tak beri sepenuhnya.

A: Cuma sebahagian saja…. Maksud awak?

T: Saya pernah beri hati saya kat orang lain juga. Dan saya tak pernah beri kesemuanya. Saya takut saya tiada hati untuk diri sendiri. Mungkin saya takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

A: Mistik? Kelakar bunyinya…

T: Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia mengubah mengikut rentak hidup engkau. Rentak perasaan orang yang saya beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanyaa kepada insane yang terpilih sahaja. INSAN YANG ISTIMEWA. Dan awak adalah insan terpilih itu, kerana naluri saya terlalu percayakan awak.

A: Saya insan terpilih?

T: Ya! Awak yang terpilih. Hati ini terlalu sensitive. Hati saya hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang telah pulangkan dengan penuh kelukaan. Dan jika awak nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Cuma satu saja yang awak kena tahu. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika…. Sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.

Selasa, 16 September 2014

Lagu untuk Abng Sayang

Masih Mencintainya - Papinka
Jika teringat tentang diri mu
Berlinang air mata ku
Ku rindu saat-saat bersama mu
Kasih sayang mu pada ku

Kini kau bukan milik ku
Dan berakhir sudah cinta ku
Biarkan saja hati ku bicara
Ku masih sayang pada mu

Aku selalu mendoakan mu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hati mu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Bertapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hati ku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Malam ini kau bukan milik ku
Dan berakhir sudah cinta ku
Biarkan saja hati ku bicara
Ku masih sayang pada mu

Aku selalu mendoakan mu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
Huu wooooo wooo  oooo ..
 ---------------------------------------------------------------

Kenapa hantar lagu ni?

Macam sesuai je dengan situasi kita

Abng tak selesa dengar lagu ni... Abng rindu kat dikti

Abng ingat abng sorang je ke rindu..

Abng tahu dikti pun rindu kat abng kan...

Rindu kita yang dulu... rindu sangat-sangat

Meh la kita jumpa dan berbual macam dulu...

Dikti belum bersedia...

Isnin, 15 September 2014

Hati masih milikmu...

 Cerita Kami tengah hangat bercinta...
       
        Dikti dah g mandi kat Lata ke?
Tak jadi pergi, dah lewat pergi tempat kenduri.

        Gi kenduri nanti ada yang terpikat kat dikti plak...
Abng ni, kalau orang berkenan, dikti tak berkenan camana? Hati dikti kat abng lagi tau tak.

       Kalau hati dikti masih kat abng, abng akan terus berdoa je la...
Emmm.. abng la tak pulangkan lagi hati diktu tu.

       He he.. abng nak simpan hati dikti sampai selamanya... Ahaks..
Kalau dikti jadi milik abng, boleh la abng simpan.. sekarang ni tak jadi milik sapa-sapa pun...

      Ok sementara tu biarlah abng simpan hati dikti dulu ehh... nanti dikti nak, abng bagi balik.
Emmm... Susahnya nak tinggalkan abng.


Abng, bestnya buah dokong sini... Manis...
      Emmmm... ndapnyer... Buah lain ada tak?

Buah lain?... Buah HATI.. Nak?
      Buah HATI... Emm.. kalau buah HATI dikti, abng nak la..

Abng kan dah ambik buah HATI tu. Isk bila nak pulangkan eh? Dah curi hati orang tak nak pulangkan eh.
      He he... abng tak nak pulangkan... biar bersatu ngan hati abng...

Macamana nak bersatu... HATI abng ada nga dikti

       "DAH KAHWIN BARU BOLEH BERSATU"
 

Ahad, 14 September 2014

Bertaut kembali

Abng sihat?
        Alhamdulillah..Dik ti camna?
Sihat. Abng ada mana?
       Abng kat KL..esok ada kerja kat Putrajaya
 
....................................................................................

 Abng tak tido lagi?
      Lum lagi, tunggu dik ti..
Kenapa tunggu dik ti. nak tido, tido je la...
    Dik ti, dah nak tido ker?
Baru balik Mall.. pusing-pusing kedai buku
    Balik lewat eh. Beli novel ke?
Tunggu sampai kedai tutup. tak beli pun sebab tak jumpa novel yang dicari.
    Owh.. sekarang dik ti baca novel dah tak pakai cermin mata kan... jealous abng.
Sebelum ni kalau kat rumah, memang tak pakai pun cermin mata tu... keluar rumah jer pakai. Tapi sekarang selesa jalan-jalan tak pakai dah. Rasa macam comel jer.
      Memang comel pun.. nanti ramai lelaki yang mengorat tu...
Tak de yang mengorat pun.... :(
      Dik ti dah ada teman baru?
Tak de pun Abng :(
     Tunggulah... Insyallah ada yang nak berkenalan ngan dik ti... macam abng dulu. Abng akan berdoa untuk dik ti.
Entahlah... cuma dik ti tak kan mencari dah.

* Abng, kau tahu tak... dik ti tunggu abng... dik ti nak abng.... (menangis tak de air mata)

Abng, maaf ye hari tu... menyepi marahkan abang...hehehe
      Tu la abng pun menunggu gak... :)
Kecik hati abng tak cerita pun wife Abng ada KL
      Walaupun abng tahu keputusan dikti, tapi hati tak putus ingatkan dikti sebenarnya....
       Dikti pakai birthday watch tu...?
Aah, pakai... cantik!!! Abng pakai tak?
      Dah pakai gak.. besar dan berat skit.. tapi cantik..

 

Esok nak mandi kat Lata..Jom! abng nak ikut?
     Nak g mandi kat Lata.... nak ikuuuut..
Abng kan keje esok... Abng mandi je kat Putrajaya tu.
     Ye la, Abng keje esok... nanti dik ti nak ajak Abng bagitahulah awal skit. Aah terjun kat kolam Putrajaya tu.. Ha ha ha
Abng kat Putrajaya buat apa? Urus wife Abng pindah KL eh?
      Tak de la... ada meeting pasal kerje Abng, wife Abng tu mungkin tak pindah kot.
Oooo... hidup bujang la Abng kat KL ye... Wah, panjang langkah ni.
      He he he... bujang lagi la.. kalau dikti ajak g mana-mana boleh saje... ahaks
Hehehe... Jangan camtu. Abng tetap suami orang ape.
      Suami kan boleh kawin lebih dari satu.
Amboi... sila setia pada yang satu.
Abng, kita kan Abng nga adik angkat kan...
      Aah ah la lupa plak abng.. kita kan kawan sebagai abng dan adik angkat. TAPI YANG HALAL KAHWIN.. Ahaks..

  

Sabtu, 13 September 2014

Abng Az




MIMPI ...


Mimpi mainan tidur... bukak tablet, tengok.... Ya Allah, sukanya hati aku, Abng Az hantar video kat aku... RINDUNYA.... perlukah aku balas bertanya khabar... 

Abng Az sihat tak sekarang ni? Tentu Abng bahagia kan disamping insan-insan tersayang. Abng Az, Dik ti tak marah Abng Az pun, cuma...Dik Ti cemburu... Erk, sama ke eh antara marah dengan cemburu. Entahlah....

Abng Az rindu tak kenangan kita dulu? Dik ti sampai ke hari ni masih lagi terkenang saat-saat manis kita... Rasa nak ulangi lagi kenangan tu... Ahh, kenapalah Dik Ti masih berangan lagi. Walhal Abng Az pun dah ada kehidupan Abng sendiri...

Abng Az, sikit masa lagi Dik Ti nak lakarkan kenangan kita di sini. Biarlah ia menjadi kenangan.... walaupun tak lama kita bersama, hanya 2 bulan... 2 bulan tu rasa lama sangat.

Abgn Az, kalau ada lagi sekelumit rindu dan sayang Abng pada Dik Ti, Abng tanyalah khabar berita Dik Ti. Dik Ti tunggu. Cuma Dik Ti berkeras mahu menyepi diri.

Abng nak tahu, Dik Ti berdoa moga suatu hari nanti kita terserempak kat mana-mana. Dik Ti nak sangat jumpa Abng. Bolehkan nanti Abng luangkan masa kita berbual-bual macam dulu. Abng banyak cakap... semua benda Abng nak ceritakan... Dik Ti suka dengar cerita Abng. Ada kadang-kadang tu Dik Ti tak faham sangat cerita yang Abng nak sampaikan, tapi tadah jer telinga ni.

Khamis, 11 September 2014

Busuk hati

Dua jam lagi waktu pejabat akan tamat. Janji nak hantar hari ni... tapi mungkir janji... 
Ohw! Lupa pulak aku, janji dengan penipu memang macam tu.... 

Allahuakbar, Apa lagi dia tak puas hati dengan aku, aku tak kacau pun rumahtangga dia, dan aku pun tak pernah serang dia. Takkan benda tu pun kau nak ambil dan tak nak pulangkan. Kalau rasa menyesal denga pilihan kau, banyak-banyaklah mengadu pada Allah. Ingat, Allah akan balas apa yang kita lakukan pada orang, dan kena ingat "Doa orang dizalimi cepat dimakbul doanya. Jangan tuduh aku doakan rumahtangga kau yang bukan-bukan, tapi Allah tahu apa yang aku rasa... Kau zalimi aku.... 

Emmm, nampaknya kenalah aku guna hasutan ugut... TERPAKSA ye tuan puan... Aku taip SMS dengan gigihnya... aku tak bagi salam pun, straight the point... Hahaha, terus dia balas "Sekarang juga dia nak hantar"... Aik, boleh pulak hantar serta merta... Pengecut!!!! tak sampai setengah jam, Pejabat berkenaan telefon aku "Adik, sijil tu dah dihantar, adik boleh ambil sekarang"... Pastu kan, dia SMS aku, "Dah pulangkan" Hahahaha, nampak sangat dia takut aku buat laporan polis. Undang-undang dunia kau takut, tapi kau tak pernah takut dengan undang-undang dan balasan Allah. Teruknya... sia-sia belajar tinggi-tinggi. Bawak-bawak lah bertaubat...

Alhamdulillah, hal aku dah selesai... Aku tak nak jejak lagi kaki ke pejabat tu... Layanan dan mutu kerja memang teruklah... 

Ok, lepas ni misi seterusnya akan bermula.... Doakan yang terbaik untuk aku.

Sambung belajar


Ti, jom kita sambung belajar nak, kat UKM?

Bole juga, tapi sekarang ni tak ada semangat la, nak  cari semangat dulu.....

 Ti, semangat tu kena ada sokmo.

Ok, ok... nanti kita sambung sekali eh....

Saing kita ramai yang dah sambung, kita kena lawan Mat Kipa ... dia tengah ambik PHD tu... tapi loni pospone

Tapi bealong jangan moteng kelas po dulu, rela tak masuk kelas nak tengok kartun dragon ball.
 
 Tiba-tiba rindu zaman belajar dulu... Bestnya bergelut dengan kitab kuliah, tidur tak menentu,  aku ni tak boleh bangun malam untuk study... tapi kalau berjaga malam, insyallah boleh... Lain orang, lain cara... Kalau aku bangun malam pun, solat sunat jer, pastu tidur semula... tak de maknanya aku nak baca buku, tidur lagi nikmat dari segala-galanya... 

Rabu, 10 September 2014

Rindu

Senyumlah

Mulakan hari ini dengan senyuman paling manis... esok hari khamis, lusa Jumaat.... eiii tak sabarnya nak cuti....aku nak balik kampung.... aku nak lepaskan beban yang bersarat dalam hati aku ni... aku nak lupakan semua yang terjadi. Aku tak sanggup nak pendam lagi.... Biarlah semua kenangan tu berlalu.

Kekadangkan aku rasa, Hati aku ni macam barang mainan, kena campak sana, campak sini... kesudahannya tersadai kat tepi.... ok stop! Tadikan cakap nak senyum... Fikir yang positif je eh... Sudah-sudahlah ikut kan perasaan sedih tu, tak kan kemana pun... baik mengadu pada Allah dari mengadu pada manusia... sebab apa-apa kita nak, kita minta dengan Allah, Allah yang aturkan semua... Allah akan bagi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita nak, Faham!

Selasa, 9 September 2014

Keluhan hati

Sampai saat ini "saya masih cintakan awak"

Tapi saya tidak ada kekuatan untuk meneruskan cinta ini. Setiap kali saya teringatkan  diri awak, air mata saya pasti berlinang. Saya rindu saat-saat kita bersama, kasih sayang awak..... Kenapa pertemuan kita sedetik cuma?

Tapi, awak bukan milik saya. Berakhir sudah  cinta kita. Ikutkan, Saya nak sangat awak berada disisi saya. Dalam waktu sukar atau bahagia...

 Ya Illahi, kau berikanlah kekuatan padaku untuk meniti cubaan darimu. Memang sakit tidak dapat memiliki orang yang kita cintai. Memang sakit bila ditinggalkan insan yang tersayang. Ya Allah, kenapa kau tidak izinkan aku menikmati rasa cintanya..

Cinta terakhir

Inilah kali terakhir aku mencari cinta.... ketika ini, insan yang aku cinta, sedang berbahagia dengan insan yang dia pilih. Aku tidak tahu, apa sebenarnya rahsia ALLAH pada aku. Aku mintaapa yang aku nak.... sedangkan aku tidak tahu apa yang aku nak tu mungkin baik.... mungkin tak.... perlukah aku teruskan istikharah dalam mencari cinta terakhir?

Buat pertama kali aku benar-benar merasa sakitnya. Aku tidak sanggup biarkan hati ini berterusan sakit. Tapi aku tak mungkin memenuhi permintaannya. Maafkanlah segala kekuranganku...

Ya Allah ya tuhanku, kau kuatkanlah hati aku untuk melepaskan segala apa yang aku SAYANG. Andaikata tiada jodoh aku di dunia ini, kau bukakanlah jodoh aku di akhirat nanti bersama dia.

Ya Allah, Andai benar kau catatkan jodoh lain untukku, redhakanlah hati aku menerima dirinya, ikhlaskan aku menjadi pendampingnya.....

Rupa-rupanya aku demam

Tiba-tiba aku rasa tekak berkahak dan sakit macam dah lama batuk-batuk... padahal 2,3 hari lepas tak ada batuk pun. Aku macam baru tersedar yang aku ni demam... patutlah 3,4 hari lepas aku banyak tidur dan monyok... Ler... aku demam ker... teruknya aku ni...banyak sangat fikir hingga lupa kesihatan diri.

Minggu lepas dah lah ABC... maklumlah bila dah ABC tu, lalai sikit lah hati ni... yang berserabut boleh bertambah-tambah serabut....Macam-macam berlaku minggu lepas, bermula dengan adik aku kemalangan, habis kereta tak nampak rupa, Alhamdulillah orangnya masih bernafas... cuma masalah dengan pendengaran, ye lah serpihan kaca masuk dalam telinga... Ya Allah seriau bila dengar berita tu... Pastu abang aku pula dapat ugutan malu dari pihak yang tak bertanggugjawab...  Subhanallah, senangnya korang buat duit eh, ugut orang nak sebarkan video dan gambar yang tak senonoh untuk tatapan umum, kalau tak nak dimalukan, sila bayar ribu riban... Hamboi..

 Bertambah lagi masalah bila orang yang berlagak pasangannya cukup sempurna mengambil hak aku tanpa rasa bersalah. Kalau nak main kasar, kita boleh selesaikan di balai polis. Apa hak kau nak ambil barang aku. Sikit pun aku tak kacau hidup kau walaupun harta berbaki aku masih lagi ada dengan kau. Biarlah harta tu, aku tak kisah, tapi yang tu kau tak layak ambil, sebab benda tu bukan berada dalam kawasan kau... aku sabar lagi sebab aku tak nak jadi orang yang tak bertamadun... Ya Allah, kau tunjukkanlah jalan kepadanya... Tolong pulangkan HAK aku secara hormat.

Dan yang paling memberi kesan kat aku... bondacayang kurang sihat... Aku kah yang bersalah? Sikit sebanyak aku yang menyumbang kerisauan dihatinya.... Tuhan, ampuni dosa aku... jauhkan aku dari menjadi anak derhaka. Dan untuk kesekian kalinya, biarlah aku mengalah ....
Maafkan aku wahai ayahbonda... aku perlukan restumu untuk mengecapi bahagia. Ya, biarlah sesiapapun pilihan mu, aku terima dengan hati terbuka. Kerana CINTA telah mengecewakanku.... biarlah hati ini menangis melepaskan CINTA...

Isnin, 8 September 2014

Surat untuk si dia

Assalamualaikum Abang Az,

Adik undur diri kerana adik tak mampu terima kenyataan ini, disamping untuk memberi ruang di antara kita. Andai benar kita memang berjodoh, Insyallah satu hari nanti kita akan bertemu lagi. Jika kita tidak bertemu lagi, bermakna jodoh kita sehingga di sini saja. Adik undur diri untuk menguji, apakah benar kita memang berjodoh, kerana kata orang "JODOH TAKKAN KEMANA" kita lihat kesudahannya nanti. Adik ingat janji Abang Az, carilah Abang Az kiranya Adik tidak jumpa kebahagiaan yang dicari.

Wassalam

# CINTAMASIHADDALAMHATIINI#

Ahad, 7 September 2014

Kecewakah aku

Hari ni ke Damansara lagi, ada temujanji dengan doktor pakar mata Advance Vision. Sebelum ni aku sangat excited bila pergi KL... tapi hari ni rasa tak nak jejak pun KL.... Orang yang aku suka ketika dulu seperti menjauhkan diri dah. Aku tahu kenapa... diakan dah berbaik semula dengan keluarga lamanya. Sampai ke hari ni aku tak faham, kenapa baru sekarang nak berbaik? Ketentuan yang amat sukar untuk aku terima. Tapi sebelum ni pun dia dah cakap, kita teruskan hubungan ini sebagai adik angkat. Tapi nampaknya aku yang terlanjur. Sangat-sangat sedih..

Sekarang bila pergi ke KL, aku rasa macam sangat sunyi sebab masa dia ada, semuanya macam best jer. Kenapa perkara ini boleh terjadi?? Apakah kesalahan yang telah aku lakukan? Ntahla.... mungkin aku mudah terpedaya kot.... selalu fikir yang dia tak akan tinggalkan aku. Sekarang, semua nya tinggal kenangan ='( . Dia lebih banyak menyepi. Sudahlah....

  

Sabtu, 6 September 2014

Perubahan

Aku rasa dia dah berubah... ketara sangat perubahan dia... Emm, aku tak diperlukan lagi. Betul Tak? Bila sunyi, dia akan cari aku.. tapi bila dah berteman, aku DILUPAKAN tanpa pesanan.

Dulu sebelum tidur, kami akan "dating"... Bangun pagi, celik je mata, buka whatssap dulu... Ucaplah apa-apa yang patut... emmm, rindunya saat-saat tu. Tapi sekarang tak de lagi, dia pun menyepi kalau aku tak mulakan dulu, dia terus senyap.  Betulkan dia tak perlukan aku lagi. Jangan risau, aku tak kan merayu pada yang tak sudi, aku akan undur diri... Lagipun... dia dah menjadi milik orang... DIA TAK PILIH AKU PUN MENJADI TEMAN HIDUP DIA. Kenapa kau pedulikan dia lagi. DIA TAK PILIH KAU. 

Hati aku tertanya-tanya kenapa dia banyak menyepi.... hinggalah, aku dapat Whatssap yang menguris hati aku.... 
LUPAKAN AKU
 

Khamis, 4 September 2014

Marah dalam sabar

Cerita kat satu pejabat di satu daerah di sini.... Puan kerani tu tanya...

"Adik nak tolong ambil hak siapa ni?"

" Untuk sendiri lah"

" Eh, dah ada orang ambilkan ni"

"Hah, siapa yang ambil tu... dua-dua ke dah ambil..."

" Yang awak je tak ada, yang satu lagi ada... Siapa nama $%#@$ ni..."

" Ohw... tu *&%^*&, kenapa dia ambil yang saya"... siap bertandatangan lagi kat ruang nama aku...

Sengal... maknanya dia tahu lah yang dia ambil tu hak aku.... huh! Kan cakap lebih-lebih, mesti marahkan...

 "adik telefon kat dia, minta dia hantar ke sini"

"Saya tak nak telefon dia, pejabat lah telefon"... lagipun tu bukan salah aku yer... kenapa pulak aku kena terhegeh-hegeh telefon dia....

Pegawai lelaki datang kat aku...

"Nanti saya uruskan, bagi nombor telefon awak"

 Hah, kan senang macam tu, benci betul aku kalau berurusan dengan sejenis jantina ni.... pastu boleh pulak dia bebel kat aku "lain kali jangan suruh orang lain ambilkan" Eh, aku kan datang sendiri ni, bebel la kat orang tu, kenapa aku lak yang kena.... Lain kali buat keje betul-betul, minta kad pengenalan dulu sebelum buat urusan.. ni main bagi jer.. kan aku report juga....

Dah, aku balik dulu...nanti kita jumpa lagi.....

Rabu, 3 September 2014

Tiba-tiba muncul...

Nada dering "water drop" tablet besar gedabak ku berbunyi ... itu tandanya whatssap dari seseorang ... aku rasa cukup berhantu bila dengar nada dering tu.... Sah! Whatssap dari si dia yang aku tunggu-tunggu.. Erk... kenapa aku tunggu dia lagi? Padahal aku juga tanya dia kenapa cari aku lagi.... Ya Allah, perasaan apakah yang kau berikan pada aku ni.... besar sungguh kuasa cinta yang kau berikan pada aku... apa makna semua ini... ?

 Kami saling berbalas whatssap meluahkan rasa hati... seolah-olah tiada apa yang berlaku sehari dua lepas... kenapa aku masih mengharapkan dia, padahal aku tidak sanggup berkongsi kasih... dan bukan prinsip aku, merampas dia menjadi hak milik aku seorang... aku tak kan minta dia lepaskan miliknya yang halal... itu bukan caranya... sekarang ni diri aku perlu diperbetulkan, perlu banyak muhasabah diri.... mengadu pada Allah...Ya Allah, kau tunjukkan lah jalan yang terbaik untuk ku. Aku inginkan kebahagiaan bersama orang yang aku cintai.

Berilah aku masa untuk berfikir....


Selamat pagi


Rutin harian ku dah berubah... sebelum ni bangun pagi mesti buka tablet besar gedabak tu untuk ucapkan sesuatu pada si dia... bermula semalam, hari ini dan hari-hari seterusnya di sini lah tempat aku berbicara... sekelip mata impian aku musnah... Ya, aku diduga lagi... atau, adakah aku yang EGO?

Malas nak fikir....

Petang semalam kan, lepas asar aku cuba menjejaki kaki gunung....aku ikut signboard ke taman reakreasi gunung ta**#*... tapi tak jumpa pun... pelik juga, mana taman tu... dah kena tarah ke gunung tu... tak pe, banyak masa lagi... tak jumpa yang dekat, aku cari yang jauh.... jom pegi Gunung Datuk...

Ni hah aku dapat maklumat serba sedikit tentang Gunung Datuk... Kenapa aku ni semangat sangat nak panjat Gunung?.... Adakah Putera Kayangan sedang menanti aku di sana?... Ahaks... tak masuk di akal terus aku ni... Putera Kayangan tak pandanglah aku ni...

Nama: Gunung Datuk
Ketinggian: 2900 kaki (870m)
Tempat: Kg Batang Nyamor, Rembau, Negeri Sembilan
Lokasi: 21km dari Pekan Rembau, 15km dari Pekan Tampin
Tol: dari utara; tol Pedas-Linggi, dari selatan; tol Simpang Ampat
Pendaftaran: RM5
Masa Naik: 2 jam (lebih & kurang)
Masa Turun: 1 jam (lebih & kurang)
Tahap: Medium-Easy
Trek: tanah bukit, batu

Keistimewaan di puncak gunung:
1-Sekiranya cuaca baik, boleh nampak Selat Melaka
2-Tapak kaki Hang Tuah

... Ok, bermula hari ni kena berlatih berjalan... Jom sape nak ikut... sila bawa bekal air masak sendiri yer...

Selasa, 2 September 2014

Kenangan

Apa yang terjadi antara kita sudah menjadi kenangan. Kenangan itu tak pernah hilang dari ingatan. Kenangan boleh kembali....

Akukah yang bersalah?

Tidak!!!

Takdir telah menentukan jalan masing-masing. Aku sendiri tidak faham, kenapa takdir menemukan kita. Seterusnya bercinta... CINTA  yang tak ada jodoh.

 Usah pedulikan aku lagi. Kejarlah cinta dia, jangan sekali-kali lepaskan dia hanya kerana aku, sambutlah tangannya

Biarlah aku yang jatuh, luka itu walaupun sukar untuk sembuh, aku harap ada yang sudi merawatnya.


Isnin, 1 September 2014

Hidup tanpa dia

Melangkah ke bulan september 2014. Sekejapnya rasa masa berlalu, tiga bulan lagi kita akan meninggalkan tahun 2014.... bagi aku tahun 2014 adalah tahun kesedihan buat aku... pelbagai dugaan dan kisah sedih aku hadapi.

Ok, lupakan kisah sedih... kita mulakan langkah baru... hari ni awal pagi aku bertolak balik ke teratak buruk ku... (jumpa sang tilam bucuk)... kalau dulukan bukan main malas nak balik awal...sebab ada magnet rasa macam dekat je nga si dia... itu dulu... sekarang dia bukan milik aku lagi... biarlah aku bawa diri..... sepanjang perjalanan macam-macam aku fikir, kenapa?... mengapa? .... apa ?.... kesudahannya aku menangis juga... jawapannya aku tak dapat pun.... biarlah, malas dah aku nak fikir, baik aku pergi panjat gunung.., ahaks... idea mana pulak aku dapat ni... emmm nak ajak sapa ye pegi panjat gunung... best gak ...tak kan nak masuk hutan sengsorang... emm tapikan dalam hutan tu ada pacat nga ulat gonggok.. aku cukup geli dengan binatang Allah tu... (pic gunung yang aku ambil masa dalam perjalanan balik tadi tak dapat pulak aku upload... mencinya...internet macam ciput)

Tak pelah, petang tadi aku cuba sibukkan diri dengan aktiviti main masak-masak... hikhikhik... semangat nak masak ni... bila siap hidangan, baru aku perasan, kenapa aku masak menu ni... MEE LADNA... ni menu terakhir aku makan bersama si dia... Ya Allah, kenapa dengan aku ni.... Adakah aku masih menyimpan perasaan pada dia...? Yati, buanglah jauh-jauh perasaan itu, dia dah melukakan hati engkau... kau boleh tipu pada semua orang yang kau tak sedih, tapi kenapa bila engkau bersendirian, engkau menangis... apa makna air mata tu... kau nak kat dia lagi ke? Dia dah jadi suami orang yati...

Pejam mata tu rapa-rapat, dan undur lah diri...MAAF,  bukan aku tak sudi...tapi aku TAK SANGGUP berkongsi kasih...

 Lupakan aku.....

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...