Ahad, 20 Mac 2016

Nakal sangat

Budak-budak ni bila bertiga, cukup geng, lengkap korum.... mulalah ada rancangan pelik yang diaorang buat... aku dah kunci pintu atas, tak bagi diorang main kat luar rumah, aku nak gosok baju....sekali ada orang bagi salam...eh! Sapa pulak datang... jarang sangat orang datang kat rumah ni.... rupa-rupanya orang datang minta derma...katanya dari sekolah tahfiz anak yatim.... terpulanglah, tak payah persoalkan kalau kita betul-betul ikhlas nak bagi, tak payah cakap banyak....

Berbalik semula cerita budak kecik tiga orang tadi.... bila pintu rumah buka, cepatlah diorang tu keluar... emmm, biarlah diorang main...kasi can.... siap aku lipat kain, nak susun baju kat bilik belakang... sekali aku terpandang si kecik kot pintu sliding... dah habis putih melepak satu kepala... apa lah yang diorang tu main... korang nak tahu diorang tu main apa? Adush.... main pelik-pelik selalu... Budak berdua tu dah letak simen atas kepala si kecik tu... Allahurabbi, tekanan suara dah meninggi suruh diorang naik... emmm, mujur lah diorang nak naik terus ke rumah... memang dah tahu, diorang akan lari ke mana-mana... biarkan dia pergi, nanti diorang akan naik sendiri .... tunggu la, memang siap korang nanti....

 #Mencari ilham macamana nak handle budak nakal macam tu.... Huwaaa, aku tak nak jadi ibu tiri yang garang.

Selasa, 15 Mac 2016

Pasar tani

Hubby, Jumaat ni sayang nak pergi pasar tani.

Ok, boleh!!

Tapi!!... Sayang nak pergi sorang-sorang, Hubby tak boleh ikut!

Ok, Tak pe!!!

Sayang nak pergi pasar tani Pasir Tumboh tau, bukan Jelawat.

Bi tahu kenapa sayang nak pergi Pasir Tumboh. Sayang nak jumpa seseorang kan?

Aik!! Jumpa sapa?

Nak jumpa Spiderman kan?.....

Hahahahaha.... tak do niat pun nak jumpa makhluk tu...

Ahad, 13 Mac 2016

Semut

Sementara menunggu En. Somi mandi, aku solat sunat subuh dulu, tiba-tiba si muaz menangis-nangis masuk bilik....

Dah kenapa pulak?

Apasal nangis ni?
Huhuhu, sakit telinga....

Meh, nak tengok
Lerrr.... ada semut, dua ekor pulak tu (keluar dari telinga Muaz)

Hah, dah!!!
Waaaa... sakit...sakit

Aik, ada lagi ke? Meh sini nak tengok (sambil jengok-jengok dalam telinga)
Emmmmk ada lagi tubik nih....eiii banyaknya semut masuk telinga dia.
Dah, tak de dah.

Waaa.... sakit....sakit.
Lah, tak kan ada lagi, banyak nya....

*En. Somi siap mandi...... lalu dia masukkan air ke dalam telinga Muaz....

HABIS CERITA

Khamis, 10 Mac 2016

Bertuah punya adik

 Hahahah.... bertuah adik aku ni... saja nak kenakan aku eh.... aku ni pun dah lama tak baca novel... hari-hari asyik dok angau kat laki aku tu..... Tapikan, nanti kalau dah duduk skali nga laki aku, dia tak bagi dah aku baca novel....sob sob sob.... 

Bercelaru

Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa macam ni....terlalu memikir kot.... Malas nak bergaduh, buat senyap je.... fikir sorang-sorang, makan hati sorang-sorang.... pastu lama-lama faham-faham lah....maaf, tak de mood...







Selasa, 8 Mac 2016

Tiada maaf bagimu

 Bercakap memang senang, tapi untuk pujuk hati ini terlalu sukar... Rasa sakit yang kau lukakan dulu memang perit untuk aku telan. Dan aku cukup menyesal mengenali mu... biar lah Allah menghukum mu setimpal apa yang kau dah lakukan pada ku. Bukan niat dendam, tapi aku terlalu lama memendam rasa.... Masa ku terbuang begitu saja....

Jumpa kamu di masyar Allah....


Wanita hebat

Wanita hebat bukan kerana dia cantik
Wanita hebat bukan kerana dia kaya
Wanita hebat bukan kerana dia pintar
Dan bukan pula kerana disampingnya ada lelaki kacak dan kaya

Tapi wanita hebat adalah:
Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya
Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
Bersabar saat tertekan
Tersenyum saat hati menangis
Diam saat terhina
Mempesona kerana memaafkan
Mampu membalut luka hati dengan sabar
Mampu memadam amarah dengan istighfar
Mampu menghapus dendam dengan maaf

 "MAMPUKAH AKU JADI WANITA HEBAT ITU?"

Allah tahu.....


Aku akan menunggu rencana Allah yang indah pada waktunya.....


 Sabar itu indah....








Jumaat, 4 Mac 2016

Tertidur kau.....

Tiba-tiba tersedar pukul 5.00 pagi, emm awal hari ni...semangat betul... bangun terus mandi dan buat solat sunat tahjud dan solat sunat hajat.... sementara tunggu subuh masuk waktu, aku baring-baring dulu atas kusyen yang tak berapa empuk tu, sambil-sambil main game hotel story..... sekali terlelap ...zzzzzz

 Siap mimpi bagai....


 ..... celik mata, tengok jam.... Aaaaarrrghhhh !!!! Dah pukul 7.30... aduih.... baru je niat nak pergi sekolah awal hari ni.... tudung tak iron lagi... BERTUKAR dalam masa 5 minit sahaja... + - 7.50 sampai kat sekolah.... fuhhh, kurus semangat, nasib baik guru besar tengah  baca Yassin kat surau....

 Balik sekolah tadi, letih sangat... sambung tido yang pahi tadi...k bye....

Khamis, 3 Mac 2016

Jumpa kak Aya

Ke Bangi lagi kita....

Ni dah masuk 4 kali aku jumpa kak Aya... Alhamdulillah, kesihatan aku semakin baik... bertenaga dan kuat... HAHAHAHA....

Moga Allah melindungi aku daripada manusia yang zalim, aku serahkan segala urusan aku pada Allah... Kuasa makhluk Allah tidak dapat mengatasi kuasa Allah... Kalau dia rasa kuat, tapi jangan lupa ALLAH MAHA BERKUASA... Kalau dia rasa bangga dapat menganiayai manusia yang lemah, jangan lupa ALLAH saja yang mampu membalas segala perbuatannya...



Rabu, 2 Mac 2016

Rumah Aku

Rumah saya dah siap. nanti bagitahu lah sapa-sapa nak sewa ye.

Ok, nanti saya carikan orang. Berapa ratus nak bagi sewa tu?

RM600.

Cuba bagi peta lokasi rumah tu......

Image result for danbo rumah 

Camana sekarang sihat ke?

Sihat camni lah....

Hantu ada lagi?

Ada. Nak ke? Wakakakakak

..........................................................................................................................

Alhamdulillah, rumah pertama aku dah siap...dah dapat kunci pun... Hasil titik peluh aku sendiri...Dulu memang bercadang nak duduk kat rumah tu, tapi rezeki Allah mengatasi kehendak aku.... Suami yang aku nikahi dah ada Banglo sendiri.... jadi, aku menumpang teduh di rumah suami tercinta....



 

Selasa, 1 Mac 2016

Orang cari

Sis ada orang cari sis....

sape?

Dia ingat sis status "armalah" lagi..

Hah!Apo dia Armalah? selalu buat suspendo gitu.... cakap lah betul-betul...
___________________________________________________________
Membebel tak faham apa yang dia cakap...

Ler, "armalah" kan..... *%#@

Opsss..... hehehehe

____________________________________________________________

Hehehehe.... Oh, ingatkan status WhatssApp...rupa-rupanya status diri... kuang kuang kuang

Image result for danbo gatal

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...