Khamis, 16 Jun 2016

Balik kali pertama

Hari khamis...minggu pertama aku bertapa kat sebuah daerah yang tak pernah aku jejaki.... hari ni semangat sikit, sebab nak balik...hikhikhik...bangun sahur pastu solat subuh, tak tidur dah...kemas barang masuk dalam bonet kereta. awal hari ni u. Camana lah perjalanan balik hari ni. 3 jam tu, tengah panas liklik....

Ahad, 12 Jun 2016

Lapor diri sekolah ketiga

8.30 pagi ahad aku mula perjalanan ke Lintang untuk lapor diri. Lambat...memang sengaja lambat pun. Hati separuh rela .... Daerah itu bukan pilihan aku....

11.30 pagi aku sampai Lintang. Tak seronoknya,  sebab kena korbankan jiwa untuk berjauhan dengan suami. Hari ni en suami temankan dan esok dia dah balik ke Kuchelong. Lupakan seketika hal balik tu.....

Selesai urusan lapor diri, aku ke Dungun nak cari peti ais. Benda yang sangat perlu selepas dapur gas. Balik rumah dah pukul 5.30. Rehat kejap dan masak untuk berbuka. Pssttt, en suami masak sup cendawan. lupa dah nama cendawan tu. PIBG sekolah lintang yang usahakan. Sedap sangat rasanya....

Malam kami berterawikh kat rumah. Suramnya rumah yang aku sewa ni. Rumah kayu, kecil ada 2 bilik dan ruang tamu bersambung dengan dapur. Cukuplah untuk aku dan Muaz berkelana di sini. Cumanya siang hari sangat panas.... pasang kipas tak rasa angin, serasa dok musing angin panas.... Buka tingkap pun panas, tutup pun panas...eiiiii kan ada yang tidur dalam bilik air.

Ahad, 5 Jun 2016

Pindah

Minggu ni memang kalut sangat. Lepas aku tahu ketusan pindah, hidup aku tak tentu arah nak menguruskan semua hal. Terkejar-kejar. Khamis malam jumaat naik bas ke Melaka, sebab nak kemas barang dan ambik kereta... terus ke terengganu nak tengok sekolah baru dan cari rumah sewa. Emm menyewa lagi .... Jumaat pagi sampai melaka, kembar jemput sarapan kat kedai dia...sedap juga nasi lemak dia.

Penat tak payah cerita lah kemas barang semua.... rasa nak pengsan jah.... jenuh sumbat segala barang dalam kereta, akhirnya, tilam busuk terpaksa aku tinggalkan.... memang terpaksa sangat.

Pagi sabtu, Pukul 8.30 aku bertolak tinggalkan negeri yang banyak meninggalkan kenangan suka duka dalam hidup aku. Ahhhh... lega sangat dapat tinggalkan negeri Melaka.... 5 jam perjalanan aku tiba di lokasi.... Ya Allah!!!!.... hutan ke?hulu ke? Allah, tabahkan hati aku...

Fizikal sekolah amat menyedihkan....langsung tak mengembirakan aku.... sekolah bangunan kayu, jauh terperosok dalam hutan.... rumah orang jarang-jarang ada. Aku memang emosi.... nak minta pindah yang lebih dekat jarak dengan rumah aku..."Redha dalam terpaksa"


BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...