Ahad, 31 Julai 2016

Lama betul tak menulis

Lama sungguh menyepi... kekalutan hidup ni menghalang aku menulis, meluah perasaan dan berbicara dalam ni.... Alhamdulillah...aku dah jauh dari kenangan pahit... dan yang penting aku telah meninggalkan negeri yang menyimpan 1001 kenangan pahit manis... Sekarang ni aku tengah membiasakan diri dengan rutin baru... pandu kereta melebihi 2 jam... Allah, penat badan dibuatnya....

Rutin mingguan, setiap petang khamis aku terus cabut lari ke rumah dan malam ahad, aku terpaksa, memaksa dan seolah-olah dipaksa untuk kembali meneruskan tugas.... bila dalam keadaan terpaksa, badan memang akan rasa letih pelik.... selalunya lepas maghrib/isya' aku bertolak...dan semestinya 12 tengah malam / 1 pagi baru sampai....

setelah sebulan lebih aku dok sini, rasa macam tak sesuai rumah yang aku sewa tu... rumahnya cantik, kecik molek...tapo macam oven....siang hari waktu balik sekolah, panas gila.... nak tido tak senang... bila malam pula... ya Allah, sejuknya.... nak bangun pergi sekolah pun malas giler....

Kali ni menyewa kat kuartes guru... rumahnya besar dan sejuk... malam tadi baru rasmi tido kat kuartes... penat mengemas rumah, tak hilang lagi... Allah, letihnya.... rasa nak tido jer memanjang....

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...