Jumaat, 19 Ogos 2016

Temu vs ubi

Hari ni cerita pasal mee jawa. Dah lama abe nak makan mee jawa, tapi sokmo takdan nak masak. Maklumlah balik rumah banyak sangat benda nak makan. Minggu ni rancang nak masak juga mee jawa. Abe dah beli semua barang mentah.

Masa aku balik, aku tanya lah "abe dah beli ke ubi"
abe jawab "dah, tu...."
sambil mata aku terarah benda dalam bekas (dalam hati aku terdetik, keciknya ubi)
aku terus tanya "bakpo abe beli ubi kecik? "
"Memang abe saja pilih ubi kecik"
Aku diam je, dalam hati, uih, penat nak kupas ubi kecik-kecik ni....
"Bakpo abe tak beli ubi purple?"
"Hok oren lah sedap, manis"

-----------------------------------------------------------------

Esoknya.....

Menu sarapan, MEE JAWA

Aku siapkan barang-barang untuk masak. Aku ambik bekas ubi untuk kupas kulitnya.... aku tengok bukan ubi, tapi TEMU.... aku membebel kenapa abe campur ubi dengan TEMU...  Pastu aku tanya abe, "abe, bakpo campur Temu dengan ubi ni " (konon-konon dalam nada geram lah. Satu hal pulak aku nak kena asingkan)
"Ya Allah bini aku, tu TEMU BUKAN UBI..."
Hahahaha..... kami tergelak .... Aku silap... bukan aku tak kenal ubi.... Hahahaha, padahal ubi ada dalam plastik atas meja.


Tara.... dah siap mee jawa....

Pssss...... peringatan untuk kemudian hari, udang tu tak sedap kalau masukkan dalam mee jawa, sebab dia merubah rasa udang kering...
Sebelum masukkan udang tu, kuah mee rasa udang kering... sedap....



Isnin, 15 Ogos 2016

Tidak serupa

Terserempak ikin kat laluan susur gajah kantin, ikin cakap... cikgu Nafi kata "anak ustazah tu tak macam anak ustzah" huhuhuh.... cikgu Nafi, anak ustazah tu anak yatim....

Makin seronok

Hampir 2 bulan aku di sini, Alhamdulillah aku dapat suaikan diri. Tapi dalam hati aku masih lagi mengharap aku dapat tinggal sebumbung dengan suami. Moga ada rezeki aku ....

Penat rasanya bila kena pandu kereta sendiri... dulu ye lah, naik bas terus tidur...

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan hamba mu ini.

Dua hari lepas aku mimpikan sepasang suami isteri tu....entah apa dia nak ....yang bini dia tu muka kerut-kerutmacam tak puas hati dengan rumahtangga nya.... ah, lantak korang la... tu kan pilihan korang... dah, pergi jauh-jauh, jangan lagi masuk dalam mimpi aku....

Ahad, 14 Ogos 2016

Luahan hati kakak


Kesian kakak kena tinggal kat abi dia. tuntutan kerja.... 
Kecik-kecik dah pandai luah perasaan... kakak ni budak cerdik....
Mesti huru hara mama dia nak uruskan anak-anak sepanjang ketiadaan abi dia. Apapun aku mampu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan dah di lindungi Allah. 

Kakak kena jaga adik dan sayang baik-baik lah. kena bantu mama buat kerja rumah. 
Tolong mama kemas rumah....

Dulu aku selalu bertandang kat rumah diorang... ye, dulu dekat, tapi sejak aku pindah negeri ni, tak tahu lah bila aku akan jejak kaki ke KL....

Ok, sambung lagi nanti... nak sangat menulis banyak-banyak kat sini, tapi kekangan masa yang tidak mengizinkan...

Isnin, 8 Ogos 2016

Rehlah bersama....

Tahun ni, pertama kali minta CRK semata-mata nak ikut program rehlah Darul Kauthar, 3 hari 2 malam di Sweet Beach Resort Tok Bali.

Ni kali kedua makan angin dengan anak-anak. Macam biasa, sibuk lah aku mengemas kain baju dan siapkan bekal bagai nak bawa nanti.

Kami sampai awal, anak-anak terus mandi kolam sementara tunggu check in. Dapat chalet no 15A.  kalau diberi pilihan, aku nak chalet yang tiga segi tu...

Chalet ni ada aircond, tapi tak de remote control, peti ais tak berfungsi, lampu malap, air paip kuning karat, almari menanti rebah..., huh...mengomen je aku... mesti lah, bayar apa!!!

Cuaca hari tu panas lit lit... bahang terasa macam kena kukus...aircond hampeh tak rasa ape... paksa diri tidur... tapi tak lena pun. 

Selasa, 2 Ogos 2016

Pinjam kereta abah

Alkisahnya nak pindah rumah, kereta aku tak muat nak masukkan peti ais... mula tu ingat nak sewa lori, tapi rasa tak berbaloi sebab peti sebijik je yang tak muat nak sumbat dalam my persona. Dah, alang-alang balik, baik pinjam kereta abah.

Sabtu akhir bulan julai, dah selesai punggah segala barang-barang aku.... ahad tu pergisekolah macam biasa. Aku parking kereta bawah pokok mangga kat depan surau, kiranya tersorok lah sikit. Masa nak balik, aku undur la kereta, yang peliknya kenapa dalam LCD jalan belakang tak clear... kelabu asap jer.... emmm nanti sampai rumah lah nak cheak kenapa. Tapi pok Nor panggil aku, dia cakap ada budak lelaki tahun 3 tampal tanah kat kamera belakang kereta. Aku pun turun kereta pergi tengok kat belakang.... hampeh betul budak-budak ni.... lupa pulak aku nak ambik gambar....

Rupa-rupanya, bila aku cerita katmurid tahun 4, memang murid tahun 3 tu nakal... selalu buang angin tayat kereta ustaz Zaki....hahahaha... dah, geng-geng aku la tu parking kereta kat surau.... emmm tak boleh jadi ni, kena parking kereta kat depan sekolah pulak... naya aku kalau budak-budak tu buang angin tayar kereta aku. Dah lah aku ni tak pandai isi angin tayar.... wakakakaka... kalau isi angin tayar basikal, boleh la....

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...