Ahad, 20 November 2016

Rengetan anak kecil

Dah hampir cuti sekolah. Tinggal seminggu lagi, sekejap jer masa berlalu, rasa macam baru jah tahun baru... dok kalut sana sini, aik... nak cuti dah.

Minggu akhir ingat nak bawa Aisyah datang Lintang, dah siap kemas kain baju... dia pun asyik tanya, "bila nak pergi Teganu?" " Malam ni ko?" Tapi terpaksa melukakan hati si kecil... Mek minta tinggalkan Aisyah seminggu jer lagi sebelum cuti. Emmm... aku pun kena fikirkan perasaan Mek. Tak pe lah Aisyah, nanti mama bawa Aisyah pergi Kuala Lumpur... Mudah-mudahan luka kecil tu terubat.

Masa nak turun rumah, Aisyah dah merajuk, menangis.... Kesian si Kecil tu...


Sabtu, 19 November 2016

Ragam anak

Setiap kali kami nak solat, kami akan panggil anak-anak solat sekali. Biasanya Aisyah lah senang di ajak, budak berdua tu, Aaisy dan Muaz memang akan lari lintang pukang..

Petang ni solat asar berjamaah. Aisyah akan berdiri di sebelah aku. Nak tahu dia baca apa dalam solat?
" Pak Atan ada kucing, nama dia bingo, B I N G O, B I N G O, Nama dia bingo, meow meow..."

tahan gelak jer aku dalam solat...
terpengaruh dengan lagu tu...
Sebelum ni dok gila nyanyi lagu bapaku pulang dari kota

Isnin, 14 November 2016

Gagal lagi

Keputusan EG-Tukar dalam negeri dah keluar, emmmm... Keputusannya GAGAL.. aku tak kecewa sangat... Kalau dapat ALHAMDULILLAH

Tak pelah, belum rezeki aku... Insyallah Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku. Aku yakin yang tu. Belum masa lagi untuk aku tinggal sebumbung.

Lepas tempoh 2 tahun, aku cuba mohon ke Kelantan. Moga rezeki bersama ku.

Isnin, 7 November 2016

Anak tiri, anak KU

Cukup mencabar menjadi ibu segera kepada enam orang amanah Allah.
Pada orang, WAHHH.... hebat.... !!!  Wah, untung lah dapat anak besar-besar dah...

Tapi bagi aku, cukup-cukup mencabar.... terutama sekali nak tangani tiga orang kecik-kecik ni yang tengah melasak.

"Allah bagi aku peluang untuk merasai nikmat ini....
Satu ketika Allah jentik hati aku.....
Betul kah apa yang aku buat ni.
 Layak kah aku jadi ibu terbaik?"

Berilah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak ku menjadi insan yang semourna dari segi fizikal dan emosi.

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...