Ahad, 12 November 2017

Tak sabar nak cooooti

Weh, korang nak tahu... sekolah ada 9 hari lagi.... Arrrgghhh!!!! tak sabarnya nak cuti... Penat sangat dah bawa kereta... muak dah rasa.... Kalau aku ni masih kecik, boleh jadi aku membesar dalam kereta je... Tak dok aroh aku ni dah dewasa... jadi tumbesaran dah terbantut....

Pagi tadi aku bertolak pukul 4 pagi dari Kuchelong... Gatal sangat nak bermalam lagi dengan buah hati.... Kejadahnya, pagi ni kepala ting tong... dok teringat kat katil jer... aduh... siksa punya badan, ada pulak tragedi yang tak diingini... Mesyuarat tergempar tengahari ni... Makkkk... nak nangis teresak-esak rasanya...  Biol dah kepala ni... Dah lah aku setiausaha... kena dengar satu-satu bait kalimah yang diucapkan..... Tak aci betul... kalau tak memang aku tidur jer...

Minggu akhir persekolahan ni memang sibuk tahap giler.... Jumaat lepas, Sekolah buat FamilyDay kat Merang Suria Resort... Dapat terjun kolam, rasa nikmatnya....

Dah lah... tak larat dah aku ni....

Selasa, 5 September 2017

Sekeping hati aku...

Aku mulanya memang marah, tapi... Bila fikir balik, aku dengan dia tak ada bezanya kalau terus menyimpan dendam.

ALLAHU AKBAR

Iblis memang dah bersumpah nak pecah belahkan cucu adam. Kenapa aku nak kena ikut jejak iblis? Apa yang jadi atas keizinan Allah. Kalau Allah tak izinkan, semua benda tak akan jadi.

Biarlah.....
Sebab kat akhirat kelak, dia jawab lah kat sana.

Aku pula... Belajar untuk SABAR. Belajar untuk REDHA dan jangan pernah berhenti doa...

Serahkan semuanya pada ALLAH.... Moga Allah balas setiap perbuatan yang dia lakukan. Bukan aku yang balas.

ALLAH.... Ajarkan aku jadi seorang PENYABAR.

Sabtu, 2 September 2017

Ajarkan aku


Ya Allah...

Ajar hatiku untuk kuat apabila diuji...
Ajar hatiku untuk rendah diri apabila dipuji...
Ajar hatiku untuk istighfar selalu pada-Mu Ya Allah.

Terima kasih ya Allah...
Kerana kasih sayang-Mu dibalik setiap ujian...

Terima kasih ya Allah...
Untuk teguran-Mu dibalik setiap permasalahan.

Terima kasih ya Allah...
Kerana mengingatkan diriku bila aku lalai dari tujuan.

Terima kasih ya Allah...
Kerana banyak mengajar diriku erti Bersabar dalam Diam...

Rabu, 2 Ogos 2017

7 Doa Perlindungan


7 DOA PERLINDUNGAN

1. Ta'awudz.

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.”

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Artinya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya.”

Baca di petang hari, niscaya tidak ada racun atau binatang (seperti: kalajengking) yang mencelakakannya di malam itu.  HR. Ahmad 2: 290. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Muslim.

2. Wudhu.
Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu’) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun niscaya Malaikat itu akan berucap ‘Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci’”.(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)

3. Al Baqarah 255 (Ayat Kursi).

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Artinya: “Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi-Nya tanpa seizin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar.” (QS. Al Baqarah: 255) (Dibaca 1 x)

Faedah: Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang. HR. Al Hakim (1: 562). Syaikh Al Albani menshahihkan hadits tersebut dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 655.

4. Al Baqarah 285-286 (2 Ayat Terakhir)
Diantara faedah sahih dari Surah Al Baqarah dari hadits-hadits yang sahih, ialah bahwa Surah ini laksana bunga dan cahaya kebahagiaan yang akan datang sebagai pembela di hari kiamat, pembacanya tidak akan dikuasai tukang sihir, Melindungi dari bencana, ada 80 malaikat di tiap ayatnya, Mengobati orang gila, Setan lari ketika dibacakan, pusaka Arsyi dan ditulis 2000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi. Selain itu dalamnya ada 10 ayat ruqyah yang berfungsi sebagai perlindungan dan anti sihir.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menulis kitab dua ribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Kemudian Dia menurunkan dua ayat darinya dan menjadikan kedua ayat tersebut sebagai pebutup dari surat Al Baqarah. Maka tidaklah dua ayat itu dibaca di dalam rumah selama tiga malam kemudian setan berani mendekatinya." Affan berkata, "Maka (rumah itu) tidak akan didekati (setan)." Musnad Ahmad 17688

5. Al Falaq & An Nass.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ  وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Artinya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb yang menguasai Shubuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan-kejahatan wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”. (QS. Al Falaq: 1-5) (Dibaca 3 x)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ مَلِكِ النَّاسِ إِلَهِ النَّاسِ مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ
Artinya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia.” (QS. An Naas: 1-6) (Dibaca 3 x)

Faedah: Siapa yang mengucapkannya masing-masing tiga kali ketika pagi dan petang, maka segala sesuatu akan dicukupkan untuknya. HR. Abu Daud no. 5082, Tirmidzi no. 3575. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan.

6. Dzikir pagi & Petang.
Dzikir pagi dan petang adalah tameng dari sihir, didalamnya ada sekitar 18 bacaan dzikir yang baik dibaca pagi hari dan 14 Dzikir di petang hari. Bisa didapat dibuku dzikir pagi petang, atau search di Internet dan Aplikasi Android atau yang lainnya.

7. Sempurnakan dengan Alkahfi 1-10
Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
“Siapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi, maka ia akan terlindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim no. 809) Dalam riwayat lain disebutkan juga 10 ayat terakhir surat Al-Kahfi.

Dajjal adalah tukang sihir paling ulung yang akan muncul diakhir Jaman dengan sihirnya, dan al Kahfi adalah benteng yang akan menyirnakan sihir dan fitnah sebelum kedatangannya.

Selasa, 1 Ogos 2017

Penyebab jin Sulit Keluar dari tubuh

Tazkiyyahtunafs - Penyucian Jiwa
Pengalaman perawat

[ 9 Hal menyebabkan Sulitnya JIN keluar dalam tubuh seseorang ]

1. Kurangnya keimanan Kepada Allah Ta'ala dan Juga Kepada Al- Quran sebagai obat yang Allah turunkan...

2. Belum boleh Memaafkan Kesalahan orang - orang yang pernah menzolimi dan menyakitnya selama ini...

3. Belum Mau bertaubat  dan meniggalkan maksiat  Yang Pernah diperbuat...

4. Kerasnya hati dalam menerima kebenaran...

5. Masih Suka dan Rela dirinya di dampingi / dijaga JIN dan Masih Beranggapan Bahwa tidak mengapa berteman dengan bangsa JIN...

6. Masih Memiliki Azimat dan Amalan Syirik Yang belum mau ditinggalkan...

7. Kurangnya Ketawakkal kepada Allah SWT, masih menggantungkan Kesembuhan kepada Makhluk,  sehingga melalaikan setiap ibadah yang Allah perintahkan...

8.  Masih Ada buhul Sihir yang belum musnah atau hilang kekuatan Ghaibnya..

9. Cukup lamanya jin bersemayam dalam tubuhnya sehingga  merusak system saraf otaknya, kemudian mengendalikan setiap ucap  dan gerak tubuhnya. ( untuk kes seperti ini selain diruqyah secara Intensif juga harus dipadukan dengan herbal / terapi Hijamah, untuk membantu pemulihan system sarafnya)...

Wallahua'lam..

Isnin, 31 Julai 2017

10 Kunci Hati Senang Jiwa Tenang

TAZKIYATUN NAFS

10 KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG

1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. SELALU  SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. SELALU  MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan

10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

Jumaat, 26 Mei 2017

Masa untuk keluarga

Hari ni bermulanya cuti pertengahan tahun. Kebetulan cuti 2minggu ni jatuh pada bulan puasa. Yeaaaa dapat puasa kat rumah lama.... Esok puasa ye adik-adik.

Perancangan hari ni nak keluar beli baju raya anak-anak. Bila dah puasa, malas dah nak keluar. So hari ni memang kena pulun lah membeli...

Awal pagi lagi kami sekeluarga dah keluar... Pergi makan sarapan kat kedai linie nasi kerabu tumis... Perhhh nasi kerabu kambing bakar... Gila sedap

Siap sarapan dah pukul 10.15... terlebih time sudah... Kami terus ke pasaraya Billion. Orang boleh tahan lah... Nak kata bersesak tu tak de lah... Keluarga yang lain macam aku juga, bersama kanak-kanak nak beli baju raya untuk anak-anak. Emmm memang luar biasa, habis penyangkut baju terbalik tunggang langgang, anak aku pun sama... Runtuh kain baju yang bersusun atas rak... Terlalu syok pilih kain baju... Ada tu pula, budak terkunci dalam bilik persalinan... Hahahaha dah kunci tak pandai nak buka... Adoiiii... Sampaikan pekerja situ membebel... Mungkin penat... Tapi tu dah kerja diorang.

Hampir jumaat kami selesai beli baju anak-anak... Emmmm... Tapi tak cukup pun lagi... Sebab tak de pilihan...

Disebabkan dah masuk zohor, aku tinggalkan my suami kat masjid besar Kubang Kerian, sementara aku dan anak-anak lepak kat KFC... Huh!!! Ingatkan buka, boleh lah aku melantak peha ayam... Rupa-rupanya ditutup REHAT...

Jap lagi nak sambung misi kemanusiaan ke MYDIN pula. Kita tengok apa yang ada di sana...

Ahad, 30 April 2017

Berambak dengan pemandu gila

Sokmo-sokmo doh kalu nak balik kuarters, aku turun petang hampir maghrib. Jadi sampai kat kuarters  sebelum pukul 10 malam.

Nak jadikan cerita,  masa masuk ke simpang ..... (di rahsiakan atas faktor keselamatan) ada pemandu gila tu bawa kereta MYVI... dia ikut belakang aku, pastu hon kan kereta dia... kereta aku sorang je masa lalu jalan tu... terpikir juga, dah kenapa kau ni... pastu dok main lampu, besar kecik besar kecik kau suluh aku... aku pun pandang kau kot cermin pandang belakang besar kecik besar kecik je.... aku perlahankan kereta sebab tak tahan kau tu suluh lampu ke aku... tapi mung wak benggong tak potong pun kereta aku... aiii nak gurau bewok tengah-tengah ladang sawit napok... aku pun tekan pedal minyak derras... mung pun tekan minyak juga, soh doh mung gila... bila jumpa 2 biji kereta kat depan... aku pun potong.... kereta gila tu pun potong juga...konon nak kejar aku... aiiii... mung memang tak kenal lagi yang aku ni RATU PECUT/KAKI RACING.... nak tengok keta sapo biso?... sekali aku tekan minyak cecah 140KM/H... huh... po taik mung kejar aku... geram juga aku mugo mung dok  main lampu suluh ko aku... ingat mata aku ni mata belalang ko... SILAUUUUU lah pokko.

Emmm... padan muko kena tinggal.... bedesup aku litah mana-mana kereta hok bawak po kkuro...
mung tak tahu pah dale parit mana... metto napok...

Aku bbena nak berenti keta kat mana-mana kedai yanga ada ramai orang... tapi tak jumpa pulok kedai tu... tak po lah..selamat belako doh...

Sabtu, 29 April 2017

Serba rosak ...

Bumper kereta aku tu, suka sangat sodok tebing... dah lah rendah tak sedar diri, pastu menghodohkan pandangan... tu dah nak roboh sebab skru pengikat dah tercabut.

Pagi Sabtu tu pergi hantar kereta kat rumah ma minta syakir pasang skru... bila dah check kereta, syakir cakap aircond kereta tak sejuk.. memang pun dah lama aircond tu tak sejuk... rupa-rupanya kipas angin bergerak slow romantik gitu... emmm... sebelum dia buat perangai, syakir syorkan suruh tukar...

baiklah tuan, aku ni pun bukan nya reti bab-bab kereta... hanya tahu isi minyak .... tak cukup duit nak isi minyak, reti lah minta duit dengan Boss tu....

...............................

Khamis 28 April ....
Masa nak balik ke Bachok, tiba-tiba kereta bergoyang-goyang macam nak tercabut tayar... sebelum ni syakir dah cakap alignment kereta tu lari... tapi lain macam jer kereta ni...stereng pun bergoyang, siap badan aku pun bergoyang sekali.... eh, eh, eh.... sempat sampai ker ni...

Pagi Jumaat tu terus aku hantar ke rumah ma ...

Rupa-rupanya memang sadis gila.... perkataan "mujur" lah yang buat hati aku lega sangat.. Nak tahu kenapa?... Sibuk lah korang ni nak tahu...

Jeng...jeng...jeng...

Tayar depan belah kiri dah bengkak... tunggu meletop je, yang belah tepi pulak dah seksi gila... segala urat bersirat keluar ... huh! Seram tak?

Alhamdulillah dah selesai ... duit pun memang selesai dah... melayang RM400 dari beg Carlo Rino aku yang buruk ni.... Hak hak hak....

Ada lagi kisah seram nya... Handpon Lenovo aku pula wak hal... benci betul... sampai tidur pun aku termimpi-mimpi pasal telefon tu... Dah lah... malas nak cerita panjang-panjang...

Isnin, 10 April 2017

Mood Kursus

Lamanya tak keluar kawasan... hah! ambik kau, sekali dapat kursus jauuuh gila... Nuh kat SMK PAKA. Satu keseronokan untuk aku... teroka tempat orang... tak kisah campak ke mana pun, janji WAZE tak buat perangai...

Sebenarnya hari ni aku kena jadi hakim pertandingan MTQ peringkat Daerah Dungun. Dilantika sebagai hakim persembahan bercerita kategori perempuan... Ayo yo.. takutnya aku nak terima... oleh kerana Surat panggilan kursus RBT dah lama aku terima, baik aku cabut lari ke kursus RBT, lagipun aku perlukan pengetahuan dalam bidang Reka Bentuk Teknologi... kena ngajar subjek bukan opsyen, memang buta terus... elok lah bagi orang macam aku ni diberi pendedahan dan pengetahuan sikit.

Ok lah, aku pun dah selamat sampai ke SMK PAKA, dalam masa 54 minit aku sampai... hehehe berapi aku bawa kereta.

Khamis, 6 April 2017

HATI BATU

Aku tak paham sungguh dengan sorang manusia ni... langsung takde hati perut.. suka sangat tindas orang bawahan, mentang-mentang lah di tu ketua, sikit pun tak pandang masalah orang bawahan ni. Hoi, aku pun manusia juga... ada hati dn perasaan.. kau ingat tu bukan masalah kau, kau jadi badak!! ehh... kau jadi pekak badak... dengan muka tersengih-sengih macam tak rasa bersalah.

Buat lah selagi engkau tu ada pangkat. Habis pangkat kau tu, tak de nya orang nak pandanglagi. INGAT, JANJI ALLAH ITU PASTI

Ahad, 2 April 2017

Balik kampung

Asal usul en. Suami, orang kampung sini je... tapi dibesarkan dan bermukim di Thailand. Bila remaja en. Suami belajar kat Terengganu dan terus menetap di Malaysia... hilir kan tu, antara Negara.... Bhahaha...

Ok, yang nak ceritakan kat sini sebenarnya cuti sekolah pertengahan penggal 1 baru ni, kami anak - beranak balik ke Narathiwat. Budak-budak ni memang seronok kalau nak balik sana.

Selepas sarapan, kami bertolak ke Tanah Merah. Singgah uruskan border pas untuk masuk ke Thailand. kesian pula kat bibi, aku tak tahu pula yang dia tu kena bawa sekali surat beranak.... tapi tak pe, pengkalan haram ada... lagipun dia budak lelaki.... maafkan daku yea anak bujang....

kami sampai Boketa dah tengahari... sorang pun tak dekat rumah... mading-masing ke karnival kebudayaan kat Waeng... apa lagi, kami terus ke sana... Bila sampai sana, Masyallah cuaca panas sangat... peluh berlumba-lumba luruh ke bawah... kihkihkih...yang kelakarnya, elok je peluh tu masuk ikut lurah ponggong.... hahahaha...

Waktu malam pula ada ceramah keagamaan yang disampaikan oleh Ustaz Jemputan daripada Malaysia. Bawa budak-budak ni sekali, hampeh.... tengah main-main kejar bole tidur..... habis semua tumbang tidur atas rumput.

Aku saje je sebenarnya ajak pergi mandi air terjun... tak tahu pun ada tempat peranginan... Ahaks, seronok pulak bila en. Suami turuti kehendak aku.... Klasik nama tempat tu... Air terjun Halabala...

Pagi jumaat, kami bersiap-siap nak balik ke Bachok...  Insyallah lain kali datang lagi

Rezeki

Ke Majlis pembayaran bonus bagi guru pintar al-Quran Negeri Terengganu yang di adakan di Dewan Besar Majlis Daerah Marang. Berbekalkan Waze aku sampai ke sini tanpa sesat. hahahaha yang penting kena berani.

Aku sebenarnya tak tahu pun mengajar Al-Quran dapat BONUS... eh! orang nak bagi, ambik je... tok sah cakap banyak....

Cumanya aku sunyi kat sini... kat Negeri Terengganu... setelah hampir 10 bulan aku bermukim di sini. tak ada kawan... tak ada yang aku kenal... dan tak ada yang kenal aku.. sedih pula bila teringat kawan-kawan kat Melaka. Tapi semua tu tinggal kenangan...Aku rindu saat itu.... bersama zie, Dah... kursus bersama Jea... Tersangat rindu

Sabtu, 25 Mac 2017

Cuti dah tamat tempoh

Kalau cuti, memang sekejap je masa berlalu... seminggu tu tak rasa apa-apa... teruk kan?
Tak sedar apa yang aku buat kat rumah.... kain baju yang berlambak tu tak berkemas, rumput kat laman rumah tak dibuang, rumah bersawang semakin galak... uiiiis, sedar-sedar... Argggghhh esok dah sekolah.

Maknanya petang ni kena bertolak ke lubuk...

Suka ke. Tak suka ke... kena teruskan juga....

Allah! aku tahu kau dah aturkan yang terbaik untuk aku... Insyallah, ada manisnya dipenghujung nanti.

Aku tunggu...

Jumaat, 24 Mac 2017

Seketul HATI milik ALLAH

Dapat Whats Aap daripada Pentadbir, minta nombor rujukan egtukar aku... eh, datuk ni tak sahkan lagi permohonan aku, padahal dah lama aku hantar... poyo punya kerja... malas nak komen lebih-lebih.

,................

Yang aku rasa lega, sebab Pegawai PPD telefon minta GB sahkan... maknanya permohonan aku dalam perhatian... selebihnya aku serahkan pada ALLAH. Doa banyak-banyak, minta Allah lembutkan hati pegawai yang uruskan pertukaran. Tak guna pun pergi merayu pada manusia... kita bukan siapa-siapa pada mereka... ikut suka dia nak humban kita ke mana, akhirnya kita juga yang kecewa. Bila kita serahkan urusan kita pada Allah, hati kita jadi tenang dan Redha dengan aturannya....

Insyallah, rezeki Allah tak pernah salah alamat....

Isnin, 6 Mac 2017

Kuatkan hati ku

Letihnya berterusan macam ni, bila lah dapat bertukar ke Besut.... Mengharap sangat-sangat dapat sekolah yang dapat berulang ke rumah tiap-tiap hari. tak tahu nak kata apa dah... semangat pun dah hilang, letih .. menyapah dengan persekitaran, huh.... S A B A R juga yang boleh di kata.

Mencabar betul dok kat sini, budak-budak langsung tak hormat guru... geram pulak aku... nak rotan pulak, mak bapak sayang anak... kerja sekolah malas nak buat... belajar pun malas... uiii stress juga aku kalau berterusan macam ni.... memang lah budak-budak tu bukan anak aku, tapi tak ada kepuasan dalam mendidik budak-budak... kemenjadian murid pun entah kemana... memang tak jadi pun kalau macam tu perangainya.... hangin satu badan....

Emmmm... kepala hotak pun tak seronok dok sini... tolong lah jauhkan kami daripada pemerintah yang zalim... penat lah asyik macam ni... gila kuasa tapi kerja tak cerdik....


BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...