Sabtu, 25 Mac 2017

Cuti dah tamat tempoh

Kalau cuti, memang sekejap je masa berlalu... seminggu tu tak rasa apa-apa... teruk kan?
Tak sedar apa yang aku buat kat rumah.... kain baju yang berlambak tu tak berkemas, rumput kat laman rumah tak dibuang, rumah bersawang semakin galak... uiiiis, sedar-sedar... Argggghhh esok dah sekolah.

Maknanya petang ni kena bertolak ke lubuk...

Suka ke. Tak suka ke... kena teruskan juga....

Allah! aku tahu kau dah aturkan yang terbaik untuk aku... Insyallah, ada manisnya dipenghujung nanti.

Aku tunggu...

Jumaat, 24 Mac 2017

Seketul HATI milik ALLAH

Dapat Whats Aap daripada Pentadbir, minta nombor rujukan egtukar aku... eh, datuk ni tak sahkan lagi permohonan aku, padahal dah lama aku hantar... poyo punya kerja... malas nak komen lebih-lebih.

,................

Yang aku rasa lega, sebab Pegawai PPD telefon minta GB sahkan... maknanya permohonan aku dalam perhatian... selebihnya aku serahkan pada ALLAH. Doa banyak-banyak, minta Allah lembutkan hati pegawai yang uruskan pertukaran. Tak guna pun pergi merayu pada manusia... kita bukan siapa-siapa pada mereka... ikut suka dia nak humban kita ke mana, akhirnya kita juga yang kecewa. Bila kita serahkan urusan kita pada Allah, hati kita jadi tenang dan Redha dengan aturannya....

Insyallah, rezeki Allah tak pernah salah alamat....

Isnin, 6 Mac 2017

Kuatkan hati ku

Letihnya berterusan macam ni, bila lah dapat bertukar ke Besut.... Mengharap sangat-sangat dapat sekolah yang dapat berulang ke rumah tiap-tiap hari. tak tahu nak kata apa dah... semangat pun dah hilang, letih .. menyapah dengan persekitaran, huh.... S A B A R juga yang boleh di kata.

Mencabar betul dok kat sini, budak-budak langsung tak hormat guru... geram pulak aku... nak rotan pulak, mak bapak sayang anak... kerja sekolah malas nak buat... belajar pun malas... uiii stress juga aku kalau berterusan macam ni.... memang lah budak-budak tu bukan anak aku, tapi tak ada kepuasan dalam mendidik budak-budak... kemenjadian murid pun entah kemana... memang tak jadi pun kalau macam tu perangainya.... hangin satu badan....

Emmmm... kepala hotak pun tak seronok dok sini... tolong lah jauhkan kami daripada pemerintah yang zalim... penat lah asyik macam ni... gila kuasa tapi kerja tak cerdik....


BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...