Ahad, 30 April 2017

Berambak dengan pemandu gila

Sokmo-sokmo doh kalu nak balik kuarters, aku turun petang hampir maghrib. Jadi sampai kat kuarters  sebelum pukul 10 malam.

Nak jadikan cerita,  masa masuk ke simpang ..... (di rahsiakan atas faktor keselamatan) ada pemandu gila tu bawa kereta MYVI... dia ikut belakang aku, pastu hon kan kereta dia... kereta aku sorang je masa lalu jalan tu... terpikir juga, dah kenapa kau ni... pastu dok main lampu, besar kecik besar kecik kau suluh aku... aku pun pandang kau kot cermin pandang belakang besar kecik besar kecik je.... aku perlahankan kereta sebab tak tahan kau tu suluh lampu ke aku... tapi mung wak benggong tak potong pun kereta aku... aiii nak gurau bewok tengah-tengah ladang sawit napok... aku pun tekan pedal minyak derras... mung pun tekan minyak juga, soh doh mung gila... bila jumpa 2 biji kereta kat depan... aku pun potong.... kereta gila tu pun potong juga...konon nak kejar aku... aiiii... mung memang tak kenal lagi yang aku ni RATU PECUT/KAKI RACING.... nak tengok keta sapo biso?... sekali aku tekan minyak cecah 140KM/H... huh... po taik mung kejar aku... geram juga aku mugo mung dok  main lampu suluh ko aku... ingat mata aku ni mata belalang ko... SILAUUUUU lah pokko.

Emmm... padan muko kena tinggal.... bedesup aku litah mana-mana kereta hok bawak po kkuro...
mung tak tahu pah dale parit mana... metto napok...

Aku bbena nak berenti keta kat mana-mana kedai yanga ada ramai orang... tapi tak jumpa pulok kedai tu... tak po lah..selamat belako doh...

Sabtu, 29 April 2017

Serba rosak ...

Bumper kereta aku tu, suka sangat sodok tebing... dah lah rendah tak sedar diri, pastu menghodohkan pandangan... tu dah nak roboh sebab skru pengikat dah tercabut.

Pagi Sabtu tu pergi hantar kereta kat rumah ma minta syakir pasang skru... bila dah check kereta, syakir cakap aircond kereta tak sejuk.. memang pun dah lama aircond tu tak sejuk... rupa-rupanya kipas angin bergerak slow romantik gitu... emmm... sebelum dia buat perangai, syakir syorkan suruh tukar...

baiklah tuan, aku ni pun bukan nya reti bab-bab kereta... hanya tahu isi minyak .... tak cukup duit nak isi minyak, reti lah minta duit dengan Boss tu....

...............................

Khamis 28 April ....
Masa nak balik ke Bachok, tiba-tiba kereta bergoyang-goyang macam nak tercabut tayar... sebelum ni syakir dah cakap alignment kereta tu lari... tapi lain macam jer kereta ni...stereng pun bergoyang, siap badan aku pun bergoyang sekali.... eh, eh, eh.... sempat sampai ker ni...

Pagi Jumaat tu terus aku hantar ke rumah ma ...

Rupa-rupanya memang sadis gila.... perkataan "mujur" lah yang buat hati aku lega sangat.. Nak tahu kenapa?... Sibuk lah korang ni nak tahu...

Jeng...jeng...jeng...

Tayar depan belah kiri dah bengkak... tunggu meletop je, yang belah tepi pulak dah seksi gila... segala urat bersirat keluar ... huh! Seram tak?

Alhamdulillah dah selesai ... duit pun memang selesai dah... melayang RM400 dari beg Carlo Rino aku yang buruk ni.... Hak hak hak....

Ada lagi kisah seram nya... Handpon Lenovo aku pula wak hal... benci betul... sampai tidur pun aku termimpi-mimpi pasal telefon tu... Dah lah... malas nak cerita panjang-panjang...

Isnin, 10 April 2017

Mood Kursus

Lamanya tak keluar kawasan... hah! ambik kau, sekali dapat kursus jauuuh gila... Nuh kat SMK PAKA. Satu keseronokan untuk aku... teroka tempat orang... tak kisah campak ke mana pun, janji WAZE tak buat perangai...

Sebenarnya hari ni aku kena jadi hakim pertandingan MTQ peringkat Daerah Dungun. Dilantika sebagai hakim persembahan bercerita kategori perempuan... Ayo yo.. takutnya aku nak terima... oleh kerana Surat panggilan kursus RBT dah lama aku terima, baik aku cabut lari ke kursus RBT, lagipun aku perlukan pengetahuan dalam bidang Reka Bentuk Teknologi... kena ngajar subjek bukan opsyen, memang buta terus... elok lah bagi orang macam aku ni diberi pendedahan dan pengetahuan sikit.

Ok lah, aku pun dah selamat sampai ke SMK PAKA, dalam masa 54 minit aku sampai... hehehe berapi aku bawa kereta.

Khamis, 6 April 2017

HATI BATU

Aku tak paham sungguh dengan sorang manusia ni... langsung takde hati perut.. suka sangat tindas orang bawahan, mentang-mentang lah di tu ketua, sikit pun tak pandang masalah orang bawahan ni. Hoi, aku pun manusia juga... ada hati dn perasaan.. kau ingat tu bukan masalah kau, kau jadi badak!! ehh... kau jadi pekak badak... dengan muka tersengih-sengih macam tak rasa bersalah.

Buat lah selagi engkau tu ada pangkat. Habis pangkat kau tu, tak de nya orang nak pandanglagi. INGAT, JANJI ALLAH ITU PASTI

Ahad, 2 April 2017

Balik kampung

Asal usul en. Suami, orang kampung sini je... tapi dibesarkan dan bermukim di Thailand. Bila remaja en. Suami belajar kat Terengganu dan terus menetap di Malaysia... hilir kan tu, antara Negara.... Bhahaha...

Ok, yang nak ceritakan kat sini sebenarnya cuti sekolah pertengahan penggal 1 baru ni, kami anak - beranak balik ke Narathiwat. Budak-budak ni memang seronok kalau nak balik sana.

Selepas sarapan, kami bertolak ke Tanah Merah. Singgah uruskan border pas untuk masuk ke Thailand. kesian pula kat bibi, aku tak tahu pula yang dia tu kena bawa sekali surat beranak.... tapi tak pe, pengkalan haram ada... lagipun dia budak lelaki.... maafkan daku yea anak bujang....

kami sampai Boketa dah tengahari... sorang pun tak dekat rumah... mading-masing ke karnival kebudayaan kat Waeng... apa lagi, kami terus ke sana... Bila sampai sana, Masyallah cuaca panas sangat... peluh berlumba-lumba luruh ke bawah... kihkihkih...yang kelakarnya, elok je peluh tu masuk ikut lurah ponggong.... hahahaha...

Waktu malam pula ada ceramah keagamaan yang disampaikan oleh Ustaz Jemputan daripada Malaysia. Bawa budak-budak ni sekali, hampeh.... tengah main-main kejar bole tidur..... habis semua tumbang tidur atas rumput.

Aku saje je sebenarnya ajak pergi mandi air terjun... tak tahu pun ada tempat peranginan... Ahaks, seronok pulak bila en. Suami turuti kehendak aku.... Klasik nama tempat tu... Air terjun Halabala...

Pagi jumaat, kami bersiap-siap nak balik ke Bachok...  Insyallah lain kali datang lagi

Rezeki

Ke Majlis pembayaran bonus bagi guru pintar al-Quran Negeri Terengganu yang di adakan di Dewan Besar Majlis Daerah Marang. Berbekalkan Waze aku sampai ke sini tanpa sesat. hahahaha yang penting kena berani.

Aku sebenarnya tak tahu pun mengajar Al-Quran dapat BONUS... eh! orang nak bagi, ambik je... tok sah cakap banyak....

Cumanya aku sunyi kat sini... kat Negeri Terengganu... setelah hampir 10 bulan aku bermukim di sini. tak ada kawan... tak ada yang aku kenal... dan tak ada yang kenal aku.. sedih pula bila teringat kawan-kawan kat Melaka. Tapi semua tu tinggal kenangan...Aku rindu saat itu.... bersama zie, Dah... kursus bersama Jea... Tersangat rindu

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...