Isnin, 12 November 2018

Rehlah Darul Kauthar

Tahun ni rehlah DK untuk guru-guru sahaja. Program sekadar tidur kat hotel da mandi kolam. Makan-makan sendirian berhad yer.

Cuti yang aku mohon hari tu diluluskan 2 hari berturut-turut. Eiiii mesti lah suka.

Kami bertolak dari rumah pukul 9.30 pagi selepas sarapan. Sepanjang jalan hujan turun renyai-renyai. Hai!!! Nak mandi kolam berulamkan air hujan ni. Pukul 12 tengahari dah sampai Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Awal pula sampainya..... Kami tinjau- tinjau dulu Loby hotel. Ler..... Bayu Restaurant yang Ust. Chik nak belanja tu, cafe dalam Primula rupanya. Tu yang aku fikir tadi, kenapa perlu jumpa kat hotel dulu, baru pergi makan kat Bayu Restaurant.

Ni pintu masuk Primula Beach Hotel
Pukul 1.00 tengahari kami dijamu selera dengan menu gulai ikan masin dan ayam goreng. Pencuci mulut pula hanya buah tembikai. Selesai makan, kami diberi kunci bilik no.323. Terus ke bilik untuk solat dan tukar pakaian.... walaupun hujan tetap juga mandi kolam, sebab antara kolam dan hujan tiada beza... dua- dua basah.

Tidur berhimpit-himpit 3 orang 1 katil. Nasib baik yang 2 lagi tu tidur bilik lain.
Lepas asar kami keluar jalan-jalan kat Pantai Batu Burok sambil makan keropok lekor. Malam tu kami tapau nasi kat kedai mayang, Batu Buruk dan makan kat bilik hotel.

************************

Misi mencari sarapan Nasi Dagang terengganu. Baru ni ada share kedai makan yang sedap di Terengganu. ok kita cuba cari.... Memula kami cari kedai dekat shell ladang, macam terkial-kial nak cari, aku terus ke kedai nasi dagang Atas Tol. Tak jauh pun dari hotel. Emmmm.... Haru betullah, kedai ditutup!!!!! Hanya buka hari Rabu- Ahad.

Ok terus cari kedai kedua.... tepi shell, kedai yag ada jual roti canai, kedai warisan. Waze dah mengarut suh pusing kawasan rumah dulu. Aku ngikut jer.... Hahahaha

Yes, dah jupa.. siap order air, aku beratur untuk beli nasi.... sekali!!! kedai tak jual nasi dagang, kita jual nasi minyak.... Oh! patutlah aku mencari nama kedai, tak de pun yang tulis nama Warisan. Haish, salah kedai, try intai-intai kat luar, depan nuh selang 1 kedai, ada kedai warisan. Kami bertapak ke sana.... Eh!!! takde juga nasi dagangnya....

Cik Abang cakap, kita pergi makan kat kedai tepi hotel Permai, situ kedai buka dan boleh tahan juga nasi dagangnya. Bila dah sampai, kami berubah cadangan.... doh alang-alang sampai ke Terengganu ni, baik cari kedai yag puas hati. Kami cadang nak cari kedai yang Adah cakap ada satu kedai kat Tanjung, lepas pada Hotel Continentel, masuk lorong sebelah Adidas. Kedai tu tak ada nama, hanya warung tepi rumah kayu. Alhamdulillah jumpa!

Dah makan situ, kami tapau untuk makan tengahari pula.

12.00 tengahari kami cheak out dan balik ikut jalan pantai. Ustaz Chik cakap tengah jalan nak balik tu, kat Petronas ada kedai keropok sedap, memang ramai orang beratur. Apalagi, cik suami nak beli lah. Kedai tu sebelum kedai keropok mengkabang tapah yang selalu aku beli tu. Orang memang ramai sedang beratur dan sejam setengah kemudian baru siap membeli. Huhuhu, kalau lepas ni ada orang kirim nak beli keropok kedai tu, memang takdenya aku nak layan. Lama gila!!!!!!

Sampai Besut, kami singgah makan udang celop tepung. Kedai yag sedap tu, tutup pula hari ni. Nampaknya, kebayakkan kedai yang sedap di tutup pada hari isnin. Lain kali jangan berjalan pada hari isnin.

Pukul 6 petang juga, kami sampai rumah. Rancang hari tu, lepas maghrib nak bertolak ke Dungun.... emmmm, tinggal mimpi je. Badan letih sangat, esok pagi je lah pergi.

Permudahkan urusanku

Allah jua yang memudahkan segala urusan.
Allah jua yang membuatkan segala perancangan menjadi kenyataan.
Allah jua yang lebih mengetahui apakah semua usaha kita itu berhasil ataupun tidak.
Allah jua yang mengaturkan setiap kisah suka duka dalam kehidupan kita.
Allah jua yang menyusun ke mana hala langkah kita.
Allah jua yang mengizinkan setiap ujian dan cabaran serta kelancaran dan kesenangan datang menemani perjalanan kita.

Allah jua yang akan melepaskan kita daripada segala kebuntuan.
Allah jua yang akan membukakan jalan seluas-luasnya untuk kita.
Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan bilakah detik yang tepat untuk 'yang terbaik' itu muncul mendampingi kita.

Kita cuma manusia.
Sarat kelemahan dan keperluan.
Sarat kemarahan dan keluhan.
Sarat kelelahan dan sentiasa mahukan keselesaan.

Semoga dalam segala kekurangan itu
Kita tidak pernah mengalah dan putus harapan pada janji-Nya
Semoga semua itu dapat menambahkan ketaatan
dan kebergantungan kita terhadap-Nya

Terus usaha.
Angkat kepala.
Lihat ke hadapan.
Dan jalan terus!

Kita Cuma Hamba.

Selasa, 23 Oktober 2018

Terlayan drama bersiri


Cinta Tiada Ganti, Drama Cinta Tiada Ganti, Drama Melayu, Drama Bersiri 100 Episod, Slot Tiara, Astro Prima, Astro Maya HD, Drama Melayu Adaptasi Drama Filipina, Sanay Wala Nang Wakas, Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas, 2018, Cinta Tiada Ganti Cast, Pelakon Drama Cinta Tiada Ganti, Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Ben Amir, Syamim Farid, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza, Nafiz Muaz, Wan Sharmila, Octovia Manrose, Dian P Ramlee, Fizz Fairuz, Poster Drama Cinta Tiada Ganti, OST Cinta Tiada Ganti, Lagu Jodohku nyanyian Khai Bahar, Love Story, Cinta, Watak, Arabella, Ara, Bella, Mukhriz, Yem,
Terjatuh hati tengok mata Ben Amir tu.... 
Sebenarnya aku dah terjebak tegok drama yang panjang sirinya. Kalau awal-awal tahu memang tak tengoklah. Entah macamana boleh download pula. Padahal hero drama CINTA TIADA GANTI tak lah hensom dan aku tak kenal pun.  Nak tahu kenapa? Kes suka tengok si Nelydia lah aku gigih tengok. Awal-awal episod, tak lah menarik sangat.. ni dah masuk episod 50, lepas si Ara jumpa Khai... alamak!!!!! aku dah jatuh hati kat mata si Khai tu.... Tak sabar nak tahu kesudahan cerita ni. 

Meh kita tengok sinopsis cerita CINTA TIADA GANTI ni.
Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Mukhriz (Aedy Ashraf. Dia berasal dari keluarga yang kaya-raya dan bakal mewarisi kesemua harta peninggalan keluarganya, manakala Arabella/ Ara (Nelydia Senrose) pula adalah seorang gadis biasa yang berhati baik dan juga cantik.Mukhriz dan Ara bertemu di atas sebuah kapal. Pertemuan yang singkat itu telah menerbitkan rasa cinta antara mereka. Di mata Mukhriz, Ara adalah gadis yang sangat sempurna. Dia dapat menerima Ara seadanya. Perhubungan mereka pada awalnya sangat indah. Disebalik kebahagian Mukhriz, ada sesuatu yang dipendamnya. Dia sebenarnya menyimpan dendam terhadap seorang lelaki yang telah membunuh ibunya. Perhubungan antara Mukhriz dan Ara mendapat tentangan keluarga. Demi cinta Mukhriz sanggup menentang keluarganya. Namun Mukhriz tidak menyangka bahawa Ara adalah anak kepada lelaki yang menjadi pembunuh bapanya. Kebenaran tersebut telah menggugat hubungan Ara dan Mukhriz, tak lama kemudian satu kejadian telah berlaku dan menyebabkan Mukhriz menyesal dengan sikapnya pada Ara, manakala Ara pula hilang tanpa khabar berita. Selepas itu mereka masing-masing menemui pengganti dan juga cinta baru, Ara dan Mukhriz ditakdirkan bertemu semula. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah mereka bersatu kembali? Mahu pun memilih cinta yang baru?....

Rupa-rupanya cerita ni adaptasi dari drama filipina yang bertajuk Sanay Wala Nang Wakas. Huh!!!! lama benar aku tak mengikuti perkembangan cerita kat TV. Seingat aku lepas aku habis belajar tahun 2006, memang tak tengok cerita kat TV. Semua cerita yang aku tengok hanya melalui internet sahaja.

Ok lah, nak habiskan drama ni 100 episod.. kalau lah laki aku tahu bersungguhnya aku layan drama ni, masaklah aku kena tazkirah siang dan malam.... 

Isnin, 22 Oktober 2018

Dilema nak cuti

Ahad depan kena bawa Aaisyah ke Hospital Kemaman untuk terapi matanya. Nak mohon cuti untuk bawa ke hospital tu, tak de masalah... ni nak mohon cuti sebab nak ikut en. Suami bercuti kat Terengganu. Kebetulan diorang cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan... so memulas perut ni nak mohon cuti. Asalnya nak cuti sehari je pada hari Isnin... alang kepalanga cuba nasib nak cuti 2 hari.... cuti banyak lagi weh.... harap ke cuti pergi hospital je...

Tengok pada papan kenyataan dalam pejabat tu, Sir dapat cuti 2 hari kerana melancong... wah, dah lah cuti berkepit tu... dapat you... tak boleh jadi ni... aku cuma cuti bersambung....

Harap dapat lah!!!!

Imej yang berkaitan

Ahad, 21 Oktober 2018

Kisah arwah Naim

* Coretan Abe Lan

ALLAH SWT YANG MENTAKDIRKAN KEMATIAN DAN KEHIDUPAN UNTUK MENGUJI KAMU SIAPAKAH ANTARA KAMU YANG PALING BAIK AMALANNYA....

Waktu berbuka puasa petang semalam anak bongsu saya Amani (dua tahun lebih) bertanya dengan gaya bahasanya yang tersendiri " abah... bila cuti? ....  Saya jawab esok cuti...
Wajahnya menampakkan keceriaan... kegembiraan bagi anak anak bila dapat bersama ibubapa mereka di hujung minggu...

Saya terkenang nisa' dan ulfah yang baru kehilangan abah mereka sabtu lepas.... tiada lagi tempat bermanja....

Waktu menjadi hakim persembahan pelajar semester satu,hujung minggu lepas menerima mesej dari Kak Nie (kakak sulung saya)
"Salam untuk makluman kak Nie baru dapat call dari cik Are, Naim jatuh laut, tak tau lagu mana tu sebab cik Are tadi pun tak leh kkecek dok nnangis. Doakan yang tebaik..."
Allahuakbar..

Setengah jam kemudian dapat mesej dari cik are ( adik perempuan Saya) "Assalam. untuk makluman semua. abah nisa dah tak dok doh..."

Tengahari tu kami bergegas ke Penang

Haji Mohammad Khairul Naim bin Abdullah ( adik ipar ) meninggal dunia apabila enjin peluncur udaranya mengalami kerosakan dan menjunam ke dalam sungai muda Kedah...

Mengikut cerita kakak arwah kebiasaannya bila Naim buat penerbangan, dia akan melalui kawasan rumah mereka dan anak anak mereka akan saling melambai.... tetapi pagi tadi Nisa' dan Ulfah masih tidur.... hanya ibu arwah yang ada di luar rumah...

Meninggalkan isteri dan anak anak yang masih kecil... 6, 4 tahun dan insyaAllah seorang dalam kandungan.....

[10/15, 12:26 PM] Cik ARE: Cuma ulfah je duk namgis pagi tadi.
[10/15, 12:26 PM] Cik ARE: Nak mamdi dengan abah
[10/15, 12:27 PM] Cik ARE: Selalu pagi-pagi abah dukung 2 beradik turun mandi.

[10/15, 1:02 PM] Cik ARE: Semalam ulfah tanya ummi.
[10/15, 1:02 PM] Cik ARE: Mane abah?
[10/15, 1:04 PM] Cik ARE: Are cakap abah rehat dalam kubur. Abah berjumpa dengan ayah ngah.

[10/16, 4:46 PM] Cik ARE: Semalam abang chik mai. die p antaq mak surau. Ulfah lena kat bawah.. abang chik tolong tepok ulfah
[10/16, 4:47 PM] Cik ARE: Masa ulfah terjaga dari tido. die p panggil abang chik abah

Pastinya kehilangan abah tercinta dan satu satunya tempat bergantung, ujian besar bagi mereka,  semoga diberi kekuatan oleh Allah dan hanya Allah sebaik baik pelindung dan sebaik baik pemelihara....

إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه











Ahad, 14 Oktober 2018

Takziah buat sepupuku

Al-Fatihah, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. 

Berita yang agak mengejutkan. Allah, setiap yang bernyawa pasti MATI!!!! itu janji Allah pada hambanya yang bernyawa. Aku terkedu memikirkan bagaimana rasanya MATI. Timbul rasa simpati pada Asiah... dahlah jauh daripada keluarga, seorang surirumah dan ada anak yang masih kecil. Yang sulung berusia 6 tahun manakala yang kecik 4 tahun. Tak dapat aku bayangkan sedih nak terima kehilangan orang tersayang. Aku yang besar panjang ni pun, takut nak hadapi kehilangan orang-orang disekeliling aku.

Ma, abah dan semua ahli keluarga Che Long pergi ke Penang untuk menziarah keluarga arwah. Diorang bertolah dari rumah lepas zohor. Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 10 malam diorang sampai dan sempat solat jenazah. Perancangan Allah itu terbaik.

RnR Penanti

Baru sampai

Berita



Che Long sempat kucup jenazah.

Homestay 





Bersiap nak balik kelantan

Singgah jumpa keluarga arwah sebelum balik. Tu ayah arwah.



Tabahnya Asiah. Ma cakap masa Asiah bercerita masih boleh senyum.... Allah, aku tak kuat!!!!

Ayah arwah

Yang aku tahu tentang arwah, dia seorang yang peramah, tapi antara aku dan dia... kami tak pernah bercakap... cukup sekadar bertukar senyuman. Pernah aku tanya Asiah tentang tudung yang dia pakai, aku tanya beli mana? Asiah jawab "Tak tahu lah, Naim yang belikan". Jauh disudut hati aku, aku puji seorang suami belikan sesuatu untuk isterinya. Bagus sangat arwah.

Bawah ni berita yang aku copy dari paper.... simpan sebagai kenangan....



“SEBELUM ini ibu mentua memang selalu minta suami jual payung terjunnya, tetapi dia tidak mahu jual kerana aktiviti itu sudah menjadi minatnya.”
Itu luahan Asiah Yahya, 32, isteri kepada ahli ‘paraglider’, Muhammad Khairunnaim Abdullah, 30, yang lemas selepas paramotornya terjatuh ke dalam Sungai Muda dekat Kota Kuala Muda, Sungai Petani, pagi hari ini.
Asiah berkata, suaminya keluar dari rumah mereka di Penaga, Pulau Pinang, kira-kira 7 pagi dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah masih menjalankan tanggungjawab sebagai suami seperti biasa.
“Macam biasa, pagi tadi sebelum arwah keluar dia ada beli kuih untuk saya dan anak-anak. Selepas itu dia terus keluar, cuma kakak ipar berasa hairan kerana arwah tidak menegurnya langsung ketika mereka terserempak pagi tadi.


“Menjadi kebiasaan setiap Sabtu dan Ahad arwah akan melakukan aktiviti riadah ini bersama rakannya, saya tidak sangka hobinya ini akan meragut nyawanya sendiri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Asiah berkata, suaminya yang bekerja sebagai jurugegas di Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang, terbabit dalam sukan itu sejak empat tahun lalu, dan menjadi ahli persatuan paramotor berdaftar yang berkelayakan.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, Muhammad Khairunnaim lemas selepas terjatuh ke dalam sungai apabila enjin paramotornya mengalami masalah ketika melakukan aktiviti itu di Dataran Dato Ali Yahaya.
Sementara itu, seorang saksi kejadian dikenali sebagai Ahmad, 24, berkata, dia baharu sahaja melihat paramotor dipandu mangsa diterbangkan di kawasan berkenaan.
“Tak sampai lima minit, saya nampak payung terjun mangsa semakin merendah sebelum terjatuh ke dalam sungai dan dia terkapai-kapai meminta pertolongan penduduk kampung.
“Saya dan beberapa penduduk termasuk nelayan yang ada di sungai ketika itu cuba membantu, namun arus sungai yang deras menyukarkan kami menyelamatkannya,” katanya.
Katanya, ketika mangsa berjaya dibawa naik ke darat, dia sudah tidak sedarkan diri dengan tali payung terjun dilihat terbelit di kakinya.

Jumaat, 12 Oktober 2018

Iktiar hidup hutan

Pengalaman pertama handle aktiviti tanda-tanda hutan. Masa zaman KPLI kat maktab dulu, tak de nya berkhemah bagai, yang aku ingat masa unit berunoiform hanya belajar cara ikatan... blurrr belajar ikatan. Buat-buat tak jadi.... benok orang kata. Sekarang ni bila nak ajar kat anak murid, kena hadam betul-betul.

Mula-mula Puan GB beri penerangan kepada murid-murid... aku pun tumpang belajar sekali... tak terbayang sikit pun ape benda aktiviti nak buat dengan tanda-tanda hutan ni. Lepas penerangan, murid-murid diberi sampul surat dan di dalamnya ada arahan yang perlu lakukan.

Aku jadi juri untuk stesen tanda-tanda hutan .... Main sedap je aku bagi markah kat budak-budak ni.

Kusyuk dengar Pn GB bagi penerangan, sampai tertidur Adhwa tu

Ha, ni main-main lukis atas tanah untuk tanda patah balik


Kumpulan pertama tunjuk bakat

Geng Ayuni... Siap lakonkan konon-konon sesat dalam hutan gitu.

Geng Syukur...

Geng Aizatul... 

Yang ni puas pitah

Geng Syamimi... Panjang lebar lakonannya... 

ni yang sesatnya.... 

Kumpulan akhir... main-main yer kumpulan kau
Terima kasih Pn. Gb, banyak ilmu yang aku belajar dari dia.


Ahad, 7 Oktober 2018

Urut

Minggu lepas lagi berjanji nak urut badan dengan Mak cik Kuma... dah lama tak berurut... badan rasa berat. Sebelum ni selalu berurut dengan Mek Cik Nor, memandangkan Mek Cik Nor tak sihat, dia tak nak urut orang dah.

Minggu ni semua budak-budak duduk rumah Mek, jadi tinggal kami berdua berbulan madu kat rumah. Hehehe... Bila berdua ni, malas nak masak... En. suami sarankan beli je sarapan. Lepas kami sarapan aku terus ke rumah ma. Nasib baik aku tak lewat, aku sampai, Makcik Kuma pun sampai.

Selalunya tukang urut akan cakap

 "Kerasnya urat, tak sakit ke?"

 "Selesa ke bernafas, perut keras ni?"

 ..... dan macam-macam lagi

Kali ni Makcik Kuma nak tungku badan aku....

Firts time kena tungku... aku gerun sebenarnya, takut panas!!!!

Dan Makcik Kuma cakap, " em, gelisah dah tu takut tungku panas"

Siap berurut pukul 12 tengahari.

Imej yang berkaitan

Ah, lega sangat-sangat.

Tekad dalam hati ni, nak bakar tungku sendiri dan buat hari-hari. Semangat betul!!!! teringat pula yang en. suami pernah carikan batu tungku untuk aku. Elok tersimpan dalam rak kasut. Rasanya batu tu ambil masa mandi kat air terju Chemerong 2 tahun lalu.

Balik rumah terus ambil batu tu dan masukkan ke dalam kereta. Siap ambil daun mengkudu sekali. Kita tengok sampai bila dia nak buat.

Hasil carian imej untuk danbo massage

Isnin, 1 Oktober 2018

Tradegi 1 Oktober


Benda yang selalu aku minta jauhkan, jadi juga pagi ni. Ya Allah!!! kau hanya berikan aku dugaan yang paling kecil sahaja. Alhamdulillah tiada kecederaan fizikal dan kemalangan jiwa.

Macam biasa aku bertolak dari rumah pukul 3.30 pagi. Perancangan awal nak bertolak petang semalam, tapi en. suami offer diri nak tolong urutkan bahu aku yang sakit tu.


Sampai stesen minyak Shell Chalok, aku berhenti rehat kejap. 20 minit kemudian aku teruskan perjalanan. Sebelum masuk simpang Kuala Berang, tiba-tiba terpandang sesuatu terbaring atas jalan... aku tak sempat mengelak dan tak sempat break.. terus langgar dan aku berserah... "habis lah sangkutl kereta aku ni"... tapi tak sangka, kereta aku terus meluncur ke depan. Haishhh... rupa-rupanya lembu terbongkang mati kena langgar lori.

Berdebar dah aku ni, nasib baik kereta boleh jalan lagi, cuma ada bunyi bergesel... aku berhenti tepi jalan nak tengok keadaan kereta, tapi kawasan persekitaran gelap jadi tak nampak apa-apa perubahan.

Aku bawa kereta 80km/j untuk sampai ke Jerangau. 6.30 baru sampai.... Huh!!!! keadaan kereta agak meloyakan, kerana bersalut dengan tahi lembu... B U S U K wehhhh


Beginilah keadaan kereta aku.... bumper pecah...


Positif dan Negatif?


Cuba korang tengok gambar kat atas tu.

Korang nampak apa? Semua pinggan nampak terbalik kan?

Tapi perasan tak, ada 2-3 pinggan yang elok terbukak. Bila kita tertengok jer pinggan yang terbukak tu, automatik semua pinggan yang tertutup tadi terus terbukak.

Susah nak percaya kan?

Itulah hakikat kehidupan dan minda.

Bila kita fikirkan sesuatu perkara tu negatif, kita akan nampak semuanya negatif.

Tapi bila kita fikirkan yang positif, yang negatif tadi pun boleh nampak positif.

Jadinya kita kena sentiasa latih minda positif dalam semua perkara dan situasi.

Minda korang dalam keadaan POSITIF atau NEGATIF sekarang ni?

Rabu, 26 September 2018

Imbas kembali

Tetiba pula malam ni terbaca kenangan yang lepas- lepas. Aku pun dah lupa kenapa blog ini muncul..... rupa-rupaya tempat aku meluahkan rasa selepas rumahtangga aku hancur. Aku tak pernah ceritakan hal rumahtangga aku dalam ni. Kenapa?

SANGAT MENYAKITKAN

AKU BENCI

hingga tak sudi MENYIMPAN DENDAM

biarlah kehidupan dulu tidak mengganggu kehidupan seharin ku kini.

Rupa-rupanya Allah dengar rintihan aku. Allah dah beri banyak nikmatnya pada aku.

Restu keluarga sangat penting dalam hubungan. Di saat-saat akhir selepas aku kecewa dengan tindakan Azizul, aku betul-betul serahkan kepada keluarga. Nah!! Allah aturkan jodoh ini tanpa disangka. Kelakar pula bila ingatkan pertemuan jodoh aku ni. Asalnya perkenalan ini satu tempat dengan Azizul. Masa tu dikenali dengan nama Abang Mat, padahal orang panggil dia Ujang. Dia suka sangat cakap yang menyakitkan hati aku. Dia seorang bisnesman kat Indonesia. Tiba-tiba Abang Mat menyepi hampir sebulan rasanya. Aku terus delete namanya dalam contacs phone. Kononnya dah tapis orang-orang yang tak patut dijadikan calon suami.

Bila muncul semula, aku tak kenal dah siapa dia.... dengan emoji menangis dia cakap ni mesti dah buang namanya..... Hahahaha, memang tepat sekali tekaannya. Tapi aku ingatlah seorang lelaki yang poyo belajar kat Jordan berlagak pandai. Alih-alih cakap nak kenalkan aku pada kawanya seorang duda anak 6. Huishhhh ramai anak dia. Dalam otak aku, seorang yang kurus dok tepi tangga bersama anak-anaknya.

Yang geramnya dia suka main-main.... lantak kau lah... nak bagi, elok-elok lah.... kan merajuk juga aku ni.

Gambar pertama Abang Mat hantar, seorang lelaki berbaju biru dan memakai jaket air ditepi jeti. Tapi tak jelas mukanya.... minta lagi gambar lain yang muka nampak dekat. Tu dia, not bad lah.... gambar berjubah putih dok makan kat kedai.

Tunjuk kat keuarga... ok cukup syarat yang ditetapkan iaitu Orang dekat, duda kematian isteri pakej pula seorang hafiz.

Cuma..... usia dia jauh beza, hampir 12 tahun. Aku sebenarnya target hanya 5 tahun beza usia.

Pertemuan pertama, dikenali sebagai Ustaz Toha datang bertandang ke rumah ayahbonda. Dunia tak tak de orang lain gamaknya.... dia datang dengan warisnya Sir Roslan, guru tuisyen masa aku sekolah menengah dulu. Ler..... Ma dan abah serta seisi keluarga dah setuju. Masuk pula babak menyuting... Isk.... pampung pampung, wakil merisik tu, Haji Daud kawan kepada sepupu ma, suami ustazah Amnah. Haji Daud tu ayah kepada Abe jea (senior masa sekolah menengah dulu. Dia bermotor besar, tu yang kenal)

Dah selesai bab tu, Allah melancarkan urusan kami....

Oleh kerana kami berjauhan, memamg tak ada peluang lah nak keluar dating berdua. Ingat lagi, ajak Ustaz Toha cuba baju pengatin, selesai urusan.... dia ajak makan-makan kat restoran di Wakaf Che Yeh. Aku pergi dengan Shakir masa tu. Ambik order makan kue tiau kungfu. Masa makan dia tak banyak cakap, kononnya malu dekat Shakir. Nak tahu, masa nak balik dan nak naik kereta.. boleh pula dia berebut nak masuk kereta belah pemandu dengan Shakir.... Hello!!!!! kereta awak kat sebelah tu, Hamboi dah tertukar kereta ye....

Hahahaha

Kek Hello Kitty

Lepas asar semalam keluar pergi ke Dungun. Biasanya lepas balik sekolah terus merayau... tapi oleh kerana badan rasa tak sedap, kepala pun ting tong... baik balik rehat dulu...

Misi pertama, nak korek duit gaji. Almaklumlah lama sangat dah berjauhan dengan gaji bulan ni betul-betul kering dibuatnya, nasib baik aku tak merajuk dengan engkau gaji!!!

Nasib baik orang tak ramai, parking pun senang dapat. Cuma CIMB kat Dungun ni sempit sangat, tak selesa nak dating lelama dengan mesin ATM.

Terus ke pasarayaku mencari seluar track budak-budak ni.... kesian, bila nak kemana-mana cari seluar tak de yang elok, semua dah koyak kat lutut, punggung, celah kelangkang.... Huh!!!! memang dah lama pun tak membeli.... Sekali rembat, hambik kau 6 helai aku beli.

Eh!!! ada kedai kek Umi. Jom masuk!!!!

Tinjau-tinjau, ada pulak kek Chantik ni....

Lalu berlakulah pergelutan antara aku dan Aisyah... 
Eh!!! Salah... 

Aisyah cuma cakap : "Aisyah rasa nak beli kek dan makan dengan kawan-kawan lah"
Ayat meminta tapi kejam... Hahahaha

Kek yang menjadi kegilaan Aisyah....


Ni adengan bila bawa kek ke sekolah. Cikgu Isma menyakat Aisyah nak bawa balik kek tu dan nak makan sorang-sorang.... Kau rasa....
Menangis lah budak tu.... lagi menangis lagi cikgu sakat.

Eh, guruh dah datang...Jom cabut lari balik!!!!

Ummu Sibyan

Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah.
...............................................................
Siapakah wanita itu?
Apa yg dia lakukan di rumah kita ?
Ketahui bahwa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil.
Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini.
Siapakah Ummu Sibyan?

✏Sekelumit sejarah ✏
...................................................................
Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s.
bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.

Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau.

Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan. Aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular.

Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kandungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

“Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.

Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka serta diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.

Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : “Wahai perempuan yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan perempuan”.
.................................................................

Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan:
1.Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib
2.Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)

...........................................

Begitulah sekelumit kisahnya
Akan jin yang akan merosakkan anak Adam dengan berbagai cara yang kita tersangka oleh kita yang selama ini tidak mengambil peduli. Makanya apabila jin sudah melakukan peranannya,
Tentu kita boleh mengagak apakah kesannya kepada kita anak-anak Adam. Tanpa rawatan dari mereka yang benar-benar berilmu haqq dan berkebolehan, tentulah kita anak-anak Adam ini akan merasai kesengsaraan sepanjang kehidupan. Jika rawatan dilakukan oleh mereka yang tidak berada di jalan haqq, penyakit akan tetap datang dan pergi

Sebenarnya orang yang tidak belajar Ilmu Mengenal Diri tak guna mengamalkan perubatan Islam .
Banyak kes berlaku dimana seseorang itu “mengubat” si pesakit dengan ayat Al-Quran dan sebagainya, tetapi sakit orang itu tak baik, iaitu sakitnya berulang. Mengapa demikian? Sebab jin yang dia “buang” itu tidak ke mana – ia hanya menyorok dalam badan atau keluar sekejap kemudian masuk balik? Sampai bila pun tak akan baik...
Orang yang tak belajar Ilmu Mengenal Diri amat berbahaya jika “bermain” dengan alam ghaib. Ibarat orang Melayu cuba melintas padang pasir Sahara tanpa unta dan bekal, tanpa “guide” Baduwi, memang pasti akan binasa atau membinasakan orang lain.
Bukan saja jin pandai bermain wayang tetapi jenis dan perangainya beribu-ribu. Hanya orang yang sudah mengenal diri dapat mengenali semua makhluk-mahkluk itu .
Itu sebabnya Ilmu Mengenal Diri sangat penting, khasnya di waktu sakaratul maut.
Ia penting di dunia dan di akhirat. Begitulah perjalanan yang akan kita tempoh – jauh perjalanan, maka oleh itu, saya sarankan kepada semua pembaca, carilah ilmu untuk menyampaikan kita kepada Al-Haqq


TIGA HAL YANG MENYEDIHKAN


ثلاثة اشياء من الحزن
1.رجل لم يدخل المسجد الا جنازته
2. امرءة لم تغطی عريتها الا عند كفانها
3. رجل لم يسبق صدقة الا عند مايكون فی قبره الصدقة العائلية علی اسمه.

1. Seorang Lelaki yang tidak pernah masuk Masjid
    kecuali Jenazahnya.

2. Seorang Wanita yang tidak pernah menutupi Auratnya
    kecuali ketika dikafankannya.

3. Seseorang yang tidak pernah mahu sedekah
    kecuali ketika keluarganya sedekah atas namanya ketika di Alam Kubur.
    Itupun jika Keluarganya Peduli.

"IA SELALU TERLAMBAT BAGAI SEBUAH PENYESALAN"

Tetapi ia begitu cepat  perkara DUNIA.

Firman Allah Ta'ala :

بل تؤثرون الحياة الدنيا

“Sedangkan kamu lebih utamakan kehidupan dunia...”
 (QS Al-A'la: 16)

Demikianlah sikap kebanyakan manusia :

1. KITA Biasanya masuk ke tempat kerja sebelum Waktunya.


2. KITA Biasanya tiba di lapangan terbang sebelum Waktunya.


3. KITA Biasanya  datang (menunggu giliran) di rumah sakit sebelum Waktunya.


4. KITA Biasanya berada di dalam stesen kereta api, 2 atau 3 jam sebelum berangkat.


AKAN TETAPI  apabila KITA mendengar Azan KITA Seringkali bersantai

TANPA merasa BERSALAH APA-APA..

استغفرالله العظيم

Isnin, 24 September 2018

Adunan goreng-gorengan

En. Suami minta gorengkan cempedak nak bawa pergi gotong royong kampung tebang pokok sena depan sekolah tu. Cempedak made in kebun Mokmoh. Wea yang panjat tu. Haloba, ambik sampai 3 biji, kang kalau tak goreng, memang busuk lah situ sampai minggu depan.

the making of....
Add caption


Adunan yang biasa aku guna untuk goreng-gorengan

- Tepung beras 
- butter
- garam
- kunyit
- air

Kat bawah ni pulak adunan ibu kantin

- Tepung beras
- telur
- ketulan ais
- air
- garam
- kunyit

Ni pun resepi daripada ibu kantin juga

-Tepung gandum
- majerin
- minyak
- garam 
- kunyit

Sila buat anggaran sendiri.... 

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...