Kalau hari ahad jatuh cuti.... Memang suka lah sangat, sambung dari hari jumaat sampai ahad cukup-cukup bermakna bagi aku yang PJJ ni.
Aku je yang cuti, encik suami tak cuti pun.... Cuti ni pun untuk warga Terengganu je hokeyyy...
Lama dah nak bersihkan sekeliling rumah... Selalu je tak dan.... Hari ni dengan semangat yang membara dapat lah bersihkan tapak semaian encik suami.... Lupa pulak nak ambik gambar sebelum.... Ahhh, lupakan, kita tengok hasil yang tak seberapa ni
Jeng jeng jeng......
Ni mangga made in Sungai Buloh.... Sedap buahnya... Sikit masa lagi nak tanam kat tanah yang baru beli tu.... Situ nak jarikan kebun buah-buahan.... Nak tanam serba satu pokok....
Yang ni pula, tanah orang.... Minta nak tanam jagung... Alhamdulillah, projek berjalan dengan lancar... Harap membuahkan hasil yang baik dan manis macam model keta galo tu.... Jadi gelap manis dah encik suami ku.... Hukhukhuk
Ok awak.... Masa untuk masak....