Isnin, 23 April 2018

Geram...

Haish... geram betul lah aku dengan perangai budak-budak ni... kelas bersepah macam takde disiplin langsung... Hancur kelas....

Bila tegur, menjawab!!!!! tak padan dengan kecik....
Dah kecik ni pun tak reti nak hormat cikgu, bila dah besar tak tahu lah nak humban kemana... Sikap hasil daripada keturunan... mungkin YA jawapannya... ye lah, kalau satu keluarga tu pembersih, anaknya akan jadi pembersih... ni sampah dengan dia macam serasi bersama.. serabut perut aku nengoknya....

Ya Allah, cepatlah aku pindah, takde semangat dah aku kat sini... teguran yang tak membawa perubahan... Adakah aku yang gagal mendidik? lagikan Nabi berdakwah ramai pengikut yang ingkar, apatah lagi aku yang hina ini.... Ok, akur dengan kelemahan diri...

Pendek kata... malas dah aku nak ambik tahu... perangai tak reti nak berubah, semakin kurang ajar adalah.

Generasi akan datang lebih teruk lagi... tunggu lah lihat....

Ahad, 22 April 2018

Bahagia aku



Bahagia datang bila kita berusaha mencari... Alhamdulillah aku telah temui kebahagiaan itu....

Tanpa dirancang, tanpa dipaksa... jodoh pertemuan Allah telah tentukan... dan aku merasai nikmat itu....

Dulu, aku sering cemburu melihat pasangan yang bahagia... Suami yang melayan dengan penuh kasih sayang isterinya... Aku cemburu sangat... kerana aku tidak pernah mengalaminya walaupun aku punya seorang suami... tapi, suami yang aku miliki dulu berhati batu.... dah, BERHENTI dari bercakap tentangnya....



Keliru

Ya, aku keliru dengan perasaan sendiri....
Aku juga rasa bersalah... kerana perbuatan aku sendiri... Sekarang aku mengharapkan kata maaf dari "dia"...

Sempena hari lahir dia, aku mampu ucapkan "Selamat hari lahir"... Hanya sebaris ucapan sahaja... dia cuma balas ucapan terima kasih atas ingatan dan ucapan. Aku akur... dia masih terasa dengan sikap dan layanan aku suatu ketika dahulu.... sudah empat tahun berlalu...

Andai ada ruang dan waktu, temukan kami... berikan kesempatan pada aku untuk melafazkan kata maaf dari bibir aku sendiri...

Aku rindukan masa dulu...

Andai masa tidak mengizinkan kami... kirimkan doaku ini, agar dia sentiasa mengingati ku...


-MAY-

Khamis, 19 April 2018

Rindukah aku?

Cuma teringat kisah-kisah lama....

Dua tahun berlalu aku tinggalkan bumi Melaka... Negeri yang meninggalkan 1001 kenangan dalam hidup aku...

Tiba-tiba dia muncul dalam ingatan aku.... buat aku tersenyum sorang-sorang... Maafkan aku dari kejauhan

Maafkan aku....

Banyak cerita antara "aku dan dia"... aku pun tak faham kenapa?
Katanya dia perasan air muka aku... Wei !!!! air muka aku yang sokmo bergaduh dengan hamba Allah tu... Hahaha poyo betul... Ingat lagi, dia selalu datang ke bilik aku untuk bertanya sesuatu.... siap pegang rotan ditangan. Masa tu tahun 2008. Pandai dia korek...akhirnya aku meluahkan apa yang orang lain tak pernah ambik tahu.... aku ni perahsia orangnya... tak pernah sekalipun bercerita hal peribadi pada orang lain... hatta pada adik beradik aku sekalipun...

Kemudian aku ada pegang jawatan bersamanya... menambahkan lagi keakraban antara aku dan dia. Tapi aku ingat diri lagi... aku siapa, dia siapa dan yang penting... dia not my tastes... Maafkan aku....

Kesilapan aku kerana aku melayan.... kerana aku kekurangan kasih sayang yang HALAL. Cewahhhh... kurang asam nampak!!!! hikhikhik...

Setiap urusan sekolah, kami akan buat bersama... dan masa tu dia tahu aku suka makan KFC sorang-sorang... hikhikhik... bila keluar bersama, kami akan singgah untuk makan kat mana-mana KFC... yang aku ingat KFC Gajah Berang... Aku layan dia tak semenggah sebenarnya... Kalau dia tanya nak air apa. aku jawab "air wuduk" tak pun "air bateri"... "air basuh tangan" lah... pastu lantak dia lah pilihkan air untuk aku... Kalau kat kantin, dia minta air kosong, aku terus hulurkan air basuh tangan...

Cumanya kan... kami selalu jugak bergaduh... orang akan perasan kalau kami pergi buat urusan asing-asing... mulalah orang korek tanya, KENAPA?... biasanya tiada jawapan yang aku berikan...

Ada sekali tu, kami bergaduh... sampaikan aku letak jawatan bendahari kelab... Kesian pulak orang lain jadi mangsa... Keras betul hati aku...

Aku rindu kenangan tu.... Dan tak mungkin berulang lagi... Tapi!!!... Rindukah aku padanya?

Awal 2012.... Aku bergaduh lagi dengan hamba Allah tu.... Hampeh lah...buat sakit hati je kenal hamba Allah ni... Aku dah buang semua kenangan dengannya....

Walaupun aku ada masalah, tapi aku buat-buat tak tahu.... "dia" perasaan air muka aku... dia sekali lagi berusaha menyelami hati aku.... akhirnya kami rapat lagi...

***********

Banyak dah kenangan yang aku lupa.... memori dimamah usia... lenyap dalam ingatan aku...
Yang aku ingat, kami selalu bergaduh dan berbaik semula... aku yang ego... takkan beralah walaupun aku yang salah...

***************
Hinggalah aku hidup membujang... Dia cari aku semula.... Aku gembira sebab aku nak berkawan... Tapi haluan dia jauh.... Tak terjangkau dek akal aku.... Dia sanggup cari aku, dia luah perasaan dia.... Tapi, maafkan aku... Hati aku bukan boleh dipaksa....
Aku cuma mahu berkawan...

..... Maaf, cukup lala du catatan ku ini.... Hati tak sanggup untuk mengingati... Kerana RINDU itu menyakitkan....

*Jika ada ruang untuk aku bertentang mata dengannya.... Izinkan aku mengungkapkan kata MAAF....

Maafkan aku !!!!


Khamis, 12 April 2018

Aku bosan...

Aku tak tahu lah kenapa sejak akhir-akhir ni motivasi aku semakin menurun... tak ada semangat nak mengajar.... Tertekan dengan sikap murid yang tak tahu adab!!!!!!!

Dammmm!!!!!
Tetiba rasa bosan dengan kerjaya aku ni....

Mana aku nak beralih arah.... kepala pun dah sendat dengan perangai murid yang tak tahu nak hormat guru.... hinggakan naik menyampah dan aku pun hanya mampu memandang je ....

Ok lah.... kita cerita lain nak....
 Emmm... tentang kehidupan sekarang....

Hampir dua tahun dah aku terhumpan kat bumi subur Dungun ni.... Fuhhh!!! tempat aku tak pernah ambik tahu... tak pernah tahu dok celah mana.... Hati aku? Perasaan aku?  Masih seperti seketul batu... Kaku, tiada keseronokan.... TOLONG!!!!! aku nak pindah... cukuplah aku paksa hati ini bermukim di sini... AKU NAK BALIK.

Untuk kesekian kalinya, aku masih lagi isi borang perpindahan... pindah ke negeri kelahiran aku... Cukuplah 18 tahun aku berhijrah... biarlah aku berbakti di negeri kelahiranku.... di sini bukan jiwa aku... dengan adab tak tahu ke mana, bahasa yang teruk... uiiiii... boleh mereng aku nanti....

Balik sekolah, tak tahu nak pergi merayau ke mana... balik, terus humbankan diri atas tilam .... di situ lah aku sampai ke pagi esok.... hahahaha.... teruk bebenor bunyinya...

Cukuplah hati aku tersiksa... tiada keseronokkan di sini... bukan aku menghina.... tapi HATI AKU BUKAN DI SINI....

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...