Selasa, 15 Mei 2018

Tahun ke-3

Esok lusa dah masuk 1 Ramadhan... aku masih lagi tak dapat berpuasa penuh bersama keluarga...  Aku harap tahun ni merupakan puasa terakhir kami berjauhan... Insyallah, janji Allah itu pasti...

Tahun ni tak tahulah kalut benda ape!!!!... baju raya untuk anak-anak langsung tak beli lagi... Huh!!! cabaran besar ni nak cari baju raya masa puasa....

Tahun ni encik suami terlibat dengan Daurah Maulana Asri dan sibuk usahakan tanah kebun... tu yang tak sempat nak berfoya-foya.... Aisss ade pulak dia kata berfoya-foya, padahal tu keperluan anak-anak.... Tak pe nanti aku cuba cari masa redah pasaraya untuk selesaikan masalah ni... Chaiiiyokkk

Baju aku pun tak tahu kemana lagi, tak sempat beli kain untuk tempah... kena terjah butik lah kali ni... hehehe... bila lagi nak merasa pakai baju butik kan...

Tentang tema pula? Emmmmm !!!!! tak pernah bertema pula aku anak beranak ni... main hentam je beli, mana yang suka dan padan, aku rembat je... janji hati dah berkenan... nak cari yang sedondon bagai, tak pernah menjadi.... kejadiannya, pakai jer asal berbaju baru....

Opssss... kerja bertimbun ni...

*Rajin pulak kau update blog ye..
* Gi jauh-jauh nuh buat kerja...

Khamis, 3 Mei 2018

Aku pula lebih-lebih

Ketika cintamu menyentuh seluruh kalbu
Peritnya terasa terkunci benci padamu
Mengapa terjadi semua ini
Dimana perginya janji kita

Bila rindu ku lukis namamu
Di hatiku yang sunyi dan pilu
Untuk aku merasa ada
Kamu di sisiku

Dimanakah letaknya cintamu
Terhukum ku dicengkam bayangmu
Akankah bahagia ataupun merana
Apakah kesudahan
Fatamorgana cinta

Tak ingin merana
Tak ingin terus sengsara
Lupakan dendammu
Biarkan duka berlalu
Mengapa terjadi semua ini
Dimana perginya janji kita

Dimanakah.....

Bila rindu ku lukis namamu
Di hatiku yang sunyi dan pilu
Untuk aku merasa ada
Kamu di sisiku

Dimanakah letaknya cintamu
Terhukum ku dicengkam bayangmu
Akankah bahagia ataupun merana
Apakah kesudahan

Dimanakah letaknya cintamu
Terhukum ku dicengkam bayangmu
Akankah bahagia ataupun merana
Apakah kesudahan
Fatamorgana cinta
Fatamorgana cinta

Tersuka tanpa sengaja.... Huh! Renungan mata si Airiel tu, giler tergoda....
Aku tengah kursus ni... Boring betul penceramah ni.... 
Lain kali la aku komen panjang-panjang pasal cerita ni.... 

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...