Jumaat, 22 Jun 2018

Misi mencari kasut kerja

Tinggal 2 hari lagi cuti sekolah, baru teringat kasut kerja aku dah ternganga. Baru ni masa cari baju raya, tak dan beli.... Kena beratur panjang kat kaunter bayaran.... Tak rela you....

Kisahnya, hari ni kot-kot mana pun kena pegi beli juga.... Cik suami aku dah tahu dah, aku kalu pergi beli kasut, tak de nye sekejap.... Memang lama dan beberapa pasaraya kena jelajah.... Hahahaha

Rancangnya awal pagi nak keluar rumah, 
Tapi banyak pulak kerja nak kena settle, last2 aku tertido... Sedar2 dah pukul 3 petang... Kuikuikui... Merangkak masuk dapur dulu... Akhirny pukul 5.30 baru boleh menapak keluar rumah.... Haishhh...
Hajatnya nak pergi terus ke KBMall, tapi dah janji dengan Aizie nak baiki bumper kereta aku yang kena langgar semalam... Dia jejaka hensom pakistan langgar bontot kereta aku dengan motor... Sib baik calar jer.... Berkebuk mamat tu lari.

Korang nak tahu, dari KBMall ke Aeon Mall dan berakhir kat Billion baru jumpa kasut idaman.... Hahahaha, tu pun pasaraya nak tutup dah... 

Dengan si kecil Eynas comel... Jumpa Myvi Hello Kitty...


Rabu, 13 Jun 2018

Mencari bahagia

Berbahagia dengan Membahagiakan Orang Lain

Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN.  Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. 

Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi ﷺ:

Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.

Maka jawab Nabi ‎ﷺ:

إن أردت تليين قلبك , فأطعم المسكين و امسح رأس اليتيم “ (قال الألباني في “السلسلة الصحيحة” 2 / 533 : أخرجه أحمد ( 2 / 263 ))

“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”

Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah ‎ﷺ apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.

Rasulullah  telah menjelaskan dalam satu hadith:

“Amal yang paling dicintai Allah Taala iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.

Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]

Maka bahagiakanlah mereka yang berada di sekitarmu agar engkau lebih merasakan kebahagian.

Selasa, 12 Jun 2018

Hayatilah....


🌸 Allah tidak pernah silap percaturan

Walaupun kadang-kala nampak salah di mata kita

Suatu hari nanti, kita akan faham semua TAKDIR ALLAH

Sentiasa SENYUM dan bersangka baiklah dengan Allah

 ~ APA Yang Allah aturkan bukan untuk sia2 ~


BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...