Isnin, 30 Julai 2018

Dah sampai masa

Siapakah pemuda berkepala botak itu? Buatkan hati aku tidak keruan... Hahahaha, ngoknget kau ni



Ceritanya begini, masa nak balik Boketa, sampai kat Kampung Parit, tetiba enjin kereta mati, kalut lah en. suami bagi signal nak berhenti tepi jalan.... akhirnya kami tersadai tepi jalan. Mujurlah dah dekat dengan kampung aku. Aku telefon aizi suruh datang kat aku... tengok-tengokkan apa yang patut... Aizi pun tak tahu... bila telefon ke Elly, dia dalam perjalanan balik dari KL. 

Tukar plan, tinggalkan kereta aku kat rumah pakcik tu, dan en. suami balik Kuchelong ambik kereta dia... Aku dan anak-anak lepak kat rumah ma. Pukul 12.30 kami bertolak semula....

Pasal kereta tu, hari sabtu baru pomen baiki... Elly tak sanggup nak baiki sebab aku nak kereta siap hari sabtu tu juga... Aizi carikan pomen lain... janji kauorang baiki elok-elok... "sensor" kereta yang rosak... kena tukar lain... 

Hampir maghrib baru siap dan pomen tu hantar ke rumah ma. tapi....huh!!!! signal kereta pulak tak nyala... aduh, masalah besar kalau signal tak nyala, sebab aku ni bukan perahsia orangnya... Hahahaha. Memang aku sumpah je mana-mana yang bawa kereta nak masuk simpang tak bagi signal. 

So, minggu ni pinjam kereta abah... rimas bawa kereta orang ni, sebab kena hati-hati supaya tak kena bom meletop....

Air suam

MANFAAT AIR SUAM πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰
_
Sekumpulan Doktor Jepun mengesahkan bahawa air suam adalah πŸ’―% berkesan dalam menyelesaikan beberapa masalahπŸ‘‡ kesihatan, termasuk:
_
πŸ‘‰ Diabetes dalam 30 hari
πŸ‘‰ Tekanan darah dalam masa 30 hari
πŸ‘‰ isu-isu berkaitan perut dalam masa 10 hari
πŸ‘‰ Semua jenis kanser dalam 9 bulan
πŸ‘‰ Urat tersumbat dalam 6 bulan
πŸ‘‰ Kurang selera makan. Dalam tempoh 10 hari
πŸ‘‰ Rahim & penyakit berkaitan dlm tempoh 10 hari
πŸ‘‰ Masalah Hidung, Telinga & Tekak dalam 10 hari.
πŸ‘‰ Masalah Wanita. Dalam masa 15 hari,
πŸ‘‰ penyakit jantung dalam 30 hari
πŸ‘‰ Sakit kepala / Migrain dalam 3 hari
πŸ‘‰ Tekanan darah rendah dalam 30 hari.
πŸ‘‰ Kolesterol dalam 4 bulan
πŸ‘‰ Epilepsi & lumpuh berterusan dlm 9 bulan
πŸ‘‰ Asma dalam 4 bulan.

WAKTU TERBAIK MINUM AIR SUAM =============================== .
Bangun awal pagi dan minum kira-kira 4 gelas air suam ketika perut kosong. Jangan makan apa-apa 45 minit selepas itu.

Anda mungkin tidak dapat meminum 4 gelas pada awalnya, tetapi perlahan-lahan anda akan dapat melakukann..
🌺PETUA DAN KESIHATAN🌺 

Khamis, 26 Julai 2018

Dipaksa kot ...

Rutin mingguan .... balik ke lubuk lepas tamat sekolah hari Khamis... tak kira lah kau demam ke sihat ke... tetap juga bawa kereta balik ke rumah ...

Malam tadi macam nak gila sakit kepala... aduh!!! ker mata ku ni nak kena pakai cermin mata semula? dah 4 tahun aku lasik mata ni... toing!!! toingg!!!! dok terguling-guling cuba lelapkan mata... Hajatnya kalau pagi tadi kepala sakit lagi... malas dah pergi sekolah.

Alhamdulillah, bangun pagi tadi, kepala dah ok...

Tapi..... lepas je rehat, cuaca mula panas, kepala pun ting tong semula... baik aku tido... nanti makin melarat kepala ni. Tekak ni masih lagi perit, ekoran dari makan durian dan manggis hari tu. Seksanya nak telan liur.

Dalam tidur tu, dan lagi mimpi yang aku dah terlewat bangun... sadis sungguh lah... padahal baru pukul 1.15 tengahari.


Sampai kat rumah pukul 5 petang... Cik Hubby beria ajak temankan dia pergi KBMall ada jualan buku SMO. Aku memang minat tempat-tempat gitu, tapi kesihatan agak menguzurkan... mood aku berkurangan... oleh kerana cik hubby beria sangat minta temankan, aku dengan rela hati temankan... kepala terhuyung hayang, badan seram sejuk.... Arrggggg, tolong....
yang aku nampak masa tu, sedapnya kalau dapat baring atas bangku situ....

Hampir maghrib, dah kita balik. Habis dalam RM100 lebih juga... tapi memang murah gilerr lah....











Sepanjang jalan, aku pejamkan mata.. tak boleh tahan dah... Sampai jer rumah... terus humbankan diri atas katil... Puaslah hati orang tu dapat buku-buku yang dia nak.

***********

Biasanya, aku lah tukang sibuk tolong carikan buku untuk dia...



Ahad, 22 Julai 2018

Terima jemputan makan-makan


Minggu lepas minggu yang memenatkan....


Kenduri pulut durian

 Barisan makan-makan pulut durian
Duduk dari kiri : Pok Epul, Pok Chey, YDP En Nizam, Pegawai-pegawai YIT dan NYDP En. Padeli
Ustazah Hikmah, Ustazah Nor, Ustazah Fiza dan Ustazah Zaleha

  
Sila...sila, cedok banyak-banyak tau

  
Tengah gigih sendukkan santan dalam mangkuk
 

  
Jangan malu-malu yer... makan je banyak-banyak...


Rezeki tau duk kat sini, tetiba dapat undangan daripada YDP PIBG jemput makan pulut durian kat rumah dia.... aku apalagi, memang tak tolak dan tak malu lah.... hahahaha.... semangat nak pergi makan ni.. padahal kalau hari ahad, hari yang letih bagi aku.


Pegawai Yayasan selaku tetamu kehormat petang ini. 


Si Faris dan Amar... Aku dok layan anak Pok Epul....
 

Aku makan beradap dengan Mok Ani... tengok  Mok Ani makan durian, mak datuk, beria dia makan... aku tak pernah tengok ma aku makan macam tu... lagipun Mok Ani tak de masalah kesihatan...



Aku makan pulut durian sampai ketat perut... so'oh tapi sumbat lagi dengan buah manggis... Huh!!!! kalau pakai baju yang ada kancing di hadapan, comfirm terburai kancing tu...

Malam tu tidur dalam kekenyangan... tak baikkan

*************************


Ahad, 15 Julai 2018

Renungan

πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™

*Kalau menunggu kapalterbang tanpa tiket, orang dah kata kita gila...*

*Inikan pula menunggu syurga Allah tanpa solat...*.

*Mungkin lebih teruk daripada gila.*

*Dulu iblis dihalau dari syurga kerana meninggalkan satu sujud.*

*Bagaimana pula dengan manusia yang meninggalkan 34 sujud dalam sehari?*

*Jangan tinggal solat dan buatlah amalan yg terbaik dgn ikhlas, InsyaAllah.*

*Dunia ini hanya suatu persinggahan untuk menuju ke destinasi yang kekal abadi*

Ahad, 8 Julai 2018

Kata-kata yang sangat menyentuh...

Syukurilah semua yang diberikan Allah SWT. Jika kau masih hidup bersyukurlah masih melakukan amal sholeh. Jika kau mati tetap bersyukurlah, setidaknya dosamu tidak semakin bertambah.

Ketika engkau susah di dunia ini. Sabarlah, karena ia hanya sementara. Ketika engkau diberi kesenangan di dunia ini jangan bangga dan sombong karena ia juga hanya sementara.

Bahagia itu terletak pada syukur. Siapa yang bersyukur kepada Allah, maka dialah orang yang paling bahagia.

Hidup ini seperti bahtera di lautan. Di atas ada ombak kencang yang akan menghadang. Dari bawah ada batu karang yang besar. Tak ada yang bisa menguatkan hidup ini, kecuali Allah Ta'ala.

Dunia ini hanya setetes air. Kalau kau tak dapat jangan sedih, karena yang kau tak dapat hanya setetes. Dan kalau kau dapat, jangan bangga, karena yang kau dapat hanya setetes.

Ketika terasa diri ini hampa, tak ada apa-apa, bagai butiran debu di tengah samudera keagungan Allah. Saat itulah rahmat Allah turun meyentuh rasa yang dapat diwakili kata.

Rabu, 4 Julai 2018

Sambutan raya 2018

 Tahun ni masuk kali ke-3 aku sambut raya peringkat sekolah kat SK Lintang. Ingatkan tahun ni dapat beraya kat sekolah baru... ahaksss... perasan je lebih aku ni....
Alhamdulillah majlis sambutan raya tahun ni sangat meriah... Saje pujuk hati sebab tak dapat pindah.... 

Minggu pertama sekolah lepas cuti penggal sangatlah sibuk... dan-dan tu jugalah ada kursus, taklimat... 
  
Sambutan raya kali ni buat pada 28 jun, hari khamis... serentak seluruh negeri Terengganu. Aku macam biasalah sebagai AJK pentas... tapi kali ni aku tak dapat membanting tulang sebab kena pergi kursus bahasa arab kat PPD Dungun.

Jomlah.. kita tengok gambar ... malas nak taip banyak-banyak
 

 Aku sebagai guru kelas tahun 1 Arif.
Rayyan, Qhaliff, Aqief
Umairah, Ainul, Miasara, Ain, Izzara
Hilang dari radar... Iqbal, Faris dan Zaquan

 Cikgu Man, Guru besar Ayu, Kak yati, Sir Mat, Ustaz Azhari, Ustaz Ezani

 Buat hal masing-masing

 Barisan tenaga pengajar SK Lintang



 Kanak-kanak Prasekolah

 Bacaan Yasin sebelum majlis bermula... gambar tidak ikut arahan.. patutnya kaun dok atas...
Pasal gambar ni, si Iqbal tu hah... adakah patut mak dia jahit nama kat baju raya. Skema sungguh !!!

 Kak siti dan Ain...

 Kanak-kanak comel...
Damia, Suzie, Mia, Aisyah, Natasha, Sofia, Jannah, MAstura, Alisya, Balqis, Afiqah dan Izzati


 Sikecil tengah berdrama raya kat pentas...



 Nak main kacau-kacau kuali... 

Insyallah, tahun depan kita sambut raya kat sekolah lain ye... Doakan aku!!!!


BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...