Jumaat, 31 Ogos 2018

Misi mencari beg baru

Lama dah aku mengidam nak beli handbag baru. Dok intai- intai dalam Shopee dan telegram.... masuk dalam cart, pastu delete.... Dulu pernah beli beg secara online, kesudahannya tak guna pun beg tu. Aisyyyyyy susah sangat aku ni kalau nak beli beg dan kasut.

Asalnya aku nak beli kat The Store je, alang-alang balik daripda HRPZ.... tapi sebabkan ma tak jadi balik dan en.suami tak mengajar malam ni, en. suami suruh aku balik rumah dulu dan dia nak ikut aku pergi beli beg. Hush!!!!! berdebar ni bila en. suami offer diri nak ikut....

Leps Maghrib kami terus bertolak ke Aeonmall....

Misi mencari beg telah bermula...
jeng... jeng.... jeng.....

Sembonia

Sembonia

Sembonia

pierre cardin

pierre cardin


Arghhhh!!!!! kenapalah aku ni payah nak buat keputusan

Aku suruh dia duduk diam-diam situ.
Pandai dia bawa diri... hikhikhik



Mall dah nak tutup weiiii... beli-beli la....
Jumpa dah yang berkenan, nak bayar

...... tapi .......

sale 60% untuk membercard
takde member, kau bayar lah dengan harga asal....

Aku?

kedekut duit nak buat kad.... salesgirl tu cakap, esok ada sale non member.

"en. suami, boleh tak kita datang esok beli beg tu?"

Hahahaha.... dia cakap " nasib baik bini ada sorang je"

***********

Sebelum balik ke rumah, kami singgah makan kat restoran char kuew tiau timur

Sila terliur
Char kuew tiau special


#puashati balik rumah tepat pukul 12 tengahmalam.
pergi niat nak beli handbag, Ape!!!! wak balik sekotak spender... 

Khamis, 30 Ogos 2018

Majlis penutup Bulan Kebangsaan peringkat sekolah

Tahun ni rasa tak meriah sangat sambut bulan Merdeka. Tahun ni tak ramai orang pasang bendera kat kereta. Aku suka tengok abang-abang lori pasang bendera besar-besar kat lorinya, dalam mimpi je lah dapat tengok.

Aidil Haris denga basikal tayar besarnya...

Perjalanan ke sekolah tadi, terserempak dengan anak-anak murid berbasikal ke sekolah. Diorang hias basikal dengan bendera Malaysia. Teruja kejap aku... Kalau hari biasa, ibubapa diaorang hantar ke sekolah... cuma hari ni ramai-ramai pakak konvoi berbasikal....


Mek tu dengan pakaian yang simple. Tu lah padahnya bila ada 2 tempat tinggal. Rembat mana yang ada je. Cikgu pun last minit baru cakap ada pertandingan pakaian beragam. Mesin jahit kat sana kita kat sini. Putar-putar je mana yang dapat. Tu lah hasilnya.

Nyanyian lagu tema


Murid prasekolah tak ramai yang pakai baju beragam. Ada peluang untuk Aisyah menang. Mesti suka Mek tu nanti.

Persembahan bicara berirama murid tahun 4 dan 5 Arif.
Persembahan pakaian beragam
Jalan macam pakain kimono, kain sempit sangat.


Hehehe... ter "JUARA" la pulak.....

Tahun depan kita cuba dengan gaun yang chantik chantik.....

Rabu, 29 Ogos 2018

Terima kasih suami ku

#Sayangi..#Isteri..#kerana..#ALLAH..
Isteri ialah amanah dan anugerah ALLAH kepada kita...Bawa mereka ke Jalan ALLAH..

Sayang Isteri kerana ALLAH dan berlaku baik terhadap Isteri ialah Sunnah Rasululloh Saw..Sayang isteri bukan lah dengan biarkan isteri buat apa yg dia suka..tapi bimbing dia dan bawa dia kepada pekara yg ALLAH dan Rasul suka...Hari ni sesetengah orang kononya kerana sayangkan isteri biarkan je isteri hingga isteri nya langgar perintah ALLAH pun dia tak marah..jaja maruah buka aurat sana sini..itu bukan sayang isteri tapi sebenarnya tanpa sedar sedang buka jalan untuk diri sendiri dan isteri untuk sama2 merana selama-lamanya di kehidupan akhirat...

Pesan Tn Guru Haji Abd Rahman Pathalung Ulama' Dakwah Negara Thailand :"Sebagai orang Dakwah, kita kena sayang isteri kita kerana ALLAH.. adakala isteri masak kurang sedap..kita Jangan marah..memang lah kalau nak banding dgn kedai tomyum..kedai tomyum masak lagi sedap dari isteri kita..restoran buka kedai untuk dapat duit..sebab tu dia kena masak sedap..mana ada kedai tomyum yg kita makan kemudian kita bayar dgn zikir..Semua nak Duit..

INGATLAH isteri kita walaupun masak TAK sedap tp dia ada satu pekara yg seluruh tukang masak di dunia ini Tak de..iaitu isteri kita masak dgn hati yg penuh Ikhlas kerana ALLAH untuk kita dgn penuh kasih sayangnya terhadap kita sedangkan tukang masak di seluruh dunia memasak dgn niat nk duit kita...makanan yg di masak dgn ikhlas adalah berkat..

Sayangilah Isteri kita..dia banyak bekorban untuk kita..Hadiah yg terbaik buat dia ialah pimpin dia dgn kasih sayang sama2 amalkan Agama untuk masuk Syurga..Rasululloh Saw ialah Nabi ALLAH yg hari2 buat Dakwah pun ada masa bersama isteri..bahkan isteri Baginda Saw menjadi pendokong kuat Dakwah Baginda Saw..

INGATLAH bahawa isteri kita bukan kilang buat anak...Bawa mereka kepada Agama agar mereka menjadi kilang melahirkan Hafiz Hafizah penghafal Al-Quran..kilang melahirkan Alim Ulama'..Soleh solehah..dan Daie Daieyah Pendakwah yg sedia berjuang untuk Agama ke seluruh Alam...

kalau kita tak bawa isteri kita kepada Agama maka di khuatiri walaupun kita kuat Dakwah tapi isteri menjadi kilang melahirkan Firaun..abu jahal..abu lahab..dan penjahat pemaksiat dunia hingga menarik murka ALLAH..nauzubillah..sb itulah kita kena sayangi isteri dan bawa mereka dgn kasih sayang ke Jalan ALLAH"

indahnya hidup berkasih sayang kerana ALLAH..jalani lah kehidupan ini dgn Cinta..hidup yg di jalani dgn menyelusuri cinta pasti hati akan Bahagia..Perintah-perintah ALLAH dan Sunnah-sunnah Baginda Saw yg di buat dgn rasa cinta pasti akan rasa gembira dan semangat dalam melakukannya akan tetapi kalau tidak dgn rasa cinta sudah pasti akan merasakan perintah ALLAH dan Sunnah Nabi Saw itu satu beban dan menyusahkan..ayuh jalani hidup dgn rasa Cinta...Semoga menjadi asbab hidayah..amin...

Sekadar peringatan

*Sayyidina Ali bin Abi Talib  telah berkata*

✅Simpan rahsiamu berdua saja:

1. Dirimu
2. Allah swt

✅Jagalah di dunia ini dua keredhaan:

1. Ibumu
2. Bapamu

✅Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal:

1. Sabar
2. Solat

✅Jangan risau dua hal ini:

1. Rezeki
2. Ajal

Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt.

✅Dua hal yg tak perlu diingati selamanya:

1. Kebaikanmu terhadap orang lain.
2. Kesalahan orang lain terhadapmu.

✅Dua hal yang jangan dilupakan selamanya:

1. Allah swt
2. Alam Akhirat

✅Selalu dekat dengan 4 orang ini:

1. Ibumu.
2. Ayahmu.
3. Saudara lelakimu.
4. Saudara perempuanmu.

✅Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka:

1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit

✅Empat hal yang memperindah dirimu :

1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu
4. Dermawan

✅Empat orang yang hendaknya kamu dekati:

1. Orang yg Ikhlas
2. Orang yg setia
3. Orang yg dermawan
4. Orang yg jujur

✅Empat orang yg jangan kamu jadikan teman:

1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang hasut
4. Tukang adu domba

✅Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:

1. Isterimu
2. anak2 mu
3. Keluargamu
4. Sahabatmu

✅Empat hal yang hendaknya kamu kurangi:

1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bicara berlebih2an/gosip

✅Empat hal yang jangan kamu putus :

1. Sholat.
2. Qur'an.
3. Zikir.
4. Silaturrahimi.

Selasa, 28 Ogos 2018

Kenapa Allah cipta masalah?

Sebab Allah nak kita kembali kepada Dia..

Sedar tak bila kita susah, bermasalah diuji hebat hati kita begitu lembut..
Hati begitu tersentuh, sayu..
Maka gunakan ia utk mohon doa kpd Allah..

Moga bala berubah menjadi hadiah rahmat dr Allah..

Bila Allah bagi ujian, maknanya Allah nak bagi rahmat..

itu tanda Allah syg kita semua..

Balik kembali kepada Allah..
Dah lama Allah rindukan kita..
Allah cuma nak dengar suara kita mengadu pdnya..

Lalu dihantarnya macam2 msalah, ujian, musibah, bala dan pelbagai nama lagi..
Balik pada Allah..

Sebelum dibalikkan pada Allah dlm keadaan kita tak reda dan tidak diredai Allah..

#Allah sayang aku kan?

Hati aku

Balik kursus semalam, aku cuba cari rumah Haji Hussin seperti yang Ain petakan. Tak jauh pun rumah Haji dengan BTPN. Senang sangat jumpa dan dapat jumpa dengan tuan empunya badan.

Aku janji nak datang hari ni lepas temujanji doktor kat Hospital Kemaman. Lebih kurang pukul 9.15 pagi aku bertolak ke Marang.... Jauh.... memang jauh hampir 2 jam baru sampai. 

Sampai kat rumah dia, aku tercari-cari nombor giliran... tapi tak ada... Ada adik tu tegur aku, suruh aku jalan ke arah belakang rumah, aku ikutlah... sekali Haji tegur aku.....


Aku datang dengan harapan besar, tapi aku sangat kecewa....

Ya Khaliq, kau tak izinkah aku?
Tiadakah sedikit ruang untuk aku?
Tidak layakkah aku merasai secebis nikmat itu?


Aku sedih ..... aku kecewa... aku menangis sepanjang jalan....

Apa dosa aku sehingga terhalang impian aku?



Ya Razzaq, 
Andai masih ada ruang untuk aku, lapangkanlah dan permudahkanlah segala urusan ku. Aku buntu Ya Allah....

Kau lebih mengetahui apa yang aku mahukan. 

#MASIHKAH ADA RUANG UNTUK AKU MERASAI NIKMAT TERINDAH ITU?

#BANTULAH AKU YA ALLAH

Hai, awak lagi.....

Kursus semalam adalah jumpa orang tu. Kalau dah satu daerah tu, memang akan jumpa lah, takkan tu pun nak kena bagitahu.

Jauh tersasarlah rupa dia dengan apa yang aku bayangkan. Tak boleh jadi ni, kena rejec ke tepi.


Isnin, 27 Ogos 2018

Kursus lagi...

Pagi ni hantar Aaisyah ke rumah kak Za.  Malas nak masuk ke sekolah lagipun hari ni kena pergi Kursus peningkatan profesionalisme guru di BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI, Marang.

Sepanjang jalan aku dok intai-intai kedai nak beli sarapan.... Tapi tu lah, dah jumpa terlaju pula bawa kereta.... Bye bye je lah.... Lebih kurang pukul 8.00 pagi aku dah sampai BTPN. Setiap sekolah perlu menghantar seorang wakil guru BA dan seorang guru PI. EH!!! Sama pula, Ustaz pun baru sampai...

Awal lagi ni... Perut aku dah berkeroncong sangat minta isi. Biasanya pagi-pagi gini aku dah sarapan kat kantin.

Tanya pak guard situ mana cari kantin, ape!!!! kantin BTPN tak beroperasi.... Aduh!!!!!
Pusing kereta semula cari gerai kat luar BTP.



Selesai... Makan kat gerai tepi Mahkamah Syariah Marang. Kenyang pun makan nasi lemak ikan bilis pekena dengan teh tarik. Sambal dia kurang sedap, rasa "lecah". Kat Terengganu ni ada nasi lemak ikan tongkol. Sampai ke hari ni tekak aku tak boleh terima ikan tongkol makan dengan nasi lemak.

Taklimat dah mula ni. Penceramah bahasakan diri dia "Wan". Hebat dia, maklumlah guru cemerlang... aku tak mampu jadi seperti dia. Kenapa eh aku tak de semangat macam dia. Ke sebab aku ni berjauhan dari suami? Bole tolong jawab tak?

Rehat pukul 10, peserta kursus dijamu dengan laksa lemak merah. Nasib baik perut aku dah kenyang dengan sarapan pagi tadi. Langsung tak boleh terima tekak ni. Aduh, satu kepelikan jamu orang makan laksa pagi-pagi buta.

Sambung pula dengan taklimat YGMB. Dah masuk 3 kali dah aku dengar benda yang sama. So amat boring. Sambil layan WhatsAap Cikgu Zidi berkenaan dengan Kad Kreadit aku yang tak lepas untuk pembelian mesin kangen.

Ni hidangan makan tengahari. Nasi sup ayam.





Ahad, 26 Ogos 2018

Motivation untuk aku

Terkesan dengan kata-kata ini...

Allah akan uji kita pada titik paling kita lemah.
Allah tak kan uji seorang bijak pandai dengan soalan budak tadika..

Kalau kita seorang yang kaki marah,
Allah akan temukan kita dengan orang-orang yang akan asyik buat kita marah.
Untuk tengok sejauh mana kita akan cuba bersabar demi Dia.

Sebab Allah nak kita lepas ujian tu.
Allah nak tengok usaha kita untuk buktikan kita cinta Dia.
Kerna pada akhirnya,
Yang Allah nilai adalah usaha-usaha kita.
Struggle kita.
Air mata kita.
Kesakitan kita.
Untuk capai redha Dia.

Sebab Allah nak tinggikan darjat kita.
Allah nak angkat kita ke level seterusnya.

Syurga tu kan bertingkat2.
Syurga paling bawah mestilah tak sama dengan syurga paling tinggi, kan..

***
'The cure for pain is in the pain.'

Khamis, 23 Ogos 2018

Alahai anak...

Kalau tak duduk ditempatnya... Orang takkan merasa.... Menjaga anak tiri yang tengah nakal, lasak dan sedang membesar.. betul-betul mencabar keayuan aku. Hilang terus kelembutan aku... (Hehehe....)

Muaz lah, macam-macam idea yang dia buat. Aku kalau dah kemas rumah, memang pantanglah ada orang "kube" dalam sekelip mata... Huh!!!! Tercabar sungguh ke"betinaan"ku.

Alkisahnya, hari selasa sebelum raya, cikgu Zidi nak datang rumah untuk isi borang pembelian mesin air kangen. Sebelum pergi pasar, aku kemas rumah dulu, anak-anak tinggal kat rumah. Balik tu... Ya Allah, bersepah dengan pensil warna, kertas dan habuk pemadam... Siap conteng meja lagi....

                    B E R T U K A R

          Aku jadi singa....

"Mama baru je kemas tadi, korang dah sepah-sepahkan.... kemas semula!!!
Kutip kertas tu, pensil warna... Bla bla bla"

**************

Masa tengah makan, Muaz cakap

Muaz : " Abah! cari mama lain, mama ni bekeng.

Aku dan abahnya berpandangan, senyap tanpa suara....


********************

Masa kemas-kemas nak pergi rumah Mek, aku tengok bilik anak-anak

Arrggghhhh!!!!! bersepahnya....

Mana lah aku tak mengamuk, kalau bilik macam tongkang pecah....

Aku : " Weiiiii, semua kemas bilik, kalau macam ni perangai suka bersepah, abah kahwin 10 pun, semua jadi garang "

Muaz : " Ada je mama baik"

Aku : " Sape?"

Muaz : " Cik Tiah"

Sekali lagi aku diam....

Khamis, 16 Ogos 2018

Sebelum cuti

Orang nak balik dan lagi lah dia nak buat mesyuarat. Alahai geram betul aku. Esok dah mula cuti pertengahan penggal kedua. Hari ni mesti kereta dah banyak, ye lah, orang nak balik kampung lah, nak ambik anak kat asrama lah... Saje dengki lah tu.....

Kelmarin keluar jalan-jalan kat Expo Malay Thai. Tujuan asal pergi Dungun, nak cari hadiah untuk Fahimah. Alhamdulillah, akhirnya dia jumpa jodoh keduanya. Aku pula yang teruja, sebab aku pernah mengalami situasi hidup single selepas berkahwin.

Bila pegang title Mak "J", maka ramailah lelaki-lelaki diluar tu cuba nasib.... mula-mula bertanya khabar, pastu cuba berseloroh...

Teringat pula masa pergi Taklimat SPBT kat Melaka, masa kat meja pendaftaran, ada seorang lelaki tu datang tegur...

  Dia : Ni bekas isteri *****
 Aku : Aah
 Dia : Kenal tak saya?
 Aku : tak! Sape ni...
 Dia : Saya yang uruskan masa awak kahwin kat Mesir, Nama Syukur.

Oh!!! Aku ingat dia.

Tapi aku tak nak ingat sedikit pun kenangan masa tu. Tak ada yang indah.

Jodoh pertemuan adalah perancangan Allah. Apa yang berlaku, aku terima sebagai pengajaran untuk aku.

Tengah-tengah dok uruskan SPBT, dia sekali lagi datang kat aku, minta izin nak ambil gambar aku....
Hehehe... sengih je... mungkin dia nak masukkan gambar tu dalam group geng-geng dia... Ah, lantaklah... aku pun tengah solo masa tu...

Eh, melalut pula aku... jauh menung....

Mesyuarat !!! mesyuarat !!!

     
                        ... menyampah




Isnin, 13 Ogos 2018

Minta perhatian


Farish Danial... Dia nakal sebab nak perhatian. Masa mula-mula aku mengajar dia, agak sukar untuk aku kawal.... Tapi sekarang senang dah... Ajak dia menulis kat meja guru dan tunjuk satu- satu nak buat kerja macamana.

Situasi dia macam anak-anak tiri aku. Kematian ibu ketika masih kecil. Masih memerlukan perhatian.

Anak aku, Aaisy suka memberontak... Aku tak mampu jadi ibu yang terbaik, aku tak reti nak kawal perasaan bila dia buat perangai. Ya Alah.... Kau datangkan dia sebenarnya untuk menguji aku kan? Campaklah kesabaran dalam hati ini.

Berbalik pula cerita pasal Faris tadi.

Dia anak sulung. Adik dia Ain Farishah dan Amirul fahmi. Pagi-pagi Ain selalu tunggu aku nak tolong bawa beg laptop ke bilik guru. Kadang- kadang lepas kelas pun berebut nak tolong bawa barang aku. Kalau tak dapat kat dia, merajuk pula.

Sepanjang aku hidup sampai ke besar ni, aku tak pernah merasa kehilangan orang tersayang. Macamanalah perasaan mereka? 

Rabu, 8 Ogos 2018

Simulasi pertandingan pusat sumber


Sekolah aku terpilih masuk pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu. Letih weh, dah berminggu-minggu buat persiapan. Insyallah, khamis ni pemantau datang.

Hari ni kita buat simulasi sebagai persediaan nak sambut tetamu nanti...

Jom kita tengok gelagat cikgu-cikgu ni....

Arah angin @ angin lintang
by Cikgu Man, Ustaz Azhari

Becinta buat benda alah ni, tiga kali gali dan pacak. Mula-mula buat, kain tu kecik sangat, tukar buat lain... Pastu letak tayar .. sekali tak cantik pula... Gali lagi....


Cikgu-cikgu panggil ni tapak SAKA.
Sekarang dah tukar jadi tapak mercu sekolah

Testing susun atur untuk bergambar nanti

Taman herba.
Ni salah satu impian aku nak buat kat rumah selepas perpustakaan mini.

Kelas tahun 3 Arif terpilih sebagai kelas abad 21


Sudut Dart Nilam

Adat dua lagi stesen yang tak masuk dalam ni. Sudut Spa dan Jam antarabangsa. Gambar tak tahu kat mana dah, malas aku nak mencarinya.....

Esok, pemantau datang.... Get Ready...

Bye... 



Sabtu, 4 Ogos 2018

Pesta Wau Antarabangsa

Tahun lepas dah datang ke Pesta Wau, tapi......
jem teruk, letak kereta jauh.. jalan kaki ke tapak pesta... sampai je kat pantai, belon-belon dah turun...

sedihkan?

Tahun ni kot-kot mana pun nak datang awal... biar puas hati .....
Awal pagi aku dah siapkan sarapan, kain baju dah siap basuh dan jemur.... kerja rumah semua dah settle.... lebih kurang pukul 10 pagi kami bertolak dan pukul 11.30 kami sampai.

Yuhuuu sukanya, orang tak ramai lagi...senang dapat parking. Kami sampai awal sangat, belon-belon pun tak naik lagi.

Hahahaha... rasakan kau belon, aku dah sampai kau tak naik lagi.


Bentang tikar bawah pokok kelapa kecik tu...

Sementara tunggu belon naik, jom kita main layang-layang....

Ha!!! tu dia
Belon dah naik

Comelkan... Aku pula yang teruja
 
Belon sarang labah-labah
Dok musing kata bawah tu je
Banyakkan?

Sebelum asar kami bertolak balik.
Tengok tu.... jem giler.... jom kita pakak gelak secara berjemaah
Hahahaha...

Singgah kat Pasar Bunohan.
Beli sotong, ikan bilis dan ikan masin.

Masa nak keluar ke jalan besar, masuk celah-celah kampung... selisih dengan satu motor tu... dia sikit pun tak nak ke tepi.... Emmm, kereta aku dah sodok pagar rumah orang. 



BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...