Selasa, 23 Oktober 2018

Terlayan drama bersiri


Cinta Tiada Ganti, Drama Cinta Tiada Ganti, Drama Melayu, Drama Bersiri 100 Episod, Slot Tiara, Astro Prima, Astro Maya HD, Drama Melayu Adaptasi Drama Filipina, Sanay Wala Nang Wakas, Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas, 2018, Cinta Tiada Ganti Cast, Pelakon Drama Cinta Tiada Ganti, Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Ben Amir, Syamim Farid, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza, Nafiz Muaz, Wan Sharmila, Octovia Manrose, Dian P Ramlee, Fizz Fairuz, Poster Drama Cinta Tiada Ganti, OST Cinta Tiada Ganti, Lagu Jodohku nyanyian Khai Bahar, Love Story, Cinta, Watak, Arabella, Ara, Bella, Mukhriz, Yem,
Terjatuh hati tengok mata Ben Amir tu.... 
Sebenarnya aku dah terjebak tegok drama yang panjang sirinya. Kalau awal-awal tahu memang tak tengoklah. Entah macamana boleh download pula. Padahal hero drama CINTA TIADA GANTI tak lah hensom dan aku tak kenal pun.  Nak tahu kenapa? Kes suka tengok si Nelydia lah aku gigih tengok. Awal-awal episod, tak lah menarik sangat.. ni dah masuk episod 50, lepas si Ara jumpa Khai... alamak!!!!! aku dah jatuh hati kat mata si Khai tu.... Tak sabar nak tahu kesudahan cerita ni. 

Meh kita tengok sinopsis cerita CINTA TIADA GANTI ni.
Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Mukhriz (Aedy Ashraf. Dia berasal dari keluarga yang kaya-raya dan bakal mewarisi kesemua harta peninggalan keluarganya, manakala Arabella/ Ara (Nelydia Senrose) pula adalah seorang gadis biasa yang berhati baik dan juga cantik.Mukhriz dan Ara bertemu di atas sebuah kapal. Pertemuan yang singkat itu telah menerbitkan rasa cinta antara mereka. Di mata Mukhriz, Ara adalah gadis yang sangat sempurna. Dia dapat menerima Ara seadanya. Perhubungan mereka pada awalnya sangat indah. Disebalik kebahagian Mukhriz, ada sesuatu yang dipendamnya. Dia sebenarnya menyimpan dendam terhadap seorang lelaki yang telah membunuh ibunya. Perhubungan antara Mukhriz dan Ara mendapat tentangan keluarga. Demi cinta Mukhriz sanggup menentang keluarganya. Namun Mukhriz tidak menyangka bahawa Ara adalah anak kepada lelaki yang menjadi pembunuh bapanya. Kebenaran tersebut telah menggugat hubungan Ara dan Mukhriz, tak lama kemudian satu kejadian telah berlaku dan menyebabkan Mukhriz menyesal dengan sikapnya pada Ara, manakala Ara pula hilang tanpa khabar berita. Selepas itu mereka masing-masing menemui pengganti dan juga cinta baru, Ara dan Mukhriz ditakdirkan bertemu semula. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah mereka bersatu kembali? Mahu pun memilih cinta yang baru?....

Rupa-rupanya cerita ni adaptasi dari drama filipina yang bertajuk Sanay Wala Nang Wakas. Huh!!!! lama benar aku tak mengikuti perkembangan cerita kat TV. Seingat aku lepas aku habis belajar tahun 2006, memang tak tengok cerita kat TV. Semua cerita yang aku tengok hanya melalui internet sahaja.

Ok lah, nak habiskan drama ni 100 episod.. kalau lah laki aku tahu bersungguhnya aku layan drama ni, masaklah aku kena tazkirah siang dan malam.... 

Isnin, 22 Oktober 2018

Dilema nak cuti

Ahad depan kena bawa Aaisyah ke Hospital Kemaman untuk terapi matanya. Nak mohon cuti untuk bawa ke hospital tu, tak de masalah... ni nak mohon cuti sebab nak ikut en. Suami bercuti kat Terengganu. Kebetulan diorang cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan... so memulas perut ni nak mohon cuti. Asalnya nak cuti sehari je pada hari Isnin... alang kepalanga cuba nasib nak cuti 2 hari.... cuti banyak lagi weh.... harap ke cuti pergi hospital je...

Tengok pada papan kenyataan dalam pejabat tu, Sir dapat cuti 2 hari kerana melancong... wah, dah lah cuti berkepit tu... dapat you... tak boleh jadi ni... aku cuma cuti bersambung....

Harap dapat lah!!!!

Imej yang berkaitan

Ahad, 21 Oktober 2018

Kisah arwah Naim

* Coretan Abe Lan

ALLAH SWT YANG MENTAKDIRKAN KEMATIAN DAN KEHIDUPAN UNTUK MENGUJI KAMU SIAPAKAH ANTARA KAMU YANG PALING BAIK AMALANNYA....

Waktu berbuka puasa petang semalam anak bongsu saya Amani (dua tahun lebih) bertanya dengan gaya bahasanya yang tersendiri " abah... bila cuti? ....  Saya jawab esok cuti...
Wajahnya menampakkan keceriaan... kegembiraan bagi anak anak bila dapat bersama ibubapa mereka di hujung minggu...

Saya terkenang nisa' dan ulfah yang baru kehilangan abah mereka sabtu lepas.... tiada lagi tempat bermanja....

Waktu menjadi hakim persembahan pelajar semester satu,hujung minggu lepas menerima mesej dari Kak Nie (kakak sulung saya)
"Salam untuk makluman kak Nie baru dapat call dari cik Are, Naim jatuh laut, tak tau lagu mana tu sebab cik Are tadi pun tak leh kkecek dok nnangis. Doakan yang tebaik..."
Allahuakbar..

Setengah jam kemudian dapat mesej dari cik are ( adik perempuan Saya) "Assalam. untuk makluman semua. abah nisa dah tak dok doh..."

Tengahari tu kami bergegas ke Penang

Haji Mohammad Khairul Naim bin Abdullah ( adik ipar ) meninggal dunia apabila enjin peluncur udaranya mengalami kerosakan dan menjunam ke dalam sungai muda Kedah...

Mengikut cerita kakak arwah kebiasaannya bila Naim buat penerbangan, dia akan melalui kawasan rumah mereka dan anak anak mereka akan saling melambai.... tetapi pagi tadi Nisa' dan Ulfah masih tidur.... hanya ibu arwah yang ada di luar rumah...

Meninggalkan isteri dan anak anak yang masih kecil... 6, 4 tahun dan insyaAllah seorang dalam kandungan.....

[10/15, 12:26 PM] Cik ARE: Cuma ulfah je duk namgis pagi tadi.
[10/15, 12:26 PM] Cik ARE: Nak mamdi dengan abah
[10/15, 12:27 PM] Cik ARE: Selalu pagi-pagi abah dukung 2 beradik turun mandi.

[10/15, 1:02 PM] Cik ARE: Semalam ulfah tanya ummi.
[10/15, 1:02 PM] Cik ARE: Mane abah?
[10/15, 1:04 PM] Cik ARE: Are cakap abah rehat dalam kubur. Abah berjumpa dengan ayah ngah.

[10/16, 4:46 PM] Cik ARE: Semalam abang chik mai. die p antaq mak surau. Ulfah lena kat bawah.. abang chik tolong tepok ulfah
[10/16, 4:47 PM] Cik ARE: Masa ulfah terjaga dari tido. die p panggil abang chik abah

Pastinya kehilangan abah tercinta dan satu satunya tempat bergantung, ujian besar bagi mereka,  semoga diberi kekuatan oleh Allah dan hanya Allah sebaik baik pelindung dan sebaik baik pemelihara....

إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه











Ahad, 14 Oktober 2018

Takziah buat sepupuku

Al-Fatihah, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. 

Berita yang agak mengejutkan. Allah, setiap yang bernyawa pasti MATI!!!! itu janji Allah pada hambanya yang bernyawa. Aku terkedu memikirkan bagaimana rasanya MATI. Timbul rasa simpati pada Asiah... dahlah jauh daripada keluarga, seorang surirumah dan ada anak yang masih kecil. Yang sulung berusia 6 tahun manakala yang kecik 4 tahun. Tak dapat aku bayangkan sedih nak terima kehilangan orang tersayang. Aku yang besar panjang ni pun, takut nak hadapi kehilangan orang-orang disekeliling aku.

Ma, abah dan semua ahli keluarga Che Long pergi ke Penang untuk menziarah keluarga arwah. Diorang bertolah dari rumah lepas zohor. Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 10 malam diorang sampai dan sempat solat jenazah. Perancangan Allah itu terbaik.

RnR Penanti

Baru sampai

Berita



Che Long sempat kucup jenazah.

Homestay 





Bersiap nak balik kelantan

Singgah jumpa keluarga arwah sebelum balik. Tu ayah arwah.



Tabahnya Asiah. Ma cakap masa Asiah bercerita masih boleh senyum.... Allah, aku tak kuat!!!!

Ayah arwah

Yang aku tahu tentang arwah, dia seorang yang peramah, tapi antara aku dan dia... kami tak pernah bercakap... cukup sekadar bertukar senyuman. Pernah aku tanya Asiah tentang tudung yang dia pakai, aku tanya beli mana? Asiah jawab "Tak tahu lah, Naim yang belikan". Jauh disudut hati aku, aku puji seorang suami belikan sesuatu untuk isterinya. Bagus sangat arwah.

Bawah ni berita yang aku copy dari paper.... simpan sebagai kenangan....



“SEBELUM ini ibu mentua memang selalu minta suami jual payung terjunnya, tetapi dia tidak mahu jual kerana aktiviti itu sudah menjadi minatnya.”
Itu luahan Asiah Yahya, 32, isteri kepada ahli ‘paraglider’, Muhammad Khairunnaim Abdullah, 30, yang lemas selepas paramotornya terjatuh ke dalam Sungai Muda dekat Kota Kuala Muda, Sungai Petani, pagi hari ini.
Asiah berkata, suaminya keluar dari rumah mereka di Penaga, Pulau Pinang, kira-kira 7 pagi dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah masih menjalankan tanggungjawab sebagai suami seperti biasa.
“Macam biasa, pagi tadi sebelum arwah keluar dia ada beli kuih untuk saya dan anak-anak. Selepas itu dia terus keluar, cuma kakak ipar berasa hairan kerana arwah tidak menegurnya langsung ketika mereka terserempak pagi tadi.


“Menjadi kebiasaan setiap Sabtu dan Ahad arwah akan melakukan aktiviti riadah ini bersama rakannya, saya tidak sangka hobinya ini akan meragut nyawanya sendiri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Asiah berkata, suaminya yang bekerja sebagai jurugegas di Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang, terbabit dalam sukan itu sejak empat tahun lalu, dan menjadi ahli persatuan paramotor berdaftar yang berkelayakan.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, Muhammad Khairunnaim lemas selepas terjatuh ke dalam sungai apabila enjin paramotornya mengalami masalah ketika melakukan aktiviti itu di Dataran Dato Ali Yahaya.
Sementara itu, seorang saksi kejadian dikenali sebagai Ahmad, 24, berkata, dia baharu sahaja melihat paramotor dipandu mangsa diterbangkan di kawasan berkenaan.
“Tak sampai lima minit, saya nampak payung terjun mangsa semakin merendah sebelum terjatuh ke dalam sungai dan dia terkapai-kapai meminta pertolongan penduduk kampung.
“Saya dan beberapa penduduk termasuk nelayan yang ada di sungai ketika itu cuba membantu, namun arus sungai yang deras menyukarkan kami menyelamatkannya,” katanya.
Katanya, ketika mangsa berjaya dibawa naik ke darat, dia sudah tidak sedarkan diri dengan tali payung terjun dilihat terbelit di kakinya.

Jumaat, 12 Oktober 2018

Iktiar hidup hutan

Pengalaman pertama handle aktiviti tanda-tanda hutan. Masa zaman KPLI kat maktab dulu, tak de nya berkhemah bagai, yang aku ingat masa unit berunoiform hanya belajar cara ikatan... blurrr belajar ikatan. Buat-buat tak jadi.... benok orang kata. Sekarang ni bila nak ajar kat anak murid, kena hadam betul-betul.

Mula-mula Puan GB beri penerangan kepada murid-murid... aku pun tumpang belajar sekali... tak terbayang sikit pun ape benda aktiviti nak buat dengan tanda-tanda hutan ni. Lepas penerangan, murid-murid diberi sampul surat dan di dalamnya ada arahan yang perlu lakukan.

Aku jadi juri untuk stesen tanda-tanda hutan .... Main sedap je aku bagi markah kat budak-budak ni.

Kusyuk dengar Pn GB bagi penerangan, sampai tertidur Adhwa tu

Ha, ni main-main lukis atas tanah untuk tanda patah balik


Kumpulan pertama tunjuk bakat

Geng Ayuni... Siap lakonkan konon-konon sesat dalam hutan gitu.

Geng Syukur...

Geng Aizatul... 

Yang ni puas pitah

Geng Syamimi... Panjang lebar lakonannya... 

ni yang sesatnya.... 

Kumpulan akhir... main-main yer kumpulan kau
Terima kasih Pn. Gb, banyak ilmu yang aku belajar dari dia.


Ahad, 7 Oktober 2018

Urut

Minggu lepas lagi berjanji nak urut badan dengan Mak cik Kuma... dah lama tak berurut... badan rasa berat. Sebelum ni selalu berurut dengan Mek Cik Nor, memandangkan Mek Cik Nor tak sihat, dia tak nak urut orang dah.

Minggu ni semua budak-budak duduk rumah Mek, jadi tinggal kami berdua berbulan madu kat rumah. Hehehe... Bila berdua ni, malas nak masak... En. suami sarankan beli je sarapan. Lepas kami sarapan aku terus ke rumah ma. Nasib baik aku tak lewat, aku sampai, Makcik Kuma pun sampai.

Selalunya tukang urut akan cakap

 "Kerasnya urat, tak sakit ke?"

 "Selesa ke bernafas, perut keras ni?"

 ..... dan macam-macam lagi

Kali ni Makcik Kuma nak tungku badan aku....

Firts time kena tungku... aku gerun sebenarnya, takut panas!!!!

Dan Makcik Kuma cakap, " em, gelisah dah tu takut tungku panas"

Siap berurut pukul 12 tengahari.

Imej yang berkaitan

Ah, lega sangat-sangat.

Tekad dalam hati ni, nak bakar tungku sendiri dan buat hari-hari. Semangat betul!!!! teringat pula yang en. suami pernah carikan batu tungku untuk aku. Elok tersimpan dalam rak kasut. Rasanya batu tu ambil masa mandi kat air terju Chemerong 2 tahun lalu.

Balik rumah terus ambil batu tu dan masukkan ke dalam kereta. Siap ambil daun mengkudu sekali. Kita tengok sampai bila dia nak buat.

Hasil carian imej untuk danbo massage

Isnin, 1 Oktober 2018

Tradegi 1 Oktober


Benda yang selalu aku minta jauhkan, jadi juga pagi ni. Ya Allah!!! kau hanya berikan aku dugaan yang paling kecil sahaja. Alhamdulillah tiada kecederaan fizikal dan kemalangan jiwa.

Macam biasa aku bertolak dari rumah pukul 3.30 pagi. Perancangan awal nak bertolak petang semalam, tapi en. suami offer diri nak tolong urutkan bahu aku yang sakit tu.


Sampai stesen minyak Shell Chalok, aku berhenti rehat kejap. 20 minit kemudian aku teruskan perjalanan. Sebelum masuk simpang Kuala Berang, tiba-tiba terpandang sesuatu terbaring atas jalan... aku tak sempat mengelak dan tak sempat break.. terus langgar dan aku berserah... "habis lah sangkutl kereta aku ni"... tapi tak sangka, kereta aku terus meluncur ke depan. Haishhh... rupa-rupanya lembu terbongkang mati kena langgar lori.

Berdebar dah aku ni, nasib baik kereta boleh jalan lagi, cuma ada bunyi bergesel... aku berhenti tepi jalan nak tengok keadaan kereta, tapi kawasan persekitaran gelap jadi tak nampak apa-apa perubahan.

Aku bawa kereta 80km/j untuk sampai ke Jerangau. 6.30 baru sampai.... Huh!!!! keadaan kereta agak meloyakan, kerana bersalut dengan tahi lembu... B U S U K wehhhh


Beginilah keadaan kereta aku.... bumper pecah...


Positif dan Negatif?


Cuba korang tengok gambar kat atas tu.

Korang nampak apa? Semua pinggan nampak terbalik kan?

Tapi perasan tak, ada 2-3 pinggan yang elok terbukak. Bila kita tertengok jer pinggan yang terbukak tu, automatik semua pinggan yang tertutup tadi terus terbukak.

Susah nak percaya kan?

Itulah hakikat kehidupan dan minda.

Bila kita fikirkan sesuatu perkara tu negatif, kita akan nampak semuanya negatif.

Tapi bila kita fikirkan yang positif, yang negatif tadi pun boleh nampak positif.

Jadinya kita kena sentiasa latih minda positif dalam semua perkara dan situasi.

Minda korang dalam keadaan POSITIF atau NEGATIF sekarang ni?

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...