Isnin, 13 Mei 2019

Tentang anak!!!!

Ketika hidupmu sedang diuji, jangan tanya

Kenapa aku yang diuji Ya Allah…?

Karena jawabannya adalah…

"Kenapa tidak…?"


*Karena Allah ingin mengungkapkan Cinta-Nya padamu, dengan memberi mu pahala "Sabar" yang tanpa batas Untukmu*…

Jika kamu merasa sendiri dalam masalahmu, seakan semua yang ada didekatmu menjauh darimu dan tidak peduli dengan kondisimu, maka ingatlah Allah karena Dia tidak akan pernah meninggalkanmu.
Allah akan selalu bersamamu saat suka maupun duka, karena sejatinya hanya Allah yang tidak akan pernah mengeluh tentang seperti apa keadaanmu.


**********

Hasil carian imej untuk danbo nak anak


Wahai alam, dengar lah jeritan hati ini... aku ingin gembira seperti penghuni lain....
Aku ingin terbang setinggi yang mampu,
 mengibarkan sayap gembira,
dan lari dari perasaan PUTUS ASA!!!!!

ALLAH TAHU KAN?

Ahad, 12 Mei 2019

KAHWIN KERANA RASA CINTA

Masa bercinta kita sebenarnya belum mengenali seseorang dengan sebenar-benarnya. Kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas pakai pakai baju letak merata, baru tahu cepat stres kalau ada masalah, baru tahu pemarah apabila ditegur, baru tahu, baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap-tiap malam, dating tiap-tiap hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.

Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat bercuti sama-sama, boleh pegang-pegang tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet-sweet manis-manis (sampai diabetes katanya), everything goes smooth all the time and live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH daripada kawan yang baru kahwin, itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia. Realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan. Siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah-indah tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk ‘elak maksiat‘ saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?

Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil atau sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar dan banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu, pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung atau anak meragam.

Bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak dan mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak dan makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar dan lesu yang amat? JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil.

Apabila kamu membentak marahkan orang tua, kenapa susahkan orang nak kahwin. Padahal kamu tidak sedar. Ibu bapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga dan ibu rumah tangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumah tangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM dan TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN serta lain-lain. Walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin. Untuk menjayakan hidup berumah tangga. Cinta saja tak cukup rupanya. Barulah kita sedar quote ‘rezeki setelah nikah’ itu perlu diusahakan dan disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar, betul apa mak ayah kata… “cinta saja tak cukup”

# Realitinya, aku dah lalui peritnya sebuah perkahwinan yang tidak ikhlas.....

Khamis, 9 Mei 2019

DASYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.

Tetapi, sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahu pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib  kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, boleh diubah mengikut hajat masing-masing.

Cadangan doa ketika berbuka puasa:

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat ALLAH.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tangan kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yang dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan.

Semoga memberi manfaat buat semua.

In sha ALLAH.

#Halal Ye CnP

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...