Ahad, 25 Ogos 2019

Seketul rasa

Ye !!!!  Aku pendam seketul rasa.... memang aku simpan jauh disudut hati, aku pandang, aku diam, aku terguris seorag diri.....

..... itu lah seorang aku

Aku tidak pandai untuk meluahkan apa yang terbuku.... dikatanya aku mengungkit, jahatkan aku?

Hati ini sebenarnya muak dengan sikap dan layanan kalian. Sekadar indah pada pandangan orang lain, tapi aku cukup makan hati.... usahlah berpura-pura di balik labuhnya kain....

Ingat, bila aku mula diam, itu bermakna aku sudah tidak pedulikan kalian lagi.... aku pun punya hati, biarkan aku jaga dan rawat hati sendiri....

Isnin, 19 Ogos 2019

Cara jahit cadar fitted

Beli kain cotton bidang 93 inci. 

Bahan-bahan dan alat : 

1.25 m untuk cadar single sahaja.
(kalau nak bantal tidur dua biji dan sebiji bantal peluk kena beli 1.5m lagi)
 getah cadar 1.2 m/ 47'  lebar 1 inci 


 Langkah 1: 

Basuh kain dan keringkan. Ini adalah kerana kebanyakkan cotton akan mengecut.


 Langkah 2 :

 Ambil ukuran tilam, iaitu ukuran panjang, lebar dan tebal tilam. 
Ukuran saya panjang -74', lebar 36' dan tebal 4'. 
Potong kain panjang dan lebar di setiap sisi dengan penambahan tebal tilam + 1' . 
Contohnya panjang (74' + 5' atas + 5' bawah ) =84' 
                   lebar (36' + 5' kiri + 5' kanan) = 46' Langkah 3 :


Langkah 3 :

Potong 5' berbentuk kotak segiempat sama di setiap penjuru kain.


Langkah 4 :

Jahit pepenjuru kotak segiempat sama tu, kemudian jahit tepi atau kelim. Buat di semua penjuru kain. kelim keseluruhan kain. Saya guna tapak kelim, Ia sangat mudah dan menyeronokkan
Langkah 5 : 

Potong 4 keping getah cadar berukuran 12' sekeping 


Langkah 6 : 

Lipat dua getah, dan pinkan ditengah-tengah jahitan pepenjuru tadi. Ukur 11' di sebelah kanan dan 11' di sebelah kiri dan pinkan hujung getah.


Langkah 7 : 

Menggunakan jahitan zig zag (lebar jahitan 4/5), jahit getah dengan meregangkan getah dan kain dan nanti kain akan berkerut dengan sendirinya. ulang di setiap penjuru

Tips : 

Kalau nak buat untuk katil queen atau king pulak, caranya adalah sama seperti di atas. Tapi kena buat ukuran dan pengiraan sendiri sebab ketebalan tilam adalah berbeza. ukuran lebar getah yang lebih besar boleh digunakan


Hasil carian imej untuk danbo menjahit

Selasa, 6 Ogos 2019

SEBUAH HARAPAN

Aku masih keliru dengan keadaan.... kekadang persoalan aku tiada jawapan.... aku buntu!!! aku kecewa!!! aku sedih!!!!

Adakah penantian aku akan berakhir dengan senyuman? ......

Allah, jawab lah.....

Aku S E D I H......

terasa tidak mampu lagi nak hadap.... sedangkan kau uji setiap hamba mu mengikut kemampuannya!!! Tapi kenapa aku sangat K E C E W A? kenapa ya Allah?

Saban hari aku menghitung... saban bulan aku menanti, ..... hingga akhirnya makan tahun.... aku masih begini.... Apa dosa aku Ya Allah, sehingga terhalang doa aku dimakbulkan.... di mana salah aku?

Sehingga saat ini aku masih keliru, kenapa sukarnya untuk aku merasai sedikit nikmat paling berharga di dunia ini? kenapa aku? aku tak kuat Ya Allah!!!!! Kufur kah aku ???

Ya Allah, izinkan aku merasai sedikit nikmat itu. Pandang lah aku dengan belas kasihan.... aku tidak ada daya upaya.... Kasihanilah aku Ya Allah.... Permudakan segala urusanku.... 

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...