Isnin, 30 September 2019

BAWA AKU KE JALAN INFAQ

Dulu saya juga tergolong dalam golongan yang mengumpulkan harta dan sentiasa menghitung-hitung, sentiasa cek amount dalam bank.

Sedangkan Allah kata, "CELAKALAH golongan yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung", (surah Al-Humazah ayat 2).

Setiap bulan rasa 'happy' sebab tengok duit dalam akaun makin bertambah, bertambah dan bertambah.

Kerapkali saya kata pada suami,

"Kalau apa-apa berlaku in future, sekurang-kurangnya saya dah ada simpanan untuk SURVIVE" (yakin pada 'kuasa' makhluk, yang hakikatnya tak ada kuasa pun).

Pemikiran dangkal saya ketika ini bertepatan dengan ayat 104:3, yang bermaksud;

"ia menyangka bahawa hartanya itu dapat MENGEKALKANNYA".

Saya fikir dengan adanya simpanan (harta) maka kehidupan dunia saya lebih TERJAMIN, sedangkan bukan harta yang menjamin kehidupan kita, tetapi ALLAH.

Allah menguji hambaNya dari segenap penjuru.

Maka Allah kata lagi, kalla! "TIDAK SEKALI-KALI! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam Huthomah" (104:4)

Sekarang baru saya faham kenapa ada kumpulan manusia yang menginfakkan seluruh harta jiwa raga dan diri mereka untuk ugama, untuk bangunkan ummat.

Kerana harta yang halal pasti akan DIHISAB, harta yang haram akan DIAZAB.

Hatta yang halal sekalipun, apabila kita mengumpulnya untuk tujuan MEMENUHKAN DUNIA yang bersifat sementara, dan mengukuhkan keyakinan kita terhadap 'kemampuan' di dunia, besar kebarangkaliannya akan berakhir di neraka Huthomah.

Sedangkan ingin memikul beban dosa sedia ada bahkan kita tidak tertanggung, setiap hari masih berbuat dosa, dengan atau tanpa sengaja, apatah lagi ingin menambahkan BEBAN HARTA yang bakal dihisab.

Takut. Saya sangat takut dihisab di 'yaumiddin' nanti. Sedang dosa-dosa lain belum terhisab.

Sejak dari itu, simpanan di dalam akaun saya semakin berkurang, berkurang dan berkurang, sehinggalah kami dapat infaqkan diri kami juga untuk perjuangan ugama satu hari nanti (in shaa Allah).

Bila kita ada Allah, kita tak risau akan kekurangan, sebab Allah yang MENCUKUPKAN hambaNya, bukan wang ringgit yang mencukupkan kita (wang ringgit hanya ASBAB, ramai tertipu dan percaya dengan ASBAB).

Apatah lagi jika kita membantu ugama Allah (rujuk QS Muhammad ayat 7), YAKIN, Allah takkan persiakan hambaNya yang berkorban, jika kita tak yakin pada Allah, Tuhan sekalian alam, maka pada siapa lagi kita ingin yakin?

Seperti kata Ustaz Ebit Lew, "bila kita ada Allah, kita ada SEGALA-GALANYA".

Asbab itulah Baginda saw, Saidina Abu Bakar, Othman, Ali dan para sahabat yang lain menjadi fakir di dunia (jutawan di akhirat) dengan menyerahkan segala-galanya untuk ugama, hatta diri mereka sendiri.

Kerana ADA Allah sahaja sudah CUKUP buat mereka, kerana mereka TAHU syurga Allah sangat MAHAL nilainya, kerana Allah-lah JAMINAN mereka, bukan makhluk, harta kekayaan atau wang ringgit.

Cari harta tak salah, carilah sebanyak yang mungkin selagi ia tidak melalaikan dari mengingati Allah dan dari sumber yang halal. Kita dituntut berusaha mencari rezeki.

Tapi jika TAKUT dihisab di akhirat kelak, jangan lupa infaqkan untuk ugama dan ummat yang memerlukan, jika tidak takut dihisab dan YAKIN LULUS ujian penghisaban nanti, boleh saja mengumpulkan harta dunia.

Tepuk dada tanya selera.

Jika kita kejar dunia, dunia akan DITINGGALKAN dan BINASA. Jika kita kejar akhirat, dunia akan mengekori kita, dan kehidupan akhirat kekal buat selama - lama - lamanya...

Ahad, 29 September 2019

TITIK POSITIF

Hati Terhijab

Tanda hati kita kotor dan tidak berguna lagi.

- Bila hati terhijab daripada menerima nasihat@teguran.
- Bila hati terhijab daripada menerima seruan yang baik.
- Bila hati tidak pernah tenang dan dihantui pemikiran yang negatif.
- Bila penipuan mengatasi kejujuran.
- Bila ego menguasai diri.
- Bila keburukan mengatasi kebaikan.
- Bila kata tidak serupa bikin.
- Bila indah hanya di luar, tidak di dalam diri.
- Bila kosmetik mengaburi hakikat realiti sebenar.
- Bila mata semakin suka melihat keburukan berbanding kebaikan.
- Bila sombong menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain.
- Bila emosi menguasai ilmu dan tindakan.
- Bila menghukum lebih didaulat berbanding membetul.
- Bila jujur disalah anggap.
- Bila "habit" mengatasi peraturan dan disiplin.
- Bila munafik berleluasa.
- Bila berkata, dusta diutama.
- Bila berkata, diingkari.
- Bila dipercayai, dikhianati.
- Bila berselisih, bebruat aniaya.


Sedarilah ... Bila kesabaran dan redha, kita akan tenang.


Bila Allah SWT tidak beri, bukan bermakna Allah benci kita..
Mungkin ada sesuatu yang Allah mahu kita mengerti.


Rabu, 25 September 2019

KETULUSAN HATI.

Setiap orang mempunyai hati.
Tiada siapa mampu menduga ketulusan hati.
Ia umpama cerek yang muncungnya kecil.
Tiada siapa yang boleh melihat sehingga menerobos ke dalamnya.

Kejernihan isinya hanya dapat dinilai daripada apa yang keluar daripadanya.

Kata orang....

hati yang baik dan jujur adalah lebih baik daripada segala-galanya.


Peliharalah hati.
Jauhi kerenah dan penyakit-penyakit rohani yang boleh merosakkan hati kita, sekaligus akan merosakkan amal kebajikan yang kita telah lakukan.

Kawallah hatimu sebelum kamu dipengaruhi oleh nafsu dan gundah gulana

Isnin, 23 September 2019

Beban!!!!

Seumur hidup kita, kita asyik merungut tentang beban-beban hidup yang kita tanggung.

Tanpa kita sedar, kadang-kadang, beban itu lah yang menyelamatkan kita.

Mungkin tanpa beban-beban ini kita sudah tersasar ke jalan yang salah. Mungkin tanpa beban ini kita jatuh ke gaung kegelapan. Mungkin tanpa beban-beban ini kita mula jadi tak tentu arah dan mula buat keputusan-keputusan bodoh.

Maka bersyukurlah dengan apa saja yang kita lalui harini.

Semua ujian, semua kesakitan, semua keperitan itu membentuk diri kita. Itu process untuk menyelamatkan kita.

Sometimes your weights is whats keeping you save. Be thankful.

Dapat sesuatu?
Be Happy 💖

Selasa, 17 September 2019

MASAALAH

💕 *Seorang pria muda datang kepada ibunya dan mengeluh tentang banyak permasalahan dalam kehidupannya...*

*Namun betapa hairannya, setelah lama berbicara ternyata ibunya hanya diam saja, seolah tidak ingin mendengarkan keluh kesahnya..*
*..bahkan sang ibu malah masuk ke dapur, sedang anaknya terus bercerita sambil mengikutinya..*

Sang ibu lalu memasak air, sampai air tersebut
mendidih, lalu sang ibu menuangkan  'Air Panas Mendidih'  itu ke dalam 3 bekas yang telah disiapkan..
Di-bekas pertama ia masukkan Lobak, di bekas kedua, ia masukkan Telur, dan di bekas ketiga, ia masukkan Teh...
Setelah menunggu beberapa saat, ia mengangkat isi ketiga bekas tadi, dan hasilnya..
• *Lobak yang KERAS  menjadi Lembut dan lunak..,*
• *Telur yang mudah Pecah menjadi Keras,*
• *Teh menghasilkan aroma yang Harum mewangi....*

Lalu sang ibu menjelaskan...
“Anakku.... *MASALAH DALAM HIDUP ITU BAGAIKAN AIR MENDIDIH..*
*Namun, sikap kitalah yang akan menentukan hasil akhirnya...*

*Kita boleh menjadi lembek seperti Lobak, mengeras seperti Telur, atau harum seperti Teh...*

*Lobak dan telur bukan mempengaruhi air, tetapi malah berubah kerana air mendidih itu,*
*sementara Teh malah mengubah Air..,* *membuatnya menjadi Harum....*

*”Setiap masalah, selalu tersimpan mutiara iman yang berharga.."*
*Sangat mudah untuk bersyukur saat keadaan baik-baik saja...*
*tapi apakah kita tetap percaya saat pertolongan Tuhan seolah tidak kunjung datang.. ?*

*Ada 3 reaksi orang saat masalah datang..*
• *Ada yang menjadi lembek, suka mengeluh (seperti lobak tadi) dan menyesali diri sendiri..*
• *Ada yang mengeras (seperti telur), marah dan berontak kepada Tuhannya..*
• *Ada juga yang justru semakin harum (seperti teh), menjadi semakin kuat dan percaya padaNYA...*
*Ada kalanya Tuhan  sengaja menunda pertolonganNYA.*
*Apa tujuannya.. ?*
*..agar kita belajar lebih percaya dan setia.. !*

*Kerana tidak pernah ada masalah yang tidak bisa Tuhan selesaikan..* 💕

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...