Selasa, 1 Oktober 2019

HATI BAIK

Latih hati dengan sangka baik…

jauhi buruk sangka...

Latih hati supaya senang hati..


Petua Senang Hati :

Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan Allah SWT.
Latih hati sentiasa ingat, Allah memberi pahala kepada kita setiap kali kita diumpat.
Latih hati sentiasa bergantung dengan Allah dan tidak terlalu mengharapkan manusia.
Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat daripada Allah SWT.
Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun daripada Allah SWT.
Latih hati sentiasa yakin bahawa Allah bersama-sama kita…
sentiasa perhatikan kita dan sentiasa menjaga kita.

Allah sedang mendidik kita.
Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian atau cabaran yang mendatang.
Allah juga uji kita dengan kerenah yang ada dalam diri kita.
Allah tangguh sesuatu untuk didik kesabaran.
Allah ambil sesuatu untuk didik rasa reda.
Sampai masanya nanti, Allah akan berikan ganjaran yang kita tak pernah menyangkanya.
Saat itu, kita akan rasa bersyukur dengan apa yang ada.
Tenanglah….Sesungguh Allah menyukai dan bersama-sama orang yang sabar.

ALLAH SWT SEDANG MENDIDIK HATI KITA.
TERIMALAH DIDIKAN ALLAH DENGAN PENUH RASA KEHAMBAAN… KERANA KITA KHALIFAHNYA..
SATU AMANAH BESAR.

BANTU AKU MEMPERBAIKI HATI INI

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...