Jumaat, 31 Januari 2020

JANGAN CEMBURU REZEKI ORANG!!!


Seekor Gajah dan seekor Anjing hamil pada saat yang sama. Tiga bulan kemudian anjing melahirkan enam anak anjing. Lalu, enam bulan kemudian anjing itu hamil lagi, dan sembilan bulan berikutnya anjing itu melahirkan anak anjing yang lain. Demikian seterusnya.

18 bulan kemudian,
anjing itu mendekati gajah sambil bertanya, “Apakah kau yakin bahwa kau sedang hamil? Kita hamil pada masa yang sama, saya telah melahirkan tiga kali untuk sedozen anak anjing dan sekarang mereka sedang membesar.
Tetapi kau masih saja hamil.
Apa yang sedang terjadi?”

Gajah itu menjawab, “Ada sesuatu yang harus kau mengerti. Apa yang saya bawa bukan anjing tetapi gajah. Saya hanya melahirkan seekor gajah dalam dua tahun. Ketika bayi saya menyentuh tanah, bumi akan merasakannya. Ketika bayi saya melintasi jalan,manusia berhenti dan melihat dengan kekaguman, apa yang saya bawa menarik perhatian. Jadi, apa yang saya bawa dalam perut ini adalah unik, perkasa dan besar.”

Moral :
Jangan kehilangan iman ketika kita melihat orang lain menerima jawapan atas doa-doa mereka.
Jangan merasa cemburu dgn kemudahan rezeki orang lain.

Jika kita belum menerima rezeki kita sendiri, jangan merasa putus asa. Berkatalah pada diri sendiri,
“Waktu saya akan tiba, dan ketika semua doa saya terkabul masa itu orang akan sgt kagum”

Semoga hari ini Rezeki Kita semua bagai curahan air yang turun dari langit...
Halal dan Barokah.
Aamiin...In Sha Allah

Rabu, 22 Januari 2020

Simpan kenangan


O"kalau dah cantik, tak pakai mekap pun tetap cantik".... Eh!!!! Apa ni....

Kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Aku jaga checkpoint 4 dengan kak yah. Patutnya aku dengan Ain, tapi kebetulan ayah mertua Ain meninggal... Innalillahiwainnailaihirajiun

Semalam aku dengan kak Yah ke tempat checkpoint jalan kaki.... Mak aiii, ingatkan dekat jalan belakang sekolah tu.... Sakit lah juga betis ni.... Pagi ni aku tumpang Hikmah ke sana.

Tahun ni rezeki Aisyah dapat Johan tahap 1 menjuarai Suzie di dilakangnya. Tahun lepas menangis sebab Suzi jauh tinggalkan dia, dengan alasan pula sakit terpijak tahi lembu...huh!!! Padahal, kalah alasan konon...

Letih la, petang kan nanti nak memandu balik cuti sempena tahun baru cina.... 

Rabu, 8 Januari 2020

ALAH UJI LAGI

Kenapa orang gila di tepi jalan  minum air basi pon tak sakit perut? Kalau kita minum air paip pon perut dah start meragam.

Kenapa anak orang kurang kemampuan, hidung beringus sebulan pon relax je tak kena jangkitan kuman di paru paru pon..anak anak orang berduit, selesema 3 hari nanti boleh jadi terus kena nebulizer maybe kena pneumonia.

Kenapa anak orang kurang mampu boleh pakai sabun apa saja tak kering kulit pon. Tapi anak2 orang ada duit ni kena pakai sabun khas organik atau PH rendah yang mahal or else nanti kering2 tahap excema.

Kenapa anak orang susah boleh minum susu brand biasa ja, tapi kalau anak org berada kena minum susu satu tin rm90 kalau tak taknak minum atau alergik.

Kenapa orang susah tidoq takdak kipas pon sejuk ja..tp kalau orang kaya, takdak aircond berpeluh peluh dan kena bukak kipas sekali baru boleh lena.

Eyh banyak lagi la kalau nak difikirkan kan? Walaupun bukan semua tetapi kebanyakkannya la..

Ini sebabnya..

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…   

(Al-Baqarah: 286)

Kepada yang berada di mana2 situasi yang kita rasa sukar, yakin lah yang kita mampu mengatasinya dan kepada Allah jualah tempat bergantung. InsyaAllah.

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...