Ahad, 23 Februari 2020
Rezeki
Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima
semoga bermanfaat
YA ALLAH SYUKUR REZEKIKU HARI INI
AKU MASIH BERNAFAS KETIKA INI
Aamin
Ahad, 2 Februari 2020
Tenang
Adik ipar kawan aku meninggal dunia Khamis lepas. Seorang guru wanita yang komited. Berusia awal 40an. Meninggalkan 5 orang anak yang masih kecil akibat tekanan darah tinggi. Salur darah ke otak pecah. Sewaktu menunggu untuk dimandikan, darah membuak buak tanpa henti dari hidung. Punca kematian hanyalah asbab. Saat ini dia tidak lagi payah memikirkan hal hal dunia.
Ramai kawan kawan aku dikalangan guru menghidap pelbagai penyakit. Paling banyak darah tinggi. Aku pun tidak terkecuali. Puncanya disebabkan stress dan juga gaya hidup. Ada yang rebah ketika perhimpunan. Pernah aku lihat video seorang guru tumbang semasa membuat persembahan dihadapan murid.
Masuk usia 40an, aku memilih untuk tenang. Tidak seperti awal awal mengajar dahulu. Aku antara fighter. Ada sahaja benda yang boleh ditentang aku akan bangkit. Lawan tetap lawan. Kini aku sedar, terlalu banyak kita berjuang lama lama kita akan bersendirian. Rakan rakan yang menyokong akan meninggalkan kita. Mereka terpaksa memilih untuk menjaga periuk nasi sendiri. Tiada gunanya kita berjuang bermati matian kerana kita sahaja yang akan mati.
Lantas usia yang berbaki ini kita harus tenang tenang sahaja. Menjalankan amanah dengan hati terbuka. Tak perlu marah marah atau menentang lagi. Tidak ada apa yang perlu dibuktikan. Hidup ini hanya sekali. Lakukan tanggungjawab dengan hati terbuka, riang dan gembira. Tak perlu persoalkan apa apa.
Jika ada masyarakat atau orang diluar sana yang mengutuk atau mempertikaikan kerja buat kita. Senyum sahaja. Tak perlu balas semula. Kita anggap mereka sayangkan kita. Ambil berat tentang kita. Sebab itu mereka sentiasa mahu tahu tentang kita. Kerana kita dipilih Allah untuk menjadi mualim, mursyid dan murabbi. Tanggungjawab kita besar untuk melahirkan ummah yang cemerlang dunia akhirat. Walaupun nampak remeh dan mudah.
Aku lihat guru guru banyak yang suka melenting. Pantang dicuit sedikit. Terutama di medsos ini. Lalu kita dipandang sebagai manja dan asyik merungut. Itu tidak molek kepada ketenangan jiwa kita. Banyak lagi yang kita harus fikirkan. Biarkan kicau kicau itu berlalu dibawa angin. Hidup kita tenang. Esok lusa hilang begitu sahaja.
Cikgu... Kalau hari ini kita terbaring diranjang hospital, yang berada disisi kita cuma keluarga. Rakan sejawat hanya ziarah sekali sekala. Rakan rakan medsos ini belum tentu hadir merawat duka. Yang datang membawa buah oren dan epal disaat kita tidak mampu lagi untuk menelan. Kalau lama sangat terbaring, yang menyusul hanya Medical Board dan bersara pilihan. Walaupun sebelum ini kau mampu dapat APC setiap tahun. Segalanya akan dilupakan dan tinggal kenangan.
Untuk kita terus berjuang memandaikan bangsa memerlukan tubuh badan yang sihat. Ia memerlukan minda yang tenang dan sihat. Lakukan segalanya dengan hati yang gembira. Usah pilih untuk bersengketa. Pedulikan sahaja kata kata nista atau cakap cakap belakang. Hanya kita sahaja yang faham tentang diri kita.
Pilihlah untuk senyum dan tenang. Because tenang is good.
Sabtu, 1 Februari 2020
LALAI
Tanda2 LALAI antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah:
- Tidak fokus,
- Sering terlupa bilangan rakaat,
- Melewatkan solat,
- Kurang solat jemaah.
4. Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.
5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram.
9. Tangguh utk bertaubat.
10. Malu utk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.
Ada juga Ustaz sebut:
_Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dgn Al-Quran._
Pesan Ustaz:
_Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)_
Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI:
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2. 'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
3. Hilang fokus dlm hidup.
4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.
Sebab-Sebab LALAI:
1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dgn org² yg lalai.
3. Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.
Cara² mengatasi LALAI:
1. Cari sahabat yg baik & soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam utk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir & taubat.
5. Rajin baca quran.
6. Bersangka baik pd org lain.
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi saw.
11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.
Silakan share.
Langgan:
Catatan (Atom)
BOSAN
Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...
-
Beli kain cotton bidang 93 inci. Bahan-bahan dan alat : 1.25 m untuk cadar single sahaja. (kalau nak bantal tidur dua biji dan sebi...
-
Sudah beberapa hari aku susah nak lelap mata, hari ni kepala aku sakit sangat...Ya Allah, dugaan mu silih berganti... aku cuba jadi kua...
-
Setiap orang mempunyai hati. Tiada siapa mampu menduga ketulusan hati. Ia umpama cerek yang muncungnya kecil. Tiada siapa yang boleh mel...