Berikutan cerita semalam... aku rasa bersalah... aku cuba cari maklumat tentang scammer ni.... sekali keluar carian tentang "Love Scam".
Yes.... tepat sekali rasa curiga aku....
Ni aku list kan penipuan dalam Love Scam :
1. Menyamar dengan gambar-gambar lelaki kacak dari USA atau Benua Eropah dalam laman sosial.
- Ye, dia menyamar sebagai lelaki Cina dari Singapore tetapi bekerja di Texas.
2. Menyamar dengan gambar-gambar wanita yang seksi.
- Dia menyamar sebagai lelaki... jadi gambar seksi tu tidak ada. Dua kali juga dia minta gambar aku... huh! aku tak bagi....
3. Status sebagai duda yang baru bercerai dan ingin mencari pasangan hidup.
- Si Eric ni duda kematian isteri dalam kemalangan dan tidak mempunyai anak.Sedih kan cerita dia.
4. Mempunyai darah kacukan.
5. Mempunyai kerjaya yang hebat dan berjaya seperti ahli perniagaan, doktor, pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya.
- Hahaha... Eric kerja Pilot American Airlines... wah!!! hebatkan... Kahkahkah..
6. Akaun dalam laman sosial adalah mencurigakan dan palsu dimana gambar-gambar peribadi terlalu kurang (3 atau 5 gambar sahaja).
- Yang ni menguatkan syak aku.... aku ada minta akaun facebook.... tapi aku tak add friend pun... list friend pun tak de kawan, facebook baru create dan yang paling buat aku cuak adalah gambar yang diupload di "like" warga kulit hitam... kau caya ke bangsa cina kawan dengan orang kulit hitam.... Dishhhh, geram ni... penipu besar ni....
6. Mengambil masa yang lama untuk membalas mesej dalam email atau laman sosial yang lain.
- Bab ni aku tak mulakan dulu.... dia yang selalu send Whatsaap kat aku... aku cuma tengok last seen je... firasat aku... satu nombor untuk seorang mangsa.... pagi-pagi buta pun dia whatsaap... entah masa mana dia tidur pun aku tak tahu....
7. Cuba mengelak komunikasi menggunakan webcam komputer.
- Aku tak pernah buat... tak de kerja aku nak mencari mamat tu....
8. Panggilan manja dan romantik dalam masa yang singkat.
- Memang pun... tetiba buang tebiat hantar ayat cinta... tak de nya aku nak gila, kau tu agama lain, bangsa lain... sorry to say la
9. Ada ayat-ayat cinta untuk memikat.
10. Menjanjikan perkahwinan
- aku ada suami, dan aku ckap kami saling mencintai.....
11. Akan menghantar bungkusan yang berisi hadiah mewah.
- ni yang buat aku terkejut beruk semalam.... gila lah kalau aku terima barang dia tu... tidak!!!!!... aku masih waras lagi. Agaknya dia beli kasut kat aku... dan akan pos sebelum next flight. entah negara mana pula dia nak terbang... berangan konon jadi Pilot...
12. Akan datang ke Malaysia untuk jumpa mangsa dan keluarga.
- Alasan minta gambar dulu, dia cakap untuk dia kenal aku sebelum dia datang ke Malaysia... Fuh!!! gila aku nak pergi mengadap jumpa dia... Sekalipun dia memang orang Singapore, dan seorang Pilot... aku tak kan pergi jumpa....
13. Menggunakan akaun pihak ketiga (milik warga tempatan).
14. Mangsa dikehendaki membayar bungkusan yang dihantar.
- Mujur aku tak beria nak terima barang tersebut....
15. Meminta wang walaupun tidak pernah bertemu dengan mangsa...
- Bab ni aku memang tak berduit... dan aku sedikit kedekut untuk memberi duit banyak-banyak pada orang... setakat sedekah tu, aku bagi je ikut kemampuan aku....
Tu je nak cerita hari ni... dan untuk hari ni.. aku cuma lihat dia online whatsaap, tapi tidak whatsaap aku untuk bertanya khabar... Harap dia akan angkat kaki tinggalkan aku....
Bye...