Sabtu, 31 Mei 2014

Nikmat tidur ditarik

 

Kenapalah sejak akhir-akhir ni susah aku nak lelap mata tidur malam... nak kata aku banyak tidur siang hari,, TAK...memang sengaja aku tak tidur siang, kononnya nak bagi senang tidur malam. Biasa pukul 10 malam lebih, aku dah siap-siap berselimut dan ZZZzzz... tapi ni dah cecah pukul 12 tengah malam masih segar lagi biji mata... Dah dua malam terlajak ke pukul 2.30 pagi... 

Huh, apa yang aku buat... layar internet, tak pun tengok drama philippine "Endless Love"... dah berkali-kali tengok drama tu... tapi tak pernah habis, sebab... selalu ulang tengok masa Johnny cari Jenny...  Drama ni dah lama, entah tahun bila, cuma aku je baru berkesempatan tengok... dulu pernah tengok yang versi korea... "Autumn in my heart"

 

"Endless Love" versi Philippine lakonan Dingdong Dantes dan Marian Rivera. Suka tengok Marian Rivera tu, cantik sangat... tapi... dia kapir...




  























Jumaat, 30 Mei 2014

Sepotong hati yang terluka

 

Hati yang terluka ibarat sebuah kayu yang sebelumnya ditancaokan sebuah paku di sisinya, walaupun paku itu sudah dicabut, tapi bekasnya akan tetap tinggal di sana.

Apalagi bila kayu itu adalah kayu yang rapuh, mungkin belum sempat paku itu dicabut tapi kayu rapuh itu sudah menjadi kepingan-kepingan kecil yang berserakan..
Entah berapa lama waktu yang diperlukan untuk menyatukan kembali kepingan -kepingan itu? 
Satu hari?
Satu minggu?
Satu bulan?
boleh jadi sampai beberapa tahun pun bahkan kepingan itu belum boleh disatukan..

Sungguh malang kayu yang rapuh itu.. Sama sepertiku atau seperti mereka-mereka yang pernah terluka...

Bersabarlah duhai hati, kerana mungkin Allah ingin mengujimu. Allah ingin mengatakan, bila engkau bersabar maka bertambahlah kasih sayangNya untukmu.. dan aku tahu tak akan pernah ada kesabaran yang sia-sia, kerana sabar lah yang akan menjadikan kita manusia berjiwa mulia...

Untuk diriku yang dilukai...
Ya, aku punyai hati, dan aku tahu ada setitik rasa bersalah yang hinggap di hati kecilmu..
 Ahh, kau berhati batu... tiada lagi pintu maaf yang terbuka untukmu...

"Memaafkan setelah disakiti itu memang sangatlah sulit, apalagi bila luka itu begitu dalam..."

Hati yang sepi


"Ketika aku merasa sepi, selalu aku katakan pada diri ku, di sisi ku sentiasa ada Yang Memerhati"

Ada ketika bila aku bersendirian, aku cuba fikirkan kembali, segala yang telah terjadi kat aku, itulah hikmahnya ujian dari Allah.

Aku merenung sendirian...

Apabila aku berkata.. "Kenapa aku tidak seperti orang lain?"
Allah memberitahu.. "Mengapa kamu perlu menjadi seperti orang lain, sedangkan Aku ciptakan kamu dengan penuh keistimewaan"

Apabila aku berkata.. " aku selalu didatangi ujian dan masalah besar"
Allah memberitahu.. "Ceritakan padaku, Aku akan tunjukkan jalan keluar"

Apabila aku berkata.."tapi, ianya mustahil terjadi"
Allah memberitahu.. "Segalanya tidak mustahil bagiku"

Apabila aku berkata.." aku tak boleh lakukannya"
Allah memberitahu.."segalanya boleh dilakukan melalui kekuatan yang Aku berikan"

Apabila aku berkata.."Aku merasa sepi"
Allah memberithu.." Aku ada dan tidak akan pernah tinggalkan kamu"

Apabila aku berkata.."Aku tidak layak mendapat keampunan"
Allah memberitahu.."bertaubatlah, Aku telah memaafkan kamu"

Ada saatnya hati aku merasa sepi, Aku luahkan pada Yang Maha Memahami...Sesungguhnya kita bukan bersendiri.. Dia ada sedang memerhati.

Jodoh yang berlalu


 
  
Cerita ni pernah aku lalui suatu ketika dulu... semua tu hanya tinggal kenangan untuk aku... walau pun sedikit kesal... namun aku yakin, masih ada lagi ruang untuk aku mencarinya....

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedanga mengajar mengenai kasih sayang. 

Murid :- "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu :- "Ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas"

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

Murid :- "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik"

Cikgu :- "Ya, itulah jawapannya. maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu, tidak berulang lagi. dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi....

Khamis, 29 Mei 2014

Bercakap la Benar...

 

Semua orang pasti dah tahukan tanda-tanda orang suka bercakap tak benar a.k.a "tipu" ... kat sini cuma nak kongsi je... Lagipun kat luar sana ramai gak yang suka cakap tipu... pada aku tak mungkin orang macam ni akan berubah sebab cakap tipu ni rasa gian dan seronok... ye lah, orang akan percaya cakap tipu kita kan...

Tanda pertama :-
Kalau kita tanya dia, dia akan tanya kita semula... Contohnya " awak tipu saya ea??" dan si dia akan balas.. " saya tipu awak, saya dapat ape??  tipu dapat dosalah.. " oleh kerana dosa tu tak nampak, jadi dia tak kisah pun tipu... betol kan??

Tanda kedua :-
Bila kita tanya dia, dia akan cari alasan nak elak dari jawab pertanyaan kita tu...  Contohnya "awak ada orang lain ea??" dan si dia akan balas "Jap ea.. nak g tandas jap.. sakit perut.." alasan lah tu... pastu buat-buat lupa nak jawab.. 

Tanda ketiga:-
Bila kita tanya dia, dia akan tiba-tiba je jadi marah sangat kat kita... Contohnya "awak keluar dengan perempuan mana ni?? saya call tak jawab...msg tak balas.." dan si dia akan marah sangat kat kita.. " awak ni dah kenapa?? susah sangat nak percaya kat saya??" Huhuhu Memang tak caya pun.. kalau tak buat kenapa nak marah lak kan?? apa kes??

Tanda keempat:-
Bila kita tanya dia, dia akan bagi jawapan yang ringkas... Contohnya "tadi saya call awak, call waiting.. sape call??.. dan si dia akan jawab "Mak call tadi.." Ops..mak ke?? ke ada sambungan nya lagi tu?? mak tu 'mak... we' ke?? jeng jeng jeng

Banyak lagi cara nak tipu sebenarnya.. so sapa-sapa nak teruskan, ubahlah teknik tu, dah basi dah kot cara ni.. huhuhu.. ops...

Pencarian sekeping Hati...



Ku niatkan hati kerana Allah
Ta'aruf untuk memperoleh redhaNya
Mencari sekeping hati
sebagai pelengkap jiwa nan sepi...

Dalam masa pencarian cinta
Janganlah engkau mengumbar kata mesra
yang dapat mengganggu hati dan jiwa
yang kan membawa kita kelembah hina

Sebelum ijab qabul diucapkan
sebelum cinta dihalalkan
bantu lah aku...
menjaga hati yang lemah
dari nafsu cinta yang menyesatkan

Sebutlah namaku dalam doamu
atas pilihan terbaik untuk dirimu
bukan kerana nafsumu memilihku
namun kerana Allah lah yang memilihku untukmu
ikhlaskanlah akan ketetapan Illahi

Jika akulah jawapan dari doamu
jadikan aku permaisuri hatimu
bawalah dan pimpinlah aku
hingga menuju kebahagiaan
SyurgaNya yang kita dambakan

Jika akulah jawapan dari doamu
maka terimalah aku apa adanya
jangan kau berharap kesempurnaan pada diriku
tutupilah kekuranganku dengan kelebihanmu
jadikanlah kelebihanku sebagai penghias hatimu
maka kesempurnaan itu tercipta dengan sendirinya diantara kita berdua

Jika akulah jawapan dari doamu
maka cintailah aku setulus hatimu
dan janganlah engkau mencintaiku berlebihan
kerana Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas
maka cintailah aku sewajarnya....
Cintailah aku atas nama Allah

Tersenyumlah Duhai Hati


Saat kita menempuh onak duri dunia
derita sekali sekala mencuit hati
hati remuk menangis tidak henti
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
dalam terharu...
air mata tertumpah juga

Wahai hamba Illahi
begitulah kehidupan di dunia  
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka
Apa yang Allah aturkan buat kita
Adakala kita tersangat gembira
adakala kita tersangat tidak suka
AturanNya bukan pilihan kita

Namun
Biarkan hati ini menangis
untuk melapangkan perasaan 
Kerana aku tahu
Allah Maha Luas Kasih SayangNya

Percayalah Wahai 
Dia tidak akan menduga hambaNya
Kecuali untuk melihat hambaNya
Tersenyum di sana
Tertawa di sana
Di dalam hati ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Mu Ya Allah

Wahai hati yang menangis

Jangan bersedih
kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun
pada keesokan hari nya

Kesedihan demi kesedihan
ini lah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah
untuk kita raih SyurgaNya
serta bebas daripada rasa kesedihan.
Ingatlah tangisan terindah itu 
lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah
dan begitu berdosanya diri kita di sisi Allah

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa
senyuman yang kau berikan
dan air mata yang kau titiskan
simpan... jadikan tauladan
segala yang kau pandang dan dengar
simpan... buat pedoman



Rabu, 28 Mei 2014

Rencana Allah tetap yang terbaik

 

Ingatlah yatie,
Allah selalu memberikan kelebihan dibalik kekurangan
Allah selalu memberikan kekuatan dibalik kelemahan
Allah selalu memberikan senyuman dibalik kesedihan
Allah selalu memberikan harapan dibalik keputus asaan

Yakinlah yatie,
Kebahagiaan itu akan hadir juga pada waktunya,
sesuai rencana Nya
sesuai rancangan Nya
dan tak ada alasan bagi kita untuk meragukan Nya

Golongkan aku dalam orang yang sabar menghadapi ujian dari Mu

Doa ku...

 

Ya Allah
Kirimkanlah dia untukku...
Dia yang menenangkan hatiku..
Dia yang selalu menjaga keimananku..
Dia yang selalu mengingatkan solat kepadaku..
Dia yang selalu mengajar aku untuk bersabar..
Dia yang membuatku menangis kerana takutkan azab siksamu...
Dia yang menjaga AgamaMu..
Dia yang selalu berdoa dan taat kepada kedua ibubapanya
Dia yang tak pernah meninggalkan solat..
Dia yang selalu jujur dalam percakapannya..
Jika dia adalah pilihanmu..
Datanglah atas RedhaMu
Yang akan mampu mendekatkan cintaku padaMu,
Maka satukan hatinya dengan hatiku...
Dalam janji ikatan suci
Bersama ijab dihadapan wali dan saksi...

Ya Rabb, berikanlah kepadaku "teman hidup" yang terbaik dari sisiMu
Yang menjadi sahabatku dalam urusan dunia akhirat

Ya Allah, Engkau kurniakanlah aku seorang suami yang soleh.
yang mampu membimbing keluarga kami menuju jannahMu

Aamin allahumma Aamin

Selasa, 27 Mei 2014

Tenangkan hati aku....

Tuhan, Sabarkan hati aku ....
di saat itu sangat melukai hatiku
jauhkan hatiku dari lelah dan luluh
bimbinglah aku Ya Allah ketika aku ragu-ragu dan keliru

Yakinkan hati aku...
tiada ketentuan yang sia-sia
tiada ujian melebihi kemampuan
tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuanMu
tiada airmata yang kering tanpa diketahuiMu

Bantu lah aku pujuk hati ku,
"Orang yang menangis tidak selamanya dia menangis...
Akan ada waktu, tangisannya itu Allah ganti dengan bahagia... 
Sabarlah duhai hati"

 ....Aku tidak mencari yang terlalu sempurna
tetapi cukup bagiku yang sentiasa belajar untuk menyempurnakan imannya....

Aku serahkan hatiku hanya untuk Allah, Mudah-mudahan Allah temukan padaku pemilik terbaik...
Aku hamparkan masaku seluasnya hanya untuk Allah, Moga-moga Allah aturkan kehidupanku sebaiknya....


Eg tukar

Tengok rakan-rakan interim post pasal penempatan baharu...emmm nampaknya jqaf digerakkan lagi ke rata-rata negeri....maknanya jqaf lama ada peluang la nak balik ke negeri sendiri, terutamanya negeri kelantan. Minta-mintalah aku pun tersenarai balik ke negeri sendiri...Amin...

Tapi keputusan egtukar lambat lagi, lebih kurang sebulan lagi...emmm rasanya sama tarikh habis cuti aku... gulp!!!! Boring nya cuti.... boring sangat-sangat. masa kerja, heboh nak cuti... maksud aku, bukan cuti panjang macam ni, kalau kerja 5 hari, bagi la cuti rehat 4 hari ke...pastu keje balik...nanti cuti lagi... hah, macam tu xde lah boring sangat    



  Nampak tu, pengumuman akhir jun 2014.... ni baru akhir mei.... so kita enjoy !!!!


Syafakillah



Sudah beberapa hari aku susah nak lelap mata, hari ni kepala aku sakit sangat...Ya Allah, dugaan mu silih berganti... aku cuba jadi kuat....

Dulu...aku selalu berangan, aku ingin menjadi seperti rumput...rumput walaupun nampak kecil, tapi rumput kuat... rumput bukan macam pokok...pokok nampak besar dan kuat, tapi bila dilanda ribut, pokok akan tumbang.... tapi rumput tak pernah tumbangkan kalau dipukul ribut....Begitu juga kalau dipijak, rumput tak akan mati....

Aku mesti kuat selagi terdaya... bantu lah aku Ya Allah.... aku insan lemah di sisi Mu.... tiada daya upaya melainkan mengharapkan pertolongan dari mu....

Sabtu, 24 Mei 2014

Lupakan...

Inilah keputusan terbaik untuk diri ku...
Jangan ada PENIPUAN dalam mencari KEBAHAGIAAN...
Ya, penipuan banyak bertopengkan kemanisan..
hakikatnya aku yang akan merasa pahitnya kemudian hari...
Ya Allah, jauhkan aku dari manusia-manusia yang menipu..

Aku sunyi di sini...
aku jadi banyak memikir, berfikir, merenung, termenung...
itu yang disuruh...
Ya, aku dah jumpa jawapan nya...
Untuk kesekian kalinya
biarlah aku dengan keputusan aku...
ini kehidupan aku
Maafkan aku andai ada yang terluka...



Jumaat, 23 Mei 2014

Tentang Hati



 Aku dirundung kemelut
Ketika aku sangat mengharap
Tangan yang kukasihi
Kata-kata yang lembut
Menyentuh dan mengusap hatiku
Aku Wanita
dan aku adalah AKU....

Aku ingin lari... lari
lari dari diriku sendiri
Ketika aku perlukan
tangan yang menyentuhku
Aku tercari-cari
Pada siapa lagi
Tempat ku bercerita...

Aku insan lemah
Perasaanku dihanyutkan bersama setiap titisan air mataku
Ketika saat memerlukan setitik cahaya
Tapi kelam... pudar dan aku terus mengejar
bayang-bayang ku yang hanyut
bersama sekeping hati

Dulu, Kini dan Semalam
Kadang-kadang sendu
Kadang-kadang pilu
pergilah kemelut yang membelenggu hati
Jangan biarkan hati pasrah
dalam air mata sendiri

Masihkan aku mencari?

WAHAI ALAM.. JAWABLAH!!!

Khamis, 22 Mei 2014

Terapi diri

Setiap masa aku menghitung hari... lambatnya masa berjalan.... aku dah bosan "cuti" ... jenuh aku buat kerja dalam rumah ni... kadang2 menimbulkan kepuasan ... kadang2 aku jadi bosan dengan kerja yang aku buat....

Sejak akhir-akhir ni, susah aku nak lelapkan mata... Ya Allah, kenapa susah sangat mata aku nak lelap.... padahal aku tak fikir yang bukan-bukan... Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui apa yang terselindung...

Masa aku nak tidur, aku tak nangis macam ni yer...

Selasa, 20 Mei 2014

Kotak kargo...

Akhirnya ...kargo dari mansoura, egypt dah sampai.... jenuh aku bergaduh dengan tokey kargo, dah la bercakap pekat loghat kedah, aku pun ada loghat juga.... ada ke patut dia suruh aku pergi ke baling, kedah sana tu semata-mata nak hangkut sendiri barang aku... erk... sila hantar ke alamat tertera ye, sebab aku dah bayar duit perkhidmatan, sekian terima kasih...



Tapi, ada kesan koyakan kt situ... kalu sumbat kaki, muat ni... kena buat operasi kira mengira ni, cukup ke tidak....Kalau barang tak cukup, aku nak telefon lagi...kita bergaduh lagi nak?

 Pastu ada lak sampai msg sengal ni..

 Huhu, sempat lagi menggatal ye ngkau...


Isnin, 19 Mei 2014

SENYUM...

Setitik KASIH membuat kita SAYANG
Seucap JANJI membuat kita PERCAYA
Sekecil LUKA membuat kita KECEWA
1001 GURAUAN belum tentu mwnghadirkan SENYUMAN

Tapi seberkas SENYUMAN yang tulus dari hati akan menjadikan kita lebih CERIA..
dan keceriaan itulah yang membuat kita lebih BAHAGIA..

Sungguh...
Hari ini terasa lebih indah daripada semalam
Jika kita hiasi dengan senyuman
Satu senyuman mewakili perasaan
satu tawa ceria mengurangi duka
satu doa memberi kekuatan untuk sebuah pengharapan...

Tatkala kita renungkan, 
Hidup ini seperti sebuah cermin
Dia akan tersenyum menyapa hari-harimu jika dirimu juga tersenyum tulus tanda syukur
Maka tersenyumlah dari hati agar hari-harimu berseri....

KETIKA CINTA TAK BERJODOH

Sakit memang, ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita, akan tetapi taqdir berkata lain, hanya membuat rasa sakit dan pedih..

Akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari ALLAH..

Jangan pernah menangis orang yang kita harapkan tak dapat selamanya bersama kita..

Namun menangislah saat kita lupa pada ALLAH...

Segala perih dihati akan hilang pada waktunya, dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak..

Percayalah pada kebesaran NYA..

Bahawa dia tau mana yang terbaik untuk hamba2NYA, mana yang terbaik untuk makhluk2 NYA...

Percayalah, ada rahsia disebalik rahsia...

Disebalik semua peristiwa pasti ada hikmahnya...

Allah berfirman : "Dan (Dia lah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman).. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka, Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana" Al-Anfal:63

Sabar itu buahnya manis

Saat hati berkata "INGIN", namun ALLAH berkata "TUNGGU"
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata "TERSENYUMLAH"
Saat segalanya terasa "MEMBOSANKAN" , namun ALLAH berkata "TERUSKANLAH MELANGKAH"

Buat Hati ku yang terluka..
Tidak semua lelaki itu jahat..
Tidak semua lelaki itu ambil kesempatan..
Tidak semua lelaki itu ego..
Tidak semua lelaki itu mencintaimu kerana nafsu..
Tidak semua lelaki itu pemarah.

Jangan menganggap lelaki itu sama
kerana kau pernah terluka dengan orang yang salah

kerana sebenarnya, ada baiknya kamu mendapat orang yang salah terlebih dahulu,
agar suatu saat kau dapat mengerti erti kebahgiaan sebenar.

YA ALLAH, 
Ajari aku untuk selalu bersabar
kuatkan aku saat hati ini terluka.

Kita merancang, Allah juga merancang.. Tetapi perancangan ALLAH jauh lebih baik.

Berilah aku petunjuk



Ya Allah, ilhamkan kepada ku petunjuk kebenaran,
Lindungi ku dari keburukan diri sendiri.
Yakinkan aku, masih ada harapan yang lebih baik di depan sana,
Ya Allah, aku bukan lah insan sempurna
Dampingi aku seseorang yang layak menjadi pemipin untuk diriku ,
baik AGAMA dan AKHLAKnya...
yang bakal menjadi ikutan teladan untuk pewarisku,
jauhkan aku pada bisikan syaitan

Amiin, Ya Allah...
Semoga Engkau satukan hati hamba mu ini dengan orang yang soleh
Agar ia dapat membimbing dan menuntun kami ke jalan Mu


Ketika kebahagiaan ditanya
      "Kamu itu tinggal dimana?"

Kebahagiaan pun menjawab:
     "Aku tinggal di hati yang selalu rela dengan keputusan takdir Allah"

Ya, hati yang selalu redha denga  takdir Allah adalah sumber kebahagiaan.

Hidup seperti RODA

Kehidupan ini seperti putaran roda
Ada kala di atas..
Ada kala di bawah..
Ada kala bahagia.. 
Ada kala berduka..
Ada kala disayangi..
 Ada kala dibenci..
Ada kala dirindui..
Ada kala dilupai..
Ada kala diingati..
Ada kala dipinggir tepi

Semua itu adat kehidupan
Tapi ALLAH tak pernah lupakan HambaNya
Kuatkanlah pergantungan kepada Allah
dan
Yakinlah pasti ada selaut kemanisan tersembunyi
disebalik ujian yang mendatang

Jadi, jangan mengharapkan semua orang untuk memahami perjalanan hidup kita,  
kerana tidah semua pernah berjalan laluan yang sama...


Ketika kita mengeluh....

Ketika kita mengeluh , "Ee... aku penat sangat".
Allah menjawab, "Tidakkah Kami menjadikan tidurmu sebagai istirehat". (78:9)

Ketika kita mengeluh, "Beratnya dugaan ini. Tak sanggup rasanya aku".
Allah menjawab, "Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan". (2:286)

Ketika kita mengeluh, "Serabutnya!"
Allah menjawab, "Hanya dengan mengingatku, hati akan menjadi tenang". (13:28)

Ketika kita mengeluh, "Apa yang aku buat ini semua sia-sia".
Allah menjawab, "Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun nescaya ia akan melihat balasannya." (99:7)

Ketika kita mengeluh, "Tidak ada seorang pun mahu tolong aku."
Allah menjawab, "Berdoalah (mintalah) kepada Aku, nescaya aku kabulkan untukmu." (40:60)



Ahad, 18 Mei 2014

Semoga di ijabah,Aamiin.

 
 Ya Allah.. Pertemukanlah dengan pasangan yang selalu bersandar kepada MU..
Pasanga yang mencintai MU
Agar ia dapat membawa ku semakin dekat kepada MU

Percayalah, Allah tidak akan menguji kita melainkan Dia tahu kita mampu untuk hadapi ujian tersebut.
Tabah, Sabar, Sangka baik pada Allah
Kemudian serahkan urusan sepenuhnya pada Allah SWT

 " Hasbunallah wa ni'mal wakeel, ni'mal maula wa ni'man naseer "

Istighfar

 

”Barangsiapa melazimi (membiasakan bacaan) istighfar, maka Allah akan menjadikan untuknya kelapangan dari setiap kesedihannya dan jalan keluar bagi setiap kesempitan, serta Dia karuniakan rezeki kepadanya dari arah yang tidak dia sangka”. (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah dan Baihaqi).

Airmata pengganti bicaraku



Kumenangis lagi
Terkadang lebih baik MENANGIS dari MARAH 
Kerana kemarahan boleh menyebabkan orang lain terluka.
Dan airmataku yang menitis dalam diam
akan mengalir ke dalam jiwa, lalu membersihkan hati

Biarkan aku menyepi

Foto 

kesepian diri adakalanya sangat indah apabila kita mahukn ia terjadi..
Jiwa yang halus saja yang mengerti..
kerana dalam diam dan bersendirian itu terkadang mampu berfikir dengan lebih baik..
Sambil tafakkur mengingat kekuasaan Allah, membuat hidup kita menjadi tenang......

Titipkan KESABARAN dalam hatiku

Tak semua perkara boleh dimaafkan dengan sebegitu mudah....
hanya yang pernah melaluinya saja yang tahu sakitnya....

Foto 

Foto Ani Ismail. 

InnAllaha Ma'asHobiriin...InsyaAllah...Amin Allahumma Amin

Jumaat, 16 Mei 2014

Selamat hari guru


Sedih sangat tahun ni, tak dapat aku sambut hari guru. Terima kasih buat anak murid ku tersayang, pasangan kembar Syarah Amirah dan Syarah Alia.... korang lah insan pertama yang ucap SELAMAT HARI GURU untuk Ustazah...terima kasih atas ingatan kalian... kepada kawan-kawan yang lain terima kasih jua, kerana masih mengingati ku....

 Insyallah, panjang umur dapat lah aku raikan hari guru tahun akan datang...



 # Takdo la sayang sangat kat cikgu garang ni, buat stress je belajo... ingat lagi zaman sek dulu, form 5, cikgu syam kami yang sangat baik, muda lak tu... ajar subjek susah, tp ramai yang lulus...jangan jeles... so moral of story, jadilah guru yang baik....



Rabu, 14 Mei 2014

Redhakan hati ini



Untuk menjadi seorang yang redha, bukan lah mudah... terkadang
perlu pujuk hati sendiri, bersangka baik dengan Allah... berat rasanya... "BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL" 
Ye, orang sekeliling mampu ucapkan kata SABAR sebagai tanda sokongan, tapi dalam hati ini, ALLAH saja yang tahu.

Terima kasih buat semua yang memahami dan memberi kata semangat, bahawa hidup ini perlu diteruskan dan lupakan sejarah pahit.. Insyallah aku akan bina hidup ini denga lebih semangat. Tak akan aku biarkan hidup aku merana ... aku akan bukti kan siapa aku suatu hari nanti...



Teman berbicara

Terima kasih Zie, kawan yang baik sentiasa ada disamping, tak kira kita senang atau pun susah. Walaupun kita berjauhan, tapi kata-kata semangat sentiasa ada untuk ku.,,.siapa la aku untuk mengharungi dugaan ini seorang diri... tipu la kalau aku katakan, aku mampu hadapi semua ini... kerana aku tewas bila aku berbicara dengan Pencipta ku... deras air mata ku mengalir bila aku mengadu kelukaan hati ini...





Selasa, 13 Mei 2014

Masih Ada Ruang

Alhamdulillah ALLah masih lagi memberi aku ruang.... aku mesti positif , Ye Aku yakin, setiap apa yang Allah aturkan untuk hambaNya, bukan untuk sia-sia. Cari lah hikmah yang tersembunyi... pasti ada penawar dukamu...

Isnin, 12 Mei 2014

Aku Pasrah Pada Mu Ya ILLAHI

Lama aku termenung,
Merenung diri... Menangisi dosa
bukan menyalahkan takdir,
cuma menginsafi betapa alpanya aku ...

Di saat aku perlukan mu Ya ALLAH
Kau sudi mendengar luahan hati aku saban malam....
aku malu pada MU Ya Rabbi, 
Aku terlalu lalai mengingati Mu
Bantu la aku kembali pada Mu
Tuntunlah aku ke jalan yang paling Engkau redhai

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...