Isnin, 28 Julai 2014

Syawal kali ini

Syawal datang lagi, tahun ni aku keseorang tanpa seseorang di sisi... namun dia tersemat dihati...  Doaku, jodohkanlah kami, berilah aku peluang untuk meraih kebahagiaan dalam rumahtangga.

Biasanya lepas solat sunat aidilfitri, kami adik beradik akan berkunjung ke rumah saudara mara sekeliling rumah ni je... makan banyak-banyak mana yang sedap.Jom kita makan...

 "Cik ti, ni sapa?"

 "Ebby!!!  arrrggghhh"

"Oooo... tahu doh"

"Hensam tak?" Sepupu sepapat mula menyampuk...

Hahahaha...gelak sampai keluar air mata... sebenarnya malu, sebab melompat rampas tablet dengan cara tak sopan santun, pastu menjerit depan tetamu yang ramai.... maaf ye semua, iklan yang tidak disengajakan....

Ini lah masa yang sesuai untuk aku berterus terang dengan keluarga tentang dia di hati ku.... Alhamdulillah penerimaan keluarga menyenangkan hati ku...

 Emm...patut la semalam mimpi keluarga secara tak sengaja tahu hubungan kami, Alhamdulillah berita gembira ini ku kongsikan bersama si dia....

Jom, kita buat sujud syukur

Ya Allah, satukan hati kami dengan rahmat kasih sayang mu.... kekalkan kebahagiaan ini hingaa ke akhir hayat kami.....Amin

Jumaat, 25 Julai 2014

Balik kampung...

Tak sabarnya hati nak balik kampung, sekejap lagi lepas kelas aku nak minta kebenaran guru besar, nak keluar awal... tolong la kasihani lah diri ini, ahaks.... kalau aku buat muka kesian, mesti guru besar bagi aku keluar awal.... ok ok nanti kita cuba....

 9.30 hati aku dah gelisah nak balik.... aku pegi lah mengadap guru besar.... "cikgu, saya nak balik dah ni, saya pergi dulu eh".... hahaha, aku bukan minta izin, tapi aku bagitahu yang aku nak balik... yahooo aku boleh balik.... terus whatssap buah hati, nak balik dah ni... biasalah si dia akan doakan keselamatan aku dan suruh aku hati-hati. Seronoknya kalau aku dapat balik berdua dengan orang tersayang... sabar, insyallah masanya akan tiba.... ok jumpa nanti bye bye....

Selasa, 22 Julai 2014

Sahur....

Mak aih! Dah pukul 5.39 pagi.... macamana aku boleh tidur semula tadi...padahal aku dah tersedar pukul 4.30 pagi... nampaknya tak bersahur lah aku hari ini.

 Aku buka whatssap, pukul 5.06 pagi "dia" ada hantar pesanan bangun sahur, tapi aku langsung tak sedar... "Saya baru bangun, terlepas sahur saya"...

"Maaf, sepatutnya saya morningcall kat awak"

Nak buat macamana, benda dah lepas, tapi malam ni kita tidur awal ye. Lagipun esok ada majlis khatam Al-quran dan Iftar kat sekolah. Siangnya kena buat persiapan masak-masak untuk berbuka. Tak dapat lah aku nak tidur waktu siang hari

 Aku dapat ni.... yeaaa. Merawat hati yang sedih, ada budak tak bangun makan sahur. Perut! Jangan buat hal tau...jangan muntah-muntah macam dulu yea... sayang perut!!!

Kenangan cinta kami

Aku abadikan kenangan cinta kita di sini. Andai antara kita tercatat untuk hidup bersama, biarlah ianya menjadi kenangan terindah untuk kita suatu hari nanti. Andai ketentuan Allah mengatasi perancangan kami, cukuplah sebagai kenangan dalam hidup aku.




Namun , jauh disudut hati aku, aku mengharapkan pertemuan ini berakhir dengan kebahgiaan. Akhirilah derita hati ini... Ya Allah, aku perlukan "dia" sebagai pelengkap hidup aku. Berilah aku kesempatan untuk merasai nikmat kebahagiaan dalam meneruskan perjalanan hidup ini.




Isnin, 21 Julai 2014

Merah pujaan hati selamanya

Apa warna kegemaran awak?

"Em, saya suka warna merah"

 Ya Allah, samalah..saya pun suka warna merah.

"Saya selalu berangan, kalau ada rumah nanti, nak beli perabut warna merah. Kitchen cabinet pun saya nak buat warna merah"

Hah!!, merah macam ni....

"Merahnya, cantik... nanti kita buat sesama"

_________________________________________________________________

 Ya Allah, Syukur pada mu... kau hadirkan "dia" dalam hidupku... Indahnya perasaan ini.  Baru aku sedar, selama ini aku lalai mengingati mu.... Aku jauh dari mu...

Ya Allah, jaga lah hati aku, tetapkan hati aku menyintai "dia" kerana mu Ya Illahi. Permudahkanlah urusan kami.

 Kepada Si "dia", terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup aku... hargailah aku seadanya, sayangilah aku... aku perlukan kasih sayang mu lebih dari segalanya....

Sabtu, 19 Julai 2014

Senyum sampai telinga

Kenangan 11 julai... baru update

"Anis, esok atau lusa kita pergi makan nasi arab nak?, kat Restoran Puteri Penchala"

"Boleh, sedap ke kat situ?"

"Tak tahu sedap ke tak, jom la cuba"

"Kak ti tahu ke jalan nak pergi tu?"

"Tak tahu, Anis guna lah GPS"
 -----------------------------------------------------------------------
 "Anis, jadi ke tak nak pergi ni?"

"Jadilah, nak bertolak pukul berapa, takut jem"

"Pukul 4 kita pergi la"

"Anis!! "

"Gapo Kak Ti. Pasal duit ko?"

"Bukan duit...tapi Amin nak ke pergi berempat ni?"

 "Berempat? Sapo sorang lagi?"

 "Alia"

 "Oooh, ingat bakal abang ipar"

"Hahahaha, pandai Anis teka...."

 "Sapo? Sapo?"

 "Ada tunggu kat restoran tu.. nanti kita jumpa"

______________________________________________________________

5.30 petang kami dah sampai kat Restoran Puteri Penchala, tak susah pun nak ke sana...awal lah sampai... tapi "Dia" ada urusan di luar...

7.00 malam,... si"dia" dah sampai.... pendakian tangga ku lambat-lambatkan.... ngengenge

........sambung la sendiri cerita yer.... apa yang berlaku seterusnya....
 Hati sudah bertaut.... ah! Sudah.... jauh bezanya dari gambar.... 

Angau nya engkau.... Dushhhh

Khamis, 17 Julai 2014

Tak tahu tajuk

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 19 Ramadhan...Maknanya tinggal 10 hari je lagi puasa. Bermula lah episod mencari Lailatul Qadar .... Insyallah Ramadhan kali ini, akan ku jejaki Al-Qadr...Amin Ya Allah golongkan aku dalam insan terpilih.

Ramadhan kali ini, aku dapat sambut dengan hati yang cukup tenang. Aku mengaku, selama ini aku terlalu lalai dengan kehidupan, sehingga lah Allah sedarkan aku dengan seribu kedukaan. Aku hampir tersungkur, namun berbekalkan kata semangat "apa yang Allah jadikan, bukan untuk sia-sia"... Ya, aku terus bangkit... aku berhak mencari kebahgiaan sendiri... sehinggalah kini, aku hampir menghampiri apa yang aku cari... Doaku hampir dimakbulkan... Banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam hubungan aku dengan Allah.

Perkenalan yang tak dirancang berlandaskan kejujuran... betapa nikmatnya mengenali seseorang dengan kejujuran... hati jadi tenang. Andai ini aturan yang terbaik buat ku.... permudahkan lah segala urusan ku.. Tuntunlah aku ke jalan yang diredhai, sayangilah aku dengan rahmat Illahi, pandanglah aku dengan perasaan cinta yang suci... jangan khianati aku di akhir penceritaan.. hapuskan lah duka hati ini.

 Amin, amin

Rabu, 16 Julai 2014

Kejujuran

Alhamdulillah tidak sia-sia aku mengadu padamu Ya Allah... akhirnya, kau temukan aku dengan "dia". Ya Allah, andai ini lah ketentuan dari mu, lapangkan lah hati ini menerima segala kebaikan dan kekurangan nya. Limpahkanlan Mawaddah Wa Sakinah dalam hidup kami....

"Yakinlah, setiap apa yang berlaku, bukan untuk sia-sia..."

Allah ingin menguji kamu untuk memberikan kamu yang lebih baik... Akhirnya inilah yang aku dapat. Syukur dan terima kasih pada semua yang memberi sokongan moral dan mental pada aku.... Siapa lagi yang dapat membantu aku bangkit, aku kena kuat, keluar dari kesedihan dan dendam... Alhamdulillah aku mampu hadapinya.... Besar lagi kuasa mu dari mainan syaitan laknatullah...

Jauhkan aku dari kejahatan manusia... lindungilah aku Ya Allah...

Isnin, 14 Julai 2014

Istikharah di pertiga malam

Ya Allah, lalai nya aku dengan perasaan... kembalikan hati aku pada mu... aku ingin berserah pada mu... hanya engkau yang mengetahui perasaan dan kehendak hati ini...

Ya Allah, aku takut untuk teruskan .. aku takut tersungkur lagi... cukup lah, aku bersandar pada mu.... aku mohon petunjuk dari mu...

Andai keinginan ku tak tercapai, redhakan hati ini menerima ketentuanmu...dan yakinkan hati ini bahawa setiap perancangan mu lebih baik dari apa yang aku ingin kan.... 
Hadirkan hati ini untuk terus bersujud dan istiqamah dalam istikharah cinta .... 

Ahad, 13 Julai 2014

Masa...

Alhamdulillah, syukur pada mu ya Allah... tiada nikmat mu yang perlu di dustakan... semuanya bermula dari hati yang berserah pada mu. Tetapkan lah hati aku pada mu ya Allah.

Aku terdampar di sini memulakan episod hidup baru... Ya, seperti hidup baru bermula... aku melangkah ke daerah ini dengan hati yang berat...Ya Allah, mampu kah aku menjadi diri aku yang dulu....

Cepatnya masa berlalu, meninggalkan 1001 kenangan pahit manis dalam sekelip mata... pedih, perit, sakit hati, tangisan, terluka.... semua aku lalui... Ya Allah, kembalikan semula gelak tawa ku yang dulu... senyuman manis ku yang telah tawar.... aku ingin hidup ku yang lalu... Aku mencari Insan yang banyak membantu aku suatu ketika dahulu,.. aku perlukan dia saat aku terduduk begini... mana aku perlu mencarinya.. dia lah sahabat, dia la yang layak aku panggil teman... 

Khamis, 10 Julai 2014

Alhamdulillah, akhirnya

Syukur atas nikmat mu Ya Allah... apa yang telah berlaku dalam hidupku, tak kan ku ingati lagi....aku nak mulakan hidup baru, di tempat baru, rakan-rakan dan kenalan baru....alhamdulillah Allah permudahkan semua untuk aku....

Syukur juga Ya Allah, kau temukan aku teman-teman yang banyak memberi aku semangat dan nasihat terutamanya "toon" .... terima kasih banyak-banyak melayani karenah aku..."malu bertanya sesat jalan kan" dan mungkin jodoh kami hanya kawan, kerana kami ada pribsip tersendiri... apapun ketentuanyang berlaku antara kita suatu hari nanti, dan kiranya aku lah yang perlu berkorban, hargai la aku setimpal dengan pengorbanan yang aku lakukan...

 Panjang melalut pula aku ni, ok la.... si bulan pun apa kurang nya bagi nasihat kat aku.... alhamdulillah, di saat aku perlukan teman, Allah masih temukan aku dengan insan2 yang dapat memberi semangat dan kata nasihat tanpa mengambil kesempatan ke atas diri aku....

Ok, sampai sini dulu.... nanti sambung lagi

Ahad, 6 Julai 2014

Pilihan ...pilihan

Berkawan biar seribu, bercinta biar satu... maksud kawan tu, kawan lelaki ke seribu... ramai benor nak cari sampai seribu.... pada aku, kawan lelaki tu berkawan sebab ada hala tuju, tapi kenapa dari dulu lagi aku berkawan dengan Tun reza... tak de hala tuju pun.... tapi dia banyak bagi aku nasihat hokey.. jangan ganggu dia... dia pun tak pernah ajak aku dating mating, tak pernah cakap merepek ... masih boleh diterima pakai sebagai kawan.

Sebenarnya aku nak cerita benda lain kat sini... Semalam berbalas whatssap dengan kenalan MYj, Azizul. Dia nak jumpa aku... agak-agak baik tak orangnya... patut ke aku jumpa orang yang langsung aku tak kenal.... kan tak pasal - pasal aku jatuh cinta kat dia, naya aku.... ahaks..gatal melebihi usia.

Tapikan, kelakar dia tanya aku, "awak tak pernah dating ke?"... macamana aku nak jawab tu... terpaksalah aku berterus terang siapa aku, harap faham lah ye...

Nanti la fikir...tengok gambar dia, macam menakutkan je orangnya... kalau menyeramkan, aku bersedia untuk lari ... ye la tu.

Emmm... kalau jumpa niat nak cari calon suami, bolehkan... manalah tahu sesuai dibuat calon ke... ngengenge... dah ada niat gatal tu.. Kalau sesuai, apa salahnya.... teruskan, kalau tak layak, kita buat-buat tak kenal... 

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...