Khamis, 17 Julai 2014

Tak tahu tajuk

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 19 Ramadhan...Maknanya tinggal 10 hari je lagi puasa. Bermula lah episod mencari Lailatul Qadar .... Insyallah Ramadhan kali ini, akan ku jejaki Al-Qadr...Amin Ya Allah golongkan aku dalam insan terpilih.

Ramadhan kali ini, aku dapat sambut dengan hati yang cukup tenang. Aku mengaku, selama ini aku terlalu lalai dengan kehidupan, sehingga lah Allah sedarkan aku dengan seribu kedukaan. Aku hampir tersungkur, namun berbekalkan kata semangat "apa yang Allah jadikan, bukan untuk sia-sia"... Ya, aku terus bangkit... aku berhak mencari kebahgiaan sendiri... sehinggalah kini, aku hampir menghampiri apa yang aku cari... Doaku hampir dimakbulkan... Banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam hubungan aku dengan Allah.

Perkenalan yang tak dirancang berlandaskan kejujuran... betapa nikmatnya mengenali seseorang dengan kejujuran... hati jadi tenang. Andai ini aturan yang terbaik buat ku.... permudahkan lah segala urusan ku.. Tuntunlah aku ke jalan yang diredhai, sayangilah aku dengan rahmat Illahi, pandanglah aku dengan perasaan cinta yang suci... jangan khianati aku di akhir penceritaan.. hapuskan lah duka hati ini.

 Amin, amin

Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...