Rabu, 1 Oktober 2014

Sampai bila ....

Jangan kau menyesal kemudian hari dengan apa yang kau putuskan. Antara pilihan kau dan pilihan Allah, kau kena ingat... pilihan Allah adalah tepat. Pilihan kau selama-lamanya akan tewas. Carilah pilihan Allah agar kau tak menyesal kemudian hari.

Takdirnya lebih besar dari hati kita. Hati yang sekelumit ini jua akan tumpas berdepan dengan takdir Allah.

Sabarlah duhai hati. Doalah. Doa yang tulus dan bersungguh-sungguh meratap disetiap sujudmu dan disetiap malam harimu, mampu merubah takdir. Hati manusia, Allah yang pegang. Keras seperti batu pun, sekali dijentik dengan kasih Nya, berkecai jadi air yang mengalir. Kau yakinlah pada Allah.

"Andai tiada tuhan dihatimu, cinta pinjaman itu akhirnya beku"

Pedih....
 Aku tak tahan menanggung sakitnya cinta...
 dan tak boleh tahan lagi Rindu.

"Ujian Allah tidak pernah untuk buat kita jauh dari Nya. Ujian Nya adalah untuk menghapuskan jurang antara hamba dan pencipta. Makin kuat ujian, makin rapat dan mesra kasih Nya."

Ingat, hati-hati yang terluka, derita, sedih dan sengsara itu, pembelanya adalah dia sendiri. Dipenghujung setiap kesabaran, adalah ketenangan dan pertolongan dari Allah. Solat dan sabar. Tak boleh sabar, solat. Tak boleh solat, sabarlah.

Sakit dalam hati ini, jua antara nikmat Nya. Bila semuanya sudah tidak terdaya, menangislah kerana Allah. Jangan menangis kerana duka semata. Menangis kerana kau merasa lemahnya sebagai hamba Dia.

Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...