Jumaat, 27 Mei 2016

Khidmat terakhir...

Kelmarin pergi taklimat epelaporan kat Sk Demang Taha. Sempat juga aku singgah Sk Durian Daun jumpa cikgu-cikgu dan anak-anak murid. Rindu sangat.....


Balik taklimat, tak tido dah, terus siapkan kertas kerja Ihya Ramadhan dan kemas barang-barang yang nak di bawa balik dengan bas. Lantak la muat ke tidak. Pukul 2.30 baru aku tido.


Hari ni adalah jumaat terakhir aku berbakti di Sk Menggong. Aku cuba siapkan semua kerja-kerja tertangguh... 

Khamis, 26 Mei 2016

Akhirnya...

Minggu ni  aku bertugas, agak kelam kabut juga bertugas minggu akhir sebelum cuti sekolah ni... banyak kerja kena selesaikan.... hari ni bertugas sorang-sorang, kak Normah tak datang pulak...

Hari rabu sedia maklum, kelas pagi penuh... waktu rehat baru ada masa nak makan kat kantin. Sambil makan aku tengok handpon, mak aiii...banyaknya whatsAap.... WhatsAap dari Samizan... Ya Allah berdebar, dia cakap keputusan pertukaran dah boleh semak... dia sendiri masih terkejut, alamak!!!! Adakah jea dapat pindah... takutnya .....

Jap, makan dulu dan selesaikan urus budak masuk kelas. Hari ni memang poyo lah, bawa laptop tapi kabel laptop tak tahu campak mana. Iskkk...

Dengan lafaz bismillah aku buka egtukar kat makmal komputer,

Subhanallah, aku tak percaya.... TAHNIAH, PERMOHONAN ANDA KE TERENGGANU DILULUSKAN. Amin, Ya Allah syukur sangat-sangat.

Tiba-tiba jadi blur.... tak tahu nak buat apap... tak percaya!!! Terkejut terus aku demam.

Ahad, 22 Mei 2016

Seminggu lagi

Ramai yang tanya, balik ke minggu ni? Eh! Balik la... Minggu depan kan dah cuti, balik buat apa? Kau rasa aku balik buat apa ye?

Untuk soalan ni aku tak der jawapan nye.

Abe pun cakap benda yang sama, ada orang tanya "bini balik ke?"
Aah, balik!!!
Kan minggu depan dah cuti, balik juga ke?

Emmm... benggong sekejap aku nak pikir jawapannya.

Ye! Memanglah ada seminggu lagi sekolah, tapi tak bermakna aku tak boleh balik. Balik adalah satu ketenangan yang tak dapat ditukar dengan wang ringgit. Biarlah aku berhabis duit semaya-mata nak beli tiket balik. Aku rela makan nasi putih dengan telur kicap. Janji duit tiket ada. Balik rumah abe, abe jamu lah makan sedap-sedap. Bukan aku minta ye nak makan tu makan ni, tapi abe dah beli siap-siap. Yang bagusnya, aku terlintas je nak makan sesuatu, tak cakap pun, tapi semacam Allah gerakkan abe untuk beli benda tu. Eiiii...suka nya.

Khamis, 19 Mei 2016

Hari guru untuk tersayang

Aku dah lama teringin nak bagi hadiah untuk abe, masa hari lahir bulan februari lepas, aku tak bagi apa-apa... abe dah cakap, dia nak sangat beli radio mini yang tengah hangat sekarang ni. Baru ni abe dapat duit sempena majlis khatam Al-Quran kat rumah Doktor Zahar, abe cakap duit tu nak beli radio tu... tup-tup duit tu habis buat beli baju raya anak-anak, tapi ada je baki...cukup pun kalau nak beli. cuma masa pula tak mengizinkan.

Kebetulan aku tengok facebook ada pula yang tengah buat promosi radio tu, emmm murah juga harga yang dia jual... boleh lah aku oder....

Aku tak cakap pun kat abe yang aku dah beli. Aku pos ke alamat rumah atas nama abe konon-konon kejutan lah.... tapi aku terpaksa juga cakap supaya tunggu kat rumah hari ni sebab pos laju nak datang hantar barang. huhuhu...

Alhamdulillah, barang sampai ke tangan abe, abe suka sangat... Hadiah sempena hari guru untuk abe...

Isnin, 16 Mei 2016

Hari guru 2016

Letih hari ni. Baru sampai dari kelantan.....

Harini ada sambutan hari guru peringkat sekolah. Tema pakaian? Batik sekolah ....tak der gojes-gojes macam sekolah lain.

Aku penat sebenar

Tak sabar nak tunggu 1.30.... nak balik tidur, makan pun tak der selera dah...

Sabar...sabar

Hehehe.... korang nak tahu, tahun ni aku terpilih untuk mendapat anugerah guru penampilan paling menarik....ahaks.... suka, suka... tahun lepas dapat anugerah guru paling sopan.


Ok lah dulu, nak rehat...

Terima kasih kepada semua murid yang memberi hadiah pada ku...

Ahad, 15 Mei 2016

Tentang Muaz

Muaz ni kalau bercakap memang petah. Tapi ada pelat sikit-sikit. Suka sangat tegur orang. Orang akan layan dia bila bercakap. Muaz umur 5 tahun, kalau senyum manis jer. Mata bulat besar. Tapi ya Allah nakal yang amat.

Kalau pergi ke tempat kenduri, perkara wajib yang dia buat, minum air banyak-banyak pastu gigit gelas polistrin tu. Suruh makan nasi kena ugut dulu "sapa tak makan nasi, tak dapat hadiah (sisa yang tuan rumah bagi, diorang panggil hadiah). Betul lah tu, pemberian orang dipanggil hadiah kan? Dan perkara yang aku geram, "Mama! Nak kencing!!!"... Allah, awal-awal tak nak kencing. Dah sampai rumah orang nak kencing pulak... ok lagi yang tu, ada lagi yang geram... nak tahu... dia nak berak... aduhai, datang je rumah orang , nak berak... segan weh pegi kenduri tiba-tiba minta izin nak pergi tandas, bukan sekali weh dia buat hal, bole dikatakan setiap kali pergi kenduri memang tu permintaan dia. Ada juga aku malas layan, emmm...boleh pulak dia berak dalam seluar... padan muka aku... Hari tu pergi kenduri rumah Maulana Asri, perangai muaz dah datang dah, aku cakap kat dia "pergi cakap kat abah" dia pergi....pastu dia datang semula kat aku dengan muka tertahan-tahan. Rupa-rupanya abah suruh cakap kat aku... hahaha, kesian.....sempat lagi dia tegur pengantin "Hei, nikoh ko?"

Tadi abe cerita, satu pagi tu singgah kedai nasi... muaz buka tingkap dan keluarkan kepala dia, pastu dia cakap dengan suara yang kuat, "Weh, ramainya orang gemuk!!!!!" Dammm, kau rasa apa makcik yang jual nasi dan anak penjual nasi tu cakap dalam hati. Dah memang gemuk pun... hahahahaha

Sabtu, 14 Mei 2016

Rutin mingguan


Biasanya kalau balik hujung minggu, rutin aku kat rumah kemas rumah, basuh baju, lipat kain dan gosok baju. pastu pergi rumah ma. nak berjalan mana-mana, susah sikit, kesuntukkan masa, kalau mengada pun, ikut abe pergi mengajar kat Paya Rambai. tunggu dalam kereta je pun. Ok lah dapat juga mekuangkan masa bersama abe. Borak-borak dalam kereta.... masa itu beharga ye.

 
Budak kecik-kecik ni, suka sangat bertengek tempat aku bertapa. Nak tebar kain baju pun sempit, padahal bilik besar bukan main lagi. Kau rasa diorang nak apa? Np

Rabu, 11 Mei 2016

Minggu sibuk

Sekarang ni budak-budak tengah preksa pertengahan tahun. Dah tiga hari pun budak preksa. Cikgu-cikgu sibuklah menanda kertas jawapan budak-budak. Ada 3 minggu lagi nak cuti pertengahan tahun. Hikhikhik, yang tu je aku dok kira tiap-tiap hari. Minggu depan 16 mei, ada sambutan hari guru.... hehehehe... ada 10 hadiah untuk bakal guru-guru. Ahaks... agak-agak tahun ni tercalon kah aku dalam mana-mana kategoriyang dipertandingkan. Emmm, tahun lepas dapat guru paling sopan... kuang kuang kuang....

Keesokkan harinya ada program kem bestari solat. Yang aku ni dah lama tak menyibukkan diri dengan kertas kerja bagai. Kelam kabut sikit nak buat. Padahal dulu, petik jari jer aku buat. Entahlah sejak aku dicampakkan ke sini, aku kurang bersemangat untuk menjalani rutin harian aku. Sabor jer lah.... minta pindah, tak dapat-dapat. Huh!malas nak fikir. Insyallah rezeki Allah dah tentukan, yang penting kita kena usaha dan terus berdoa.

 Insyallah rezeki Allah itu ada.

Isnin, 9 Mei 2016

Sokmo tak ingat

Ya Allah, disebabkan siang tadi sibuk sangat, malam tidur tak ingat dunia. Naik bas sempat juga berangan sampai ke melor...lepas tu dah masuk ke alam lain. Sedar-sedar bising dalam bas, kes nya penumpang tak cukup sorang. Masa kejadian kat stesen bas Jertih. Depan aku juga dia bermesyuarat. Sorang driver cakap, cepatlah..mana pergi dia ni, dah lewat ni. Esok nak pergi seminar. Yang sorang tu pulak buat lawak, esok nak pergi mengajar pula. Tapi tak tahu nak ngajar apa. Aku terkebil-kebil sedar dari tidur... sempat lagi Pian menyakat aku, hah! Baik cikgu ni, tidur senyum je... cikgu ni mengajar bahasa apa tak tahu... cis...

Tengah kalut-kalut tu, sorang drive nak pergi cari kat tandas, katanya manalah tahu masuk tandas, rebah dan terus pengsan. Tapi separuh jalan dia pergi, ada seorang budak lelaki berlari ke arah bas. Ada pun... driver tu cakap "ingatkan kena culik, lelaki pun laku orang nak, bole jadikan kuli gaul simen" Ah, layan aku... baik aku sambung tido.

Lamanya rasa tidur, tak sampai lagi ke kat hentian. Aku dengar ada orang bercakap-cakap kat bawah. Aku cuba amati jam pukul berapa sekarang. Tapi mata berbalar-balar kerana pengcahayaan tak cukup cerah. Agak-agak aku dah pukul 3 pagi. Memang sah, aku tak sedar langsung masa berhenti kat hentian. Nasib baik dah solat Isya'. Sambung je lah tidur.

Ni lagi satu kejadian, sampai kat gemencheh, boleh pula dia tak berhenti. Padahal masa naik bas, dah cakap nak berhenti kat gemencheh... adui ya.... mujur tak jauh lagi... berjalan lah berlenggang lenggok dengan penuh ayu.

Ahad, 8 Mei 2016

Letih sangat

Alhamdulilah ma dah sihat sikit, dah boleh berjalan, tapi masih ada rasa pening-pening lagi. balik tadi pukul 4 petang, sebabnya tunggu nak jumpa aizi. Dia balik bawa Tiah sekali.

Balik rumah Kuchelong, terus aku ke dapur.... alahai kesian buah hati aku dok makan nasi sorang-sorang kat dapur.... aku pun tumpang makan sekaki. Masak lemak cili api ikan haruan, sedap tapi sedikit tawar. Yang paling aku suka, ada daun kesum...pereggghhh... makan nasi berulamkan daun kesum, sedapppp. Untung aku dapat suami yang pandai masak. kihkihkih....

Penat.... rasa nak baring je... tapi kain tak berangkat lagi... nak kena gosok baju sekolah Aaisy lagi.... Fuh... kena semangat selesaikan kerja rumah sebelum tinggalkan rumah. Kesian abe kalau aku tinggalkan pinggan mangkuk yang tak berbasuh dan kain tak berlipat....,

Alhamdulillah, selesai semua kerja... bersiap pula untuk balik ke Melaka. Abe ajak solat maghrib kat rumah ma, sambil-sambil jenguk keadaan ma. Memang kelam kabut betul... yang kelam kabut tu lah PENAT!!!..,,

Ma tak sihat

Perancangan hari ni nak selesai dua kerja besar ..... yang melibatkan duit aku... Awal hari ni aku bangun pagi, masak dengan penuh semangat, kemas rumah dan jemur kain, aku pun ke rumah ma. Sampai tu aku tengok ma terbaring atas sofa dan ada kerusi di depan ma... aku tanya kenapa kerusi tu.... rupa-rupanya ma tak sihat, pening katanya. Ma tak selera makan nasi. Ayam tu terasa ajinomoto. Aku picit-picitkan kepala ma supaya reda pening tu.

Aku ajak ma pergi klinik, tapi ma cakap nak tunggu abah. Abah pergi selesaikan urusan mengukur kat Kota Bharu. Ma minta nak ke tandas... bila dah selesai hajat, ma panggil aku... ma tak boleh bangun... Allah, jom la kita ke Klinik. Abah tu tak tahu bila balik. Alhamdulillah ma nak pergi.

Ma minta bawa ke klinik Md Arif. Alhamdulillah tak de orang. Terus dapat jumpa doktor. Bila doktor periksa, darah ma ok, cuma air kurang dalam badan ma. Doktor nak masukkan air...

2 jam menunggu......

Mudah-mudahan ma sihat seperti sediakala , dapat menunaikan ibadat kepada Allah....

 Tentang anak-anak ma.... aizi sorang yang bersungguh nak balik. Pastu noma yang kurang bersemangat bila tahu ma sakit. 

Selasa, 3 Mei 2016

Kepala Ting Tong

Hari ni bas sampai lambat, Pak cik tu cakap kereta banyak. Maklumlah cuti 3 hari, pakak-pakak balik kampung... 6.45 baru berenti solat kat Gemencheh... Orang cakap Subuh gajah... Gajah celah mana pun aku tak tahu. Kenapa orang cakap subuh gajah eh?

7.40 aku sampai kat sekolah. Nasib baik dah bawa baju dan kelengkapan lain dalam kereta. Terus mandi kat sekolah. Pagi ni tak de kelas, 9.40 baru mula.... boleh lah rehat-rehat dulu.

Yang sedihnya hari ni ada koku.... Oh! Tidak..... aku penat... biasanya aku perlukan rehat sebelah petang kalau baru sampai. Aku gagahkan juga...dah lah petang ni kena siapkan pentas untuk pertandingan bercerita peringkat kawasan untuk hari khamis ni. Adui... aku bahagian backdrop dan persiapan tempat. Lepas solat zohor, sempat aku manja-manjakan mata untuk menghayati keindahan alam mimpi... setengah jam je... cukup lah buat ubat. Si Asra tegur aku, dia tanya "kenapa ustazah ni muka macam ni, dah lah tudung senget" .... aku jawab "saya penat!!!"....

Kepala dah berat, tilam kat rumah dah melambai-lambai. Sabar je lah...

Lepas maghrib, terus tumbang tanpa sedar diri... Ya Allah, nikmatnya tilam buruk ku ini... tak payah guna tilam Sweat Dream ke ape... memang nyenyak tak terkata. Tapikan, kenapa tak sama tidur dalam bas dengan tidur atas tilam kat rumah eh. Padahal aku tidur dalam bas dengan gaya bebas...memang nyenyak tak ingat dunia dah? Sapa boleh jawab eh?

Ahad, 1 Mei 2016

Cuti Buruh

Pagi ni dah janji dengan Ma nak cari keropok lekor .... asalnya aku nak jalan-jalan kat TEMAN, tapi ma bagitahu keropok lekor kat TEMAN tak sedap. Ma cadangkan beli kat kadok. Wea ada balik tu, ingat nak ajak wea jadi driver tapi Yan dan Afif Asyraf pula tak sihat. Ma ajak Shakir jadi driver...Emmm... padahal aku boleh jer bawa kereta, saje nak bermanja-manja. Dalam perjalanan nak pergi tu, terserempak dengan Ma ikan, Ma ikan cakap tak payah lah pergi TEMAN, kereta banyak, jalan jem, nak sampai tu mesti lapar nasi dulu. Tu dia.... ingat nak beli mangga yang abe kirim... tak jadi lah, beli je mangga yang Ma ikan jual.                                                 Balik rumah Kuchelong dah pukul 1 tengahari. Menu hari ni, panaskan ikan masak stim semalam, kalau tak makan hari ni... tersimpan dalam peti, akhirnya ke tanah jua tempat kembali.... kui kui kui.... Lepas makan, sempat rehat sekejap sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.... nama je hari buruh, tapi banyak benda kena buat... ingat boleh rehat dok bersantai-santai dalam bilik jer... tapi tidak sama sekali.... Disebabkan esok sekolah, hari ni hari mengutip anak. Mula tu pergi ambik Maryam kat rumah Mek, pastu terus ke Paya Rambai ambik Kak Ain.... Agenda seterusnya ke pasaraya Billion, cari baju raya anak-anak. Awalnya beli baju... Bukan apa, bukan senang nak cari hari senang, kebetulan pulak duit ada. sebelum duit habis, baik beli. Sempatlah belikan Aaisy dan Muaz 2 pasang sorang, untuk Aisyah sepasang. Tapi kan ada orang tu untuk dia saja 4 pasang okey. Beraya sakan orang tu kan? Tak sedar diri pulak shoping, Asar dah lewat.... Aktiviti akhir nak pergi kenduri rumah Maulana Asri kat Demit. Sekarang dah hampir Maghrib, tak selesa nak makan waktu-waktu macam ni... Berenti rehat dan solat maghrib kat Masjid Paya Rambai. Ok settle..... Kenduri Kahwin ni mula lepas Asar sampai 10 malam.... Pelik tu... biasa orang buat kenduri belah pagi. Tapi elok juga dia buat petang, tak de lah panas sangat.... sekarang ni kan musim panas... nak bergerak pun malas... Masa makan, Muaz buat hal... geram betul lah... setiap kali pergi kenduri mesti nak buang air besar.... Sabar je lah... ni pun sama "Mama, nak berak!!!" Dah lah kat rumah orang tak biasa... "Pergi cakap kat abah !!!!" Pastu Muaz datang lagi kat aku dengan muka tahan berak... "Mama, nak berak!!!!" Aduh Muaz, tahan lah... Nasib baik budak tu tak terberak dalam seluar.... Iskkkkk. Yang si kecik ni pulak merengek nak kencing pulak.... Seharian hari ni memang penat. balik rumah lepas solat Isya terus tumbang...

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...