Pagi ni dah janji dengan Ma nak cari keropok lekor .... asalnya aku nak jalan-jalan kat TEMAN, tapi ma bagitahu keropok lekor kat TEMAN tak sedap. Ma cadangkan beli kat kadok. Wea ada balik tu, ingat nak ajak wea jadi driver tapi Yan dan Afif Asyraf pula tak sihat. Ma ajak Shakir jadi driver...Emmm... padahal aku boleh jer bawa kereta, saje nak bermanja-manja. Dalam perjalanan nak pergi tu, terserempak dengan Ma ikan, Ma ikan cakap tak payah lah pergi TEMAN, kereta banyak, jalan jem, nak sampai tu mesti lapar nasi dulu. Tu dia.... ingat nak beli mangga yang abe kirim... tak jadi lah, beli je mangga yang Ma ikan jual.
Balik rumah Kuchelong dah pukul 1 tengahari. Menu hari ni, panaskan ikan masak stim semalam, kalau tak makan hari ni... tersimpan dalam peti, akhirnya ke tanah jua tempat kembali.... kui kui kui.... Lepas makan, sempat rehat sekejap sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.... nama je hari buruh, tapi banyak benda kena buat... ingat boleh rehat dok bersantai-santai dalam bilik jer... tapi tidak sama sekali.... Disebabkan esok sekolah, hari ni hari mengutip anak. Mula tu pergi ambik Maryam kat rumah Mek, pastu terus ke Paya Rambai ambik Kak Ain.... Agenda seterusnya ke pasaraya Billion, cari baju raya anak-anak. Awalnya beli baju... Bukan apa, bukan senang nak cari hari senang, kebetulan pulak duit ada. sebelum duit habis, baik beli. Sempatlah belikan Aaisy dan Muaz 2 pasang sorang, untuk Aisyah sepasang. Tapi kan ada orang tu untuk dia saja 4 pasang okey. Beraya sakan orang tu kan? Tak sedar diri pulak shoping, Asar dah lewat.... Aktiviti akhir nak pergi kenduri rumah Maulana Asri kat Demit. Sekarang dah hampir Maghrib, tak selesa nak makan waktu-waktu macam ni... Berenti rehat dan solat maghrib kat Masjid Paya Rambai. Ok settle..... Kenduri Kahwin ni mula lepas Asar sampai 10 malam.... Pelik tu... biasa orang buat kenduri belah pagi. Tapi elok juga dia buat petang, tak de lah panas sangat.... sekarang ni kan musim panas... nak bergerak pun malas... Masa makan, Muaz buat hal... geram betul lah... setiap kali pergi kenduri mesti nak buang air besar.... Sabar je lah... ni pun sama "Mama, nak berak!!!" Dah lah kat rumah orang tak biasa... "Pergi cakap kat abah !!!!" Pastu Muaz datang lagi kat aku dengan muka tahan berak... "Mama, nak berak!!!!" Aduh Muaz, tahan lah... Nasib baik budak tu tak terberak dalam seluar.... Iskkkkk. Yang si kecik ni pulak merengek nak kencing pulak.... Seharian hari ni memang penat. balik rumah lepas solat Isya terus tumbang... 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan