Jumaat, 9 Februari 2018

Menanti Februari

Wah tajuk dia macam drama si Zul Ariffin, Afiq Muin dan Nur Fathia Latiff lakonkan. Mengisahkan Arie hilang di lautan dan Fiza telah berkahwin dengan kawan baiknya Edi. Akhir cerita, Arie menuntut semula haknya, tetapi Fiza memilih untuk meneruskan hidup bersama Edi.

Hoiiii.... panjang aku melalut. Sebenarnya bulan Februari ni berjujuk tarikh lahir dalam keluarga kecilku. Muaz 18 Feb, Abah dia 20 feb dan Aaisy 27 feb. Senang sikit kita makan kek sekali harung jah.

Tempah cheese cake dengan Cik Nor, sedap molek rasanya....

Muaz dah buat perangai dia. Nampak je ganas tapi dalam hati ada taman. 


Edisi mengada-ngada.... nak poton kek, tapi macam- macam karenah dia buat.


puas pujuk baru berjaya potong kek. Itu lah Muaz.....

Rabu, 7 Februari 2018

Mana perginya MASA... ???

Sekejap sangat masa berjalan sekarang ni... tahu-tahu dah hari khamis... rasa baru je hari ahad.... tak sempat nak rindu lama-lama...

Dok kat Lintang ni, pergi sekolah balik sekolah je... tak tahu mana nak merayap... bandar jauh dengan tempat tinggal aku... huhuhu lebih kurang macam dok dalam hutan je... balik rumah, membuta je... rumah pun sejuk je...auuuu.... sebelum ni aku menyewa kat rumah kayu.... waktu malam memang sejuk gila lah... pagi esok tu nak mandi, sejuk yaamat...taapiiiii,  waktu siang memang gila lah panas... tak tahu nak meniarap kat mana.... PANAS weh...

Hampir dua tahun dah aku bertapa kat sini... sekejap jer kan.... huh! tak sabarnya nak pindah ari sini... bukan tak best, tapi hati kat tempat lain

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...