Jumaat, 9 Februari 2018

Menanti Februari

Wah tajuk dia macam drama si Zul Ariffin, Afiq Muin dan Nur Fathia Latiff lakonkan. Mengisahkan Arie hilang di lautan dan Fiza telah berkahwin dengan kawan baiknya Edi. Akhir cerita, Arie menuntut semula haknya, tetapi Fiza memilih untuk meneruskan hidup bersama Edi.

Hoiiii.... panjang aku melalut. Sebenarnya bulan Februari ni berjujuk tarikh lahir dalam keluarga kecilku. Muaz 18 Feb, Abah dia 20 feb dan Aaisy 27 feb. Senang sikit kita makan kek sekali harung jah.

Tempah cheese cake dengan Cik Nor, sedap molek rasanya....

Muaz dah buat perangai dia. Nampak je ganas tapi dalam hati ada taman. 


Edisi mengada-ngada.... nak poton kek, tapi macam- macam karenah dia buat.


puas pujuk baru berjaya potong kek. Itu lah Muaz.....

Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...