Ahad, 21 Julai 2019

Seketul HATI

Susahkan jaga HATI orang.....

Orang pun tak jaga hati kita. Orang tak hargai pun penat lelah kita, orang tak nampak pun kita ni letih....

Yang dia nampak, kita tak pernah letihkan... Sebab apa, kita cuba kuat untuk dia... Tapi dia tak reti nak hargai....

Aku pun reti letih juga, tapi tak pernah nak merungut.... Ke nak tunggu aku jatuh koma dulu baru nak hargai.....

Aku tak akan 'memaksa' untuk hargai aku.... Cukup lah faham, aku ni manusia.... Bukan robot.... Jangan lupa, robot pun akan rosak juga kiranya digunakan berkali- kali.

Aku hanya meluahkan rasa hati... Aku cukup terasa, terkilan, sedih.... Sampai bila aku boleh pendam rasa hati ini....

Rabu, 3 Julai 2019

PERASAAN JIWA

Sebenarnya aku dah muak dengan semua ini...

Gagalkah aku menjadi seorang manusia yang baik?

Kenapa aku seorang dipersalahkan????

Belajar tinggi tapi akhlak ke laut... langsung aku tak respek. Pakaian bukan main litup, sayang teramat.... adab tidak seiring dengan ilmu yang dipelajari. Dimanakah silapnya?

Eh!!! tanya aku pulak... aku sekadar masuk menumpang dalam kehidupan korang... bila-bila masa aku berhak dihalau dari kehidupan korang... so!!! bergembiralah korang ye...

Orang akan nampak, aku yang buruk, hati busuk, segala macam yang tak baik... semua humban atas kepala aku kan... yang terbaik adalah korang... Ye lah pelajar terhormat katakan... aku ni sekadar belajar zaman jahiliah.... bahasa sopannya, entahlah !!!!!

Nampak sangat dari sikap korang perasaan benci, tak suka.... aku sekadar pemerhati... bila berhadapan dengan orang, pandai korang bermanis wajah kat orang lah... bukan kat aku... korang bukan suka aku pun... masa senang ni, berlagaklah secukupnya... jangan bila susah pandai cari aku.... aku pun ada hati pedal, segala macam korang buat... karma Allah itu ada....

Semua ni bukan aku pinta...

Dulu aku sekadar menumpang dan sudi menjadi tempat berteduh... tapi sikap dan suka mengambil kesempatan atas kemalasan yang bermaharajalela itu, aku cukup tak suka... heiiii, sapa suka pemalas... makan rajin, basuh pinggan sendiri malas... aku memang pantang manusia macam ni.... Cakap banyak pun tak guna, hati dah bebal, tak nak dengar nasihat, tak makan saman...

FULL STOP!!!! AKU MENYAMPAH

Jangan cari aku bila susah!!!!!

Isnin, 1 Julai 2019

KECEWA ITU TAK PERNAH JEMU

Kita sering meletakkan harapan kepada manusia sehingga kita lupa manusia bukan Tuhan. Kuasa manusia sangat terbatas. Sehingga kita alpa dan akhirnya kecewa.

Begitulah bila terlalu mengharapkan manusia, Allah timpakan rasa pedihnya sebuah pengharapan agar kita sedar siapa yang layak diharapkan.

Kita, pernah dipertemukan dengan orang yang salah. Orang yang kita terlalu harapkan. Sehingga dia dilebihi. Terlalu yakin dia adalah jodoh dan takdir tetapi sayang terlupa bahawa yang menentukan dan melaksanakan sebuah ketentuan adalah Allah.

Kita, pernah dipertemukan dengan orang yang salah supaya kita belajar menghargai orang yang benar-benar ikhlas. Berhentilah mengejar orang yang salah kerana makin dikejar makin derita. Segala harapan palsu sangat memeritkan.

Kita, pernah dipertemukan dengan orang yang salah kerana Allah mahu mendidik jiwa. Jiwa yang sedar bahawa pengharapan kepada manusia hanyalah sia-sia. Maka hapuskanlah kehendak dan harapan yang tidak berguna, gantikan dengan harapan yang pasti. Tidak sesekali merasa kecewa.

Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...