Isnin, 1 Julai 2019

KECEWA ITU TAK PERNAH JEMU

Kita sering meletakkan harapan kepada manusia sehingga kita lupa manusia bukan Tuhan. Kuasa manusia sangat terbatas. Sehingga kita alpa dan akhirnya kecewa.

Begitulah bila terlalu mengharapkan manusia, Allah timpakan rasa pedihnya sebuah pengharapan agar kita sedar siapa yang layak diharapkan.

Kita, pernah dipertemukan dengan orang yang salah. Orang yang kita terlalu harapkan. Sehingga dia dilebihi. Terlalu yakin dia adalah jodoh dan takdir tetapi sayang terlupa bahawa yang menentukan dan melaksanakan sebuah ketentuan adalah Allah.

Kita, pernah dipertemukan dengan orang yang salah supaya kita belajar menghargai orang yang benar-benar ikhlas. Berhentilah mengejar orang yang salah kerana makin dikejar makin derita. Segala harapan palsu sangat memeritkan.

Kita, pernah dipertemukan dengan orang yang salah kerana Allah mahu mendidik jiwa. Jiwa yang sedar bahawa pengharapan kepada manusia hanyalah sia-sia. Maka hapuskanlah kehendak dan harapan yang tidak berguna, gantikan dengan harapan yang pasti. Tidak sesekali merasa kecewa.

Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya

Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...