Sabtu, 29 Oktober 2016

Anugerah untuk ABAH

Cuti Deepavali tak pergi kemana pun, sebab tak rancang awal-awal... lagipun sekolah tahfiz tak cuti, so kita pakak mereput ramai-ramai kat rumah.

Yang istimewanya 29 Oktober, abah di jemput untuk menerima ANUGERAH KELUARGA CONTOH anjuran DUN Pasir Tumboh setelah menepati kritiria oleh pihak pengurusan Pembangunan Wanita dan Keluarga. Alhamdulillah, anak-anak abah ramai yang berjaya.

Ada dua keluarga lagi yang dapat anugerah, iaitu anugerah keluarga ibu tunggal berjaya dan anugerah keluarga kurang upaya. Tahniah untuk keluarga tersebut. Kagum dengan keluarga ibu tunggal tersebut. Anak 10 orang membesar tanpa ayah di sisi. Allahu Akbar... memang seorang ibu yang hebat.

Selesai majlis kami dijemput untuk menikmati hidangan makan tengahari di rumah YB DUN Pasir Tumboh. Emmm besar gila rumah dia... berkhidmat untuk diri sendiri ...


Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...