Isnin, 3 Oktober 2016

Jodoh rahsia Allah


Bercakap tentang jodoh, memang tak terjangkau dek akal. Jodoh aku untuk kali kedua datang begitu cepat. tanpa disangka jodoh orang dekat. 

Perkenalan aku dengan Abang Amad, rupa-rupanya hanya perantara aku dengan suami. Aku ingat Abang Amad yang nak cari jodoh untuk dia.

Abang Amad suka menyakat. Geram betul aku dengan perangainya.

Betullah, bila sampai seru, begitu cepat dan lancar urusannya. Alhamdulillah, hanya beberapa bulan selepas datang merisik kami disatukan.

Pada awalnya aku mencari lelaki 5 tahun beza dari aku. Aku 33 tahun dia sekitar umur 38 tahun dan Abang Amad tu berusia 38 tahun. Namun tak sangka jodoh yang Allah berikan kepada aku jauh beza usia dari aku. 12 tahun beza usia kami!!!!! Selalu aku bayang kan masa tu dia berusia 12 tahun dan aku masih baby...  dia berusia 24 tahun, dah matang untuk berumahtangga, aku masih kanak-kanak hingusan berusia 12 tahun. Aku baru akil baligh...hahahaha

Sampai ke saat ini, hampir 2 tahun kami melayari alam rumahtangga bersama.... Allah telah berikan aku yang terbaik. Allah telah gantikan apa yang aku perlukan saat aku pernah berduka dulu. Allah telah menghantar seseorang untuk merawat duka aku dulu. Allah telah hapuskan air mata yang sering aku tumpahkan. Aku telah penuhkan ruang hati aku dengan limpahan kasih sayang.

Terima kasih Ya Allah....

Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...