Rabu, 27 Mac 2019

Bukit Keluang, Besut

Perancangan awal nak bercuti ke Pulau Redang, tapi lambat booking, chalet dah penuh. Baru ni tanyakan mak Fetty Chalet kat Redang, Kakak dia ada buat pakej kat sana... tu lah, sepatutnya sebulan sebelum cuti dah cari chalet.... sekarang ni memang tak dapat lah.... Tak pelah, tak de rezeki.... lain kali kita pergi..

Perancangan akhir, kita pergi hiking je... Best juga tu!!! lama dah teringin nak panjat bukit... padahal tepi kampung aku ni ada jer bukit.... Bukit Marak, tak pernah pun nak panjat.....

Lepas solat subuh, 6.30 pagi kami bertolak ke Besut, pagi ni hujan turun pulak... camana ni nak buat aktiviti bakar-bakar.... Ah!!! kacau betul....

Sampai Bukit Keluang sekitar pukul 7.15... Fuh!!!! awal sampai.... puas hati lah datang awal, dapat cari tempat sesuai kami anak-beranak bentang tikar dan buka bekal masing-masing.

Kak na dan Chik bawa beehon goreng, ayam kampung gulai dan ayam perap. Ma bawa pekakas bakar dan puding roti. Aku pula tolong bawa kambing perap dan buah tembikai.

Selesai sarapan, lebih kurang pukul 9 pagi, kami mula mendaki..... yang kelakarnya kami tersalah naik... sepatutnya laluan bertangga tu laluan turun, oiiiii penat gila....tak habis panjat tangga dah terbit bunga-bunga penyesalan sebab penat... lama sangat dah tak panjat tangga wehhhh. Kat sekolah aku ni pun mana ada tangga. Satu-satunya sekolah sesuai untuk cikgu sakit lutut....

Anank-anak aku yang kecik tiga orang tu, dah lesap dalam bukit... Subhanallah... lasaknya... diorang berlari sambil panjat.... Aduh!!!! masalah betul.

Pantang selisih dengan orang, aku tanya "jauh lagi ke?" " jauh lagi"....

9.30 pagi kami sampai atas.... Subhanallah!!! Cantik sangat pemandangan laut dari atas... Yang menyesal tadi dah hilang, Syukur sangat berjaya juga sampai atas...

Sudah bergambar dan hilangkan penat, kami turun ikut laluan naik.... kan kalau tak lalu situ, tak tahu pula kesudahan bukit tu... nak sampai ke bawah tak jauh pin, lebih kurang 15 minit dah sampai kaki bukit.... cumanya dari kaki bukit nak ke pantai agak jauh nak jalan kaki... Habis tu nak baik apa? Kena jalan juga lah....

Turun bukit, kita bedal makan kambing bakar....

Aktiviti seterusnya, kami ber 21 orang naik bot dan banana bot ke pulau Rhu. Oh ya! pantai tempat kami berkelah tak boleh mandi, ombak besar, diorang pun dah pacak bendera merah sepanjang pantai....

Walaupun ombak besar, kami redah juga naik bot ke pulau.... Gerunnya Ya Allah, betapa cekalnya hati seorang nelayan mencari rezeki di tengah lautan. Aku ni jumpa ombak besar sikit pun dan menjerit. Suami aku senyap terus.... Hahahaha!!!!

Kami ditinggalkan di pulau tersebut, nanti nak balik, diorang suruh kami telefon. Kami mandi laut kat situ. Uisss banyak terumbu karang yang dah mati kat situ... jenuh budak-budak ni kutip letak tepi pantai.... kesudahannya tinggal kat situ juga... Ombak situ kuat sangat menarik dan menolak... seronok pula, cumanya air laut masin sangat... sakit tekak tertelan air laut.

Dah tengahari, bahang panas sangat... perut pun dah lapar.... beberapa kali cuba telefon ke pengurus bot tu, tapi tak berangkat... ayoyoyo... mati kering juga kami kat sini... Bila berangkat, katanya bot tadi rosak, nanti bot lain akan datang ambik kami... lama juga kami kena tunggu... oooo penat gini.

Hampir pukul 1 tengahari kami sampai ke pantai, terus terkam nasi.... semua senyap masa makan... lapar tahap apa ntah.... selesai makan, kami berkemas dan bertolak balik...

Percutian yang singkat tapi sangat meletihkan... peha aku tak usah cakap lah, tegang, sakit... TOLONGGGG!!!!!!


Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...