Jumaat, 5 April 2019

PERJALANAN HIDUP

Dalam hidup ini sahabat akan hadir silih berganti. Tanpa kita sedar kehadiran mereka itu bukan untuk suka-suka, tetapi itu adalah sebahagian daripada aturan Allah untuk hidup kita.

Hidup ini sebenarnya adalah sebuah perjalanan yang sangat misteri... sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku esok dan di masa depan kita.

Tapi itulah hakikat erti sebuah kehidupan kita sebagai Hamba Allah yang kerdil. Alah dah tetapkan semuanya dengan cantik untuk kita. Tapi kadang kita terlupa bahawa setiap apa yang berlaku dalam hidup kita bersebab.

Hasil carian imej untuk danbo menangis


Kita perlu sabar dan percaya dengan percaturan Allah. Letakkan Allah yang pertama sekali saat kita rapuh untuk ujian yang DIA turunkan...

Bersejudlah, ceritakan segalanya pada DIA.... sebab DIA sentiasa mendengar rintihan hambanya.

Ingat!!!! ALLAH tu baik.

Jangan kita jadi seperti awan kelabu yang tidak pernah menyalahkan senja kerana menutupi keindahannya, kerana awan kelabu menerima ketentuan takdir dirinya dengan redha.

Tika ini, saat hidup aku diuji... aku menangis, menyalahkan diri, putus harapan....

Allah!!!!
Bantulah aku bangkit dengan kekuatan baru,
Lepaskan semua beban yang aku tanggung
KAU lebih mengerti hati aku....

Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...