Jumaat, 26 April 2019

T A B A H

Pokok tak pernah membenci angin.... begitu juga kita jangan membenci takdir saat dugaan itu hadir. Tetap tersenyum biarpun ia terlalu sakit ditelan. Datangnya ujian bukan saja-saja.

Ujian yang datang membuatkan kita lebih matang dalam kehidupan. Kadang yang melukai kita hari ini, sebenarnya bakal membahagiakan kita di masa akan datang.

Bangkit dari sedih itu, lalu.... berlarilah semula. Dunia ini penuh warna warni, usah kita kelabukan ia.....

Imej yang berkaitan


Bangkit dan terus berlari, kerana luka itu di hati bukan di kaki. Tetaplah senyum agar luka itu perlahan-lahan sembuh dengan sebuah keikhlasan dihati.

Usah khuatir, kerana setiap ujian yang kita hadapi itu ada hikmatnya tersendiri. Carilah kekuatan dalam sujudmu. Jangan terus rasa dunia sedang menghukum dirimu. Jadikan hatimu redha dalam setiap ketentuan.

A L L A H kan ada!!!!

Allah itu sentiasa ada!!! Allah sebenarnya sedang melindungi kita.

Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...