Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untuk melihat sejauh mana kita menyelesaikannya. Adakah kita menjadi seorang merintih masalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?
Istighfar itu diungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah. Kadang ia dilafazkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa.
"Astaghfirullahal-ladzi la ilaha illa huwal-hayyul qayyum wa atubu ilaih", bermaksud, " Aku memohon ampun kepada Allah, YAng tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus, dan aku bertaubat kepada-Nya"

Ibnu Taimiyah sendiri berkata "Saat ada masalah yang amat pelik dan rumit, yang membuatkan aku berasa buntu, maka aku akan beristighfar kepada Allah sebanyak 1000 kali atau lebih kurang, sampai Allah bukakan dan pecahkan masalah untukku".
Ada kisah yang dipetik daripada kitab Tafsir al-Maraghi, hasil tulisan ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi. Kisah mengenai tabi'in bernama Hasan al-Basri. Beliau sering didatangi segenap lapisan masyarakat bertanyakan hukum agama dan meminta nasihat.
Satu hari, seorang lelaki datang mengadu kepadanya kerana masalah kelaparan. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, "Istighfarlah kepada Allah."
Kemudian beliau didatangi seorang mengadu masalah ketiadaan zuriat. Beliau menjawab, "Istighfarlah kepada Allah."
Kemudian datang seorang lelaki mengadu kebunnya kekeringan kerana musim kemarau. Baliau dengan penuh hikmah menjawab, "Beristighfarlah kepada Allah."
Jawapan Hasan al-Basri menghairankan masyarakat sekitarnya. Salah seorang daripada penduduk itu bertanya, "Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai masalah, tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua untuk melafazkan istighfar."
Hassan al_Basri menjawab, "Aku sama sekali tidak megatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman seperti itu."
Firman Allah yang bermaksud oleh Hasan adalah Surah Nuh ayat 10-12. Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka." (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Kesimpulannya, apa sahaja masalah yang datang, "halau" ia dengan istighfar dengan membawa hati kembali kepada Ilahi, masalah akan pergi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan