Tengah scroll FB anak beranak sana, tetiba tengok gambar tu yang ditag pada salah seorang adik beradik dia.... Eh! dah jadi Iman masjid...
Kesudahannya, semua keluarga dia buang aku. Habis cerita...
Aku bukan apa, dulu dia pernah cakap, bapak dia meninggal baru dia dapat naik masjid tu... dah jadi realiti pun. Aku yang pernah mengenali "dia" kurang bersetuju. Berselindung di balik jubah putih dia tu. Huh!!! apa kuasa aku? Ah!!! layan lah.... orang cakap "ikut mu lah" Lagipun kat kampung tu, dia lah yang menjadi kebanggaan penduduk kampung...
Orang tak nampak hati seseorang, aku yakin orang kampung anggap aku yang bermasalah dalam rumahtangga dulu... ada aku kisah!!!! bagi aku, perceraian adalah satu nikmat besar dalam hidup aku. Cukup lah segala perit yang aku tanggung. Tuhan pertemukan aku dengan dia sekadar untuk menguji aku...
Orang sekeliling tak pernah rasa apa yang aku tanggung. Cukup perit bagi aku, walaupun tiada sedikit pun penderaan fizikal... tapi luka dalam hati aku tak pernah sembuh. Biarlah aku pergi tanpa pujuk rayu lagi... Aku cukup BAHAGIA kini....
![]() |
Imam |
Kesudahannya, semua keluarga dia buang aku. Habis cerita...
Salahkah aku keluar dari rasa sakit hati... Aku pun ada hak!!!! mentang-mentang lah kau dapatkan aku cara hina, suka hati kau je nak layan aku macamana?
Eh! kenapa aku timbulkan isu ni..... setidaknya aku mahu lupakan terus tentang dia.
Mengenalinya.....
Satu kesilapan besar dalam hidup aku...
Satu kehinaan yang aku terpaksa terima...
Biarkan aku terus memburu CINTA dunia aku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan