Ahad, 31 Ogos 2014

Bicara bisu

Andai aku punyai kudrat untuk melakar sendiri segala keinginan isi hati, sudah pasti akan aku lakarkan di dada langit. Biar semua orang tahu apa yang aku impikan, apa yang aku rasakan, apa yang aku fikirkan selama ini. Namun, semua itu hanya angan-angan yang mampu aku lakarkan di sini. Itulah kenyataan hidup yang harus aku terima.

 ~Jika hatimu terkoyak kerana kasih yang tidak kesampaian, USAHLAH diratah kesedihanmu KERANA luka di hatimu itu masih boleh dijahit dengan benang2 kesabaran~

 ~Buat apa bersedih jika kesedihan itu hanya membuatkan dirimu terluka, derita malah terhumban ke lembah kemurungan. Lebih elok jika kau lontarkan sahaja kesedihan itu jauh dari dalam hidupmu KERANA jalan itu pasti akan membuat hidupmu lebih bahagia~

~Kehilangan orang yang tersayang adalah umpama hilangnya sebutir bintang di langit.  Oleh itu usahlah bersedih atas kehilangan dirinya kerana masih banyak lagi bintang yang dapat menerangi hidupmu walaupun kerdipannya tidak akan pernah sama~



Si Dia...

 

Aku hormati keputusannya..  
Entah perasaan apa yang aku rasakan
  Sangat Perit Menyimpan luka

Sampai saat ini Aku memulihkan rasa di hatiku

Kau yang pernah ada di hatiku
terpaksa aku lepaskan walaupun hati aku yang terluka
  aku mencuba merawati hati lukaku sendiri  
aku yakin boleh,
 aku boleh melakukannya

Sampai saat ini Aku merawat pedih di hatiku
***

Nak cerita apa ye kat sini, emmm.... kisah sepasang kekasih yang awalnya saling mencintai, tapi ketulusan cinta itu terhalang...  Ya, lelaki itu terpaksa menjalinkan hubungan halal dengan wanita lain, dia terpaksa mengkhianati cinta sang kekasih yang mengharap dalam diam, hanya untuk memuaskan kehendak orang lain.

Terluka? Pasti jelas, kekasihnya terluka, hatinya pasti ngilu, antara sakit dan kecewa, mengharap orang yang dicintai dan menerima dia apa adanya harus melihat kenyataanya bahwa lelaki itu menjadi milik orang lain.

Lalu sang kekasih itu mencuba untuk bangkit "mencuba merawat lukaku sendiri, aku yakin boleh, aku boleh tanpamu" kehidupan ini masih panjang untuk menikmati sisa-sisa hidupnya, bukan seperti dia yang mengkhinti cinta ku. "Demi aku yang ada di hatimu, pergi saja dengan pilihanmu, dan aku yang terluka oleh hatimu". Tuhan tahu apa yang terbaik untuk ku... tuhan tahu apa yang aku perlukan.., Ya, aku perlukan kasih sayang, bukan harta segunung... jangan umpan aku dengan harta.
“Aku boleh hidup tanpamu!” Ya… kata-kata inilah yang memujuk hati aku. Banyak orang yang terlalu mencintai seseorang dan saat menerima kenyataan bahawa cinta mereka tak berjodoh, bila iman tak kuat yang ada adalah stress, gila, bahkan cara yang tidak terhormat iaitu bunuh diri! Astagfirullah.. semoga kita dijauhkan dari hal-hal yang mendekatkan diri ke neraka.

Berani jatuh hati harus berani juga patah hati. Tetap semangat dan hidup tidak akan berakhir sampai di sini, karena cinta sejati kita adalah cinta pada-Nya, Tuhan yang menciptakan kita, hidup dan mati kita hanya untuk-Nya :(
Terima kasih awak, saya sayang awak.. tapi awak tinggalkan saya juga akhirnya... saya sedih awak buat saya macam ni.,.

Pulangkan

Awak... (panggilan mesra suatu ketika dulu)...

 Awak, tolong kembalikan hati saya yang awak ambil dulu. Saya nak simpan dan rawat hati saya sendiri. Saya bukan tuduh awak tak pandai jaga hati yang saya berikan dulu. Saya akur dengan apa yang terjadi.

Awak, hati awak ni, saya nak pulangkan semula kat awak. Awak serahkanlah pada yang berhak. Saya rasa tak berhak menyimpannya lagi. Awak, ambiklah hati awak ni, jangan lupa pulangkan hati saya sekali. Saya nak basuh hati saya tu dengan air mata saya ni... saya tak nak bazirkan air mata ni mengalir begitu sahaja. Biarlah ianya digunakan untuk menyucikan luka-luka dihati tu.

 Awak, akhirnya terjawab juga teka teki perhubungan kita ni. Awak, saya yang terluka.. saya menangis keseorangan bila impian saya tidak kesampaian. Saya tahu, hati awak pun ada lukanya, saya harap orang tu dapat rawat luka awak....

Awak, hari ni saya nak tarik nafas panjang-panjang...dan hembuskan perlahan-lahan sambil pejamkan mata... biarkan segala kenangan manis kita bersama dulu pergi bersama angin...

 Awak... jangan salahkan takdir. Itulah yang terbaik untuk awak dan itu juga yang terbaik untuk saya. Walaupun saya impikan lebih dari itu. Andai suatu hari nanti masih ada ruang untuk kita bersama, saya harap pertemuan itu lebih indah dari yang pernah kita lalui...

30 ogos

Berakhirnya sebuah perhubungan... Ya Allah bahagiakan lah dia, rahmati rumahtangganya... redhakanlah hati ini menerima ketentuan mu. Berat dan pedih hati ini menerima perkhabaran darinya... namun aku suka sikap terus terangnya. Dia tak bohongi aku...

 YA ALLAH, hiasilah wajahku dengan senyuman, jangan kerana dugaan ini kau biarkan aku terus bermuram. Berilah aku sinar kebahagian. Luputkanlah ingatan aku padanya. Ya Allah, dosa apakah yang memisahkan aku dan dia..


Walaupun untuk sementara kita sempat bersama.... namun kenangan itu terlalu manis untuk aku kenang... aku tak sanggup kengimbas kembali kenangan itu... Ya Illahi.... lepaskan lah beban yang bersarat dalam hati ini.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Jom repair mata....

Akhirnya....
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Bukan main lagi aku takut, padahal sikit pun tak rasa sakit..... Alhamdulillah keinginan aku dari dulu lagi menjadi kenyataan. Sukanya hati aku... lepas ni tiada lagi perkataan rimas, tiada lagi rasa serabut kerana benda alah tu... dan yang penting, bila pakai þudung mesti menjadi punya.... ngengenge... boleh la aku menjinak dengan tudung Akel...

Sepatutnya awal pagi 8.30 aku mesti ada kt klinik, tapi apa boleh aku buat,  aku ni menumpang rumah orang, aku kena ikut rentak orang... so, lambat juga lah aku sampai kat klinik... emmm dengan jalan entah mana-mana  yang aku lalu...sampai ke klinik pukul 9.00 pagi... isk, 2,3 kali aku ulang alik ke tandas... seram... ngeri...

Sementara menunggu giliran aku, Ya Allah, bukan main sejuk lagi bilik menunggu tu, sempat aku terbersin berkali-kali.... mungkin bersin aku tu kuat sangat, sehinggakan nurse yang bertugas panggil aku suruh masuk bilik kebal... hahaha..bukan kebal apa pun, cuma bilik tu panas sikit....

 Bling...bling..bling, 10 minit dah siap... sekejap nyer... tak puas rasa... hahaha (gelak jahat), tapikan, masa rawatan dijalankan doktor selalu panggil aku, rimas pulak aku nak menyahut... "adik, sakit tak?" aKu tak sakit, aku diam je... tapi doktor panggil-panggil lagi aku... huh... "adik, jangan gerak badan ye... " kau tak tahu, aku bukan main kejap lagi peluk bantal.... oh ya! Masa baring tu, dia ada bagi satu bantal untuk dipeluk, pastu diselimutkan dengan blanket bulu tebal... best nyer...rasa macam nak baring lama-lama kat situ.

Hasilnya, keluar je dari bilik rawatan, mata aku kabur-kabur, memang tak jelas apa yang aku lihat.... nurse suruh rehat sekejap, tapi aku minta nak balik terus.... Jom kita tidur........

Rabu, 27 Ogos 2014

Dari buah hati

Tak ada mood nak karang entry... tunggu la bila semua sudah selesai



 Danbo yang aku suka... nge nge nge. Si Dia pandai cari benda yang aku suka... thanks a lot




Sepintas lalu






Jumaat, 22 Ogos 2014

Titik noktah

Akhirnya, inilah ketentuan yang Allah tetapkan. Memang antara kami tiada jodoh untuk bersama. Alhamdulillah, walaupun perit untuk aku telan, tapi aku yakin Allah telah aturkan yang terbaik untuk kami berdua. Insyallah doa kebahagiaan sentiasa mengiringi hidup kalian... doakan kebahagian aku juga. Perkenalan yang singkat ini, banyak hikmahnya jika hendak dihitung. Semua ini aturan Allah, siapalah kita untuk persoalkan. 

Kadang aku terfikir? Adakah betul perjalanan hidup yang pernah diceritakan? Aku bukan lah kenal sangat dia tu. Banyak ruang yang boleh dia tipu aku. Mungkin juga!!!!

Tempoh lima tahun agak lama. Kenapa baru sekarang terhegeh-hegeh nak cari pengganti?. Kenapa tidak setahun lepas berpisah?. Kenapa bila dia menyuarakan hasrat hati, semua yang lain macam meroyan? Ni mesti ada benda yang dia tak berterus-terang.

Kau percaya tak dia cakap, seorang perempuan telah mengajaknya ke hotel... dan terjadi adengan seterusnya... habis kau tu lelaki, tak de kudrat ke nak pertahankan atau kau tu seorang yang lurus bendul @ BODOH.

Hati aku? memang akan cakap kau tu memang tak layak pun untuk aku. Tak de kuasa veto langsung. Orang tu nak, kau bagi je eh... pastu bercakap bukan main menipu lagi. Haktuiiiiii

Dahlah, malas aku nak layan PENIPU

Selasa, 19 Ogos 2014

Cinta kami

Rasanya sudah berapa kali aku dan dia mengambil keputusan untuk berpisah, tapi sehingga kini kami masih terus bersama menyulam rasa hati .... padahal banyak halangan yang perlu kami hadapi. Sehingga ke hari ini, jodoh kami masih bersama. Segala memori yang kulewati bersamanya akan ku lakarkan di sini, mercu tanda cinta kami pernah bersemi. Pertemuan kali pertama membawa kenangan paling manis buatku. Aku seperti tidak percaya yang aku sudah jatuh hati pada si dia.

Mengapa cinta tidak berpihak padaku. Mengapa ada halangan untuk kita bersatu. Mungkin kah kau bukan jodoh buat ku, bukan jua takdir buat ku... berterus terang lah Wahai Alam... aku mengharapkan dia jodoh untuk ku. tidak henti aku mengharap dia jodoh buatku. Aku tetap menunggunya.

Dia bukan sekadar teman biasa, mengenalinya membuat aku mampu tersenyum. Apa yang aku kesalkan, perhubungan ini selalu diduga, seolah-olah ada yang tak merestu kita bersama. Ya Allah, kau jadikanlah dia cinta terakhir ku.  Mungkinkah cinta kita terputus di tengah jalan... mungkinkan telerai tanpa ikatan.... Namun, segalanya ketentuan Mu. Usah ragu dengan ketentuan.

Ahad, 17 Ogos 2014

Bagaimana kesudahannya?

Buntu aku nak fikir, macamana aku nak pujuk hati orang lain yang dah tak percaya dengan pilihan aku ni... kesilapan tak kan selalu berulang dalam hidup seseorang, tapi kenapa hukum aku sampai macam ni. Padahal ni melibatkan hidup aku dan masa depan aku. Kenapa tak ada sedikit pun ruang untuk berbincang. Aku betul-betul rasa dipaksa. Bagaimana kehidupan aku seterusnya, seolah-olah memperjudikan nasib. Bolehkah aku mengikut rentak hidupnya... Dapatkah aku menerimanya dengan sepenuh hati.

Tak ada debaran yang bertamu di hati ini.... Maafkan aku 

Jumaat, 15 Ogos 2014

Aku tunggu..



Ya Allah .. aku letih dengan apa yang berlaku… aku letih menghitung setiap harapan.. Adakah setiap apa yang berlaku adalah apa yang engkau inginkan… sedangkan aku ini hanya makhluk lemah yang mampu berusaha. Aku tidak tahu sekuat mana aku mampu bertahan… kerana cinta yang aku kejar sukar untuk digapai…


Kerana cinta aku kuatkan hati. Hari demi hari hanya pada Mu aku meminta. Kerana aku tahu Cinta ini pemberian dan anugerah dari Mu. Aku mohon agar engkau pertahankan hubungan kami, jodohkanlah kami. Aku sedar aku tidak dapat melawan takdir. Tapi aku hanya mampu berusaha berdoa dan meminta..

Ya Allah, aku sangat sedih… bukan kerana aku tidak dapat menjaga cinta, tapi aku berada dalam kalangan orang-orang yang menghancurkan cintaku. Redhakah aku? Jadilah aku sang perindu yang mendambakan cinta. Aku sendiri tidak tahu apakah ini ujian atau petunjuk bahawa kami tidak ditakdirkan? Tapi aku tetap yakin dengan doa, biarpun doa itu Cuma datang dariku. Aku tetap yakin Engkau mendengarnya… Doaku untuk bersamanya…. Malah, Engkau datangkan aku ujian silih berganti… Agar aku menetapkan hati dan perasaanku pada dia. Ya Allah, Engkau kuatkanlah cintaku mencintai seseorang yang aku cintai keranaMu.. Biarpun dia manusia biasa sepertiku, namun cinta yang kudamba mendapat berkatMu Ya Allah.

Kadangkala hati ini rapuh, mudah berserah pada takdir… Sebenarnya RahmatMu, meliputi langit dan bumi… Aku Redha… Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan. Tetapi aku hanya mampu terus memohon pada Mu.. Sejauh mana ianya terhalang… selama mana ianya bertahan… aku berserah. Seorang ibu mungkin tak dapat fahami hati anaknya merindui sang kekasih… Hanya Allah yang memahami segalanya. Aku berdoa dan meminta, satukanlah hati kami ini dalam rahmatMu. Berkatilah dan hadirkanlah cinta ini selamanya..
 

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...