Ahad, 31 Ogos 2014

Bicara bisu

Andai aku punyai kudrat untuk melakar sendiri segala keinginan isi hati, sudah pasti akan aku lakarkan di dada langit. Biar semua orang tahu apa yang aku impikan, apa yang aku rasakan, apa yang aku fikirkan selama ini. Namun, semua itu hanya angan-angan yang mampu aku lakarkan di sini. Itulah kenyataan hidup yang harus aku terima.

 ~Jika hatimu terkoyak kerana kasih yang tidak kesampaian, USAHLAH diratah kesedihanmu KERANA luka di hatimu itu masih boleh dijahit dengan benang2 kesabaran~

 ~Buat apa bersedih jika kesedihan itu hanya membuatkan dirimu terluka, derita malah terhumban ke lembah kemurungan. Lebih elok jika kau lontarkan sahaja kesedihan itu jauh dari dalam hidupmu KERANA jalan itu pasti akan membuat hidupmu lebih bahagia~

~Kehilangan orang yang tersayang adalah umpama hilangnya sebutir bintang di langit.  Oleh itu usahlah bersedih atas kehilangan dirinya kerana masih banyak lagi bintang yang dapat menerangi hidupmu walaupun kerdipannya tidak akan pernah sama~



Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...