Ahad, 31 Ogos 2014

Pulangkan

Awak... (panggilan mesra suatu ketika dulu)...

 Awak, tolong kembalikan hati saya yang awak ambil dulu. Saya nak simpan dan rawat hati saya sendiri. Saya bukan tuduh awak tak pandai jaga hati yang saya berikan dulu. Saya akur dengan apa yang terjadi.

Awak, hati awak ni, saya nak pulangkan semula kat awak. Awak serahkanlah pada yang berhak. Saya rasa tak berhak menyimpannya lagi. Awak, ambiklah hati awak ni, jangan lupa pulangkan hati saya sekali. Saya nak basuh hati saya tu dengan air mata saya ni... saya tak nak bazirkan air mata ni mengalir begitu sahaja. Biarlah ianya digunakan untuk menyucikan luka-luka dihati tu.

 Awak, akhirnya terjawab juga teka teki perhubungan kita ni. Awak, saya yang terluka.. saya menangis keseorangan bila impian saya tidak kesampaian. Saya tahu, hati awak pun ada lukanya, saya harap orang tu dapat rawat luka awak....

Awak, hari ni saya nak tarik nafas panjang-panjang...dan hembuskan perlahan-lahan sambil pejamkan mata... biarkan segala kenangan manis kita bersama dulu pergi bersama angin...

 Awak... jangan salahkan takdir. Itulah yang terbaik untuk awak dan itu juga yang terbaik untuk saya. Walaupun saya impikan lebih dari itu. Andai suatu hari nanti masih ada ruang untuk kita bersama, saya harap pertemuan itu lebih indah dari yang pernah kita lalui...

Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...