Jumaat, 15 Ogos 2014

Aku tunggu..



Ya Allah .. aku letih dengan apa yang berlaku… aku letih menghitung setiap harapan.. Adakah setiap apa yang berlaku adalah apa yang engkau inginkan… sedangkan aku ini hanya makhluk lemah yang mampu berusaha. Aku tidak tahu sekuat mana aku mampu bertahan… kerana cinta yang aku kejar sukar untuk digapai…


Kerana cinta aku kuatkan hati. Hari demi hari hanya pada Mu aku meminta. Kerana aku tahu Cinta ini pemberian dan anugerah dari Mu. Aku mohon agar engkau pertahankan hubungan kami, jodohkanlah kami. Aku sedar aku tidak dapat melawan takdir. Tapi aku hanya mampu berusaha berdoa dan meminta..

Ya Allah, aku sangat sedih… bukan kerana aku tidak dapat menjaga cinta, tapi aku berada dalam kalangan orang-orang yang menghancurkan cintaku. Redhakah aku? Jadilah aku sang perindu yang mendambakan cinta. Aku sendiri tidak tahu apakah ini ujian atau petunjuk bahawa kami tidak ditakdirkan? Tapi aku tetap yakin dengan doa, biarpun doa itu Cuma datang dariku. Aku tetap yakin Engkau mendengarnya… Doaku untuk bersamanya…. Malah, Engkau datangkan aku ujian silih berganti… Agar aku menetapkan hati dan perasaanku pada dia. Ya Allah, Engkau kuatkanlah cintaku mencintai seseorang yang aku cintai keranaMu.. Biarpun dia manusia biasa sepertiku, namun cinta yang kudamba mendapat berkatMu Ya Allah.

Kadangkala hati ini rapuh, mudah berserah pada takdir… Sebenarnya RahmatMu, meliputi langit dan bumi… Aku Redha… Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan. Tetapi aku hanya mampu terus memohon pada Mu.. Sejauh mana ianya terhalang… selama mana ianya bertahan… aku berserah. Seorang ibu mungkin tak dapat fahami hati anaknya merindui sang kekasih… Hanya Allah yang memahami segalanya. Aku berdoa dan meminta, satukanlah hati kami ini dalam rahmatMu. Berkatilah dan hadirkanlah cinta ini selamanya..
 

Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...