Ahad, 28 April 2019

ISTIGHFAR

Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untuk melihat sejauh mana kita menyelesaikannya. Adakah kita menjadi seorang merintih masalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?


Istighfar itu diungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah. Kadang ia dilafazkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa.

"Astaghfirullahal-ladzi la ilaha illa huwal-hayyul qayyum wa atubu ilaih", bermaksud, " Aku memohon ampun kepada Allah, YAng tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus, dan aku bertaubat kepada-Nya"

Ibnu Taimiyah sendiri berkata "Saat ada masalah yang amat pelik dan rumit, yang membuatkan aku berasa buntu, maka aku akan beristighfar kepada Allah sebanyak 1000 kali atau lebih kurang, sampai Allah bukakan dan pecahkan masalah untukku".

Ada kisah yang dipetik daripada kitab Tafsir al-Maraghi, hasil tulisan ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi. Kisah mengenai tabi'in bernama Hasan al-Basri. Beliau sering didatangi segenap lapisan masyarakat bertanyakan hukum agama dan meminta nasihat.

Satu hari, seorang lelaki datang mengadu kepadanya kerana masalah kelaparan. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, "Istighfarlah kepada Allah."

Kemudian beliau didatangi seorang mengadu masalah ketiadaan zuriat. Beliau menjawab, "Istighfarlah kepada Allah."
Kemudian datang seorang lelaki mengadu kebunnya kekeringan kerana musim kemarau. Baliau dengan penuh hikmah menjawab, "Beristighfarlah kepada Allah."

Jawapan Hasan al-Basri menghairankan masyarakat sekitarnya. Salah seorang daripada penduduk itu bertanya, "Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai masalah, tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua untuk melafazkan istighfar."

Hassan al_Basri menjawab, "Aku sama sekali tidak megatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman seperti itu."

Firman Allah yang bermaksud oleh Hasan adalah Surah Nuh ayat 10-12. Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka." (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Kesimpulannya, apa sahaja masalah yang datang, "halau" ia dengan istighfar dengan membawa hati kembali kepada Ilahi, masalah akan pergi.

Rahsia itu

Aku tak tahu ianya bermula dari mana... aku tak nak menuduh, walau hakikatnya manusia ni nampak baik, tetapi tak boleh dipercayai....

Itu kata dia... bila difikir semula.... kenapa ye dia request friend dengan aku, tak bertegur sapa hanya memerhati dari jauh....

Cerita lagi ni....

Bila gambar kahwin aku masuk dalam FB, dia mula PM aku

" Aik, dah kawin? Lama dah ke putus dengan yang dulu?"

Aku jawab seadanya... Huh! Message tu aku dah delete...

Tup!tup! aku perasan dia dah hilang dari radar....

Persoalannya, kenapa dia menghilang sekaligus remove aku dari friend list dia? ke memang dia nak tengok kehancuran hidup aku.... Yang aku ni memang tak pernah update tentang kisah suka duka aku dalam FB...

Kalau betul dia macam tu, memang kejam lah... Entahlah, hati manusia mana boleh teka... lagipun manusia yang tidur sekatil sanggup melukakan hati kita, inikan pula orang yang kita tak kenal isi hati nya... Pakaian dan sikap boleh dilakonkan untuk mengaburi mata orang....


Hasil carian imej untuk danbo sedih


Biarlah.... Allah pandang aku kan? Allah tahukan aku sedih? ....
Rawatlah hati aku ni dengan Rahmat kasih sayang mu....
Berikan aku khabar gembira agar aku lebih bersyukur pada mu....

Jumaat, 26 April 2019

T A B A H

Pokok tak pernah membenci angin.... begitu juga kita jangan membenci takdir saat dugaan itu hadir. Tetap tersenyum biarpun ia terlalu sakit ditelan. Datangnya ujian bukan saja-saja.

Ujian yang datang membuatkan kita lebih matang dalam kehidupan. Kadang yang melukai kita hari ini, sebenarnya bakal membahagiakan kita di masa akan datang.

Bangkit dari sedih itu, lalu.... berlarilah semula. Dunia ini penuh warna warni, usah kita kelabukan ia.....

Imej yang berkaitan


Bangkit dan terus berlari, kerana luka itu di hati bukan di kaki. Tetaplah senyum agar luka itu perlahan-lahan sembuh dengan sebuah keikhlasan dihati.

Usah khuatir, kerana setiap ujian yang kita hadapi itu ada hikmatnya tersendiri. Carilah kekuatan dalam sujudmu. Jangan terus rasa dunia sedang menghukum dirimu. Jadikan hatimu redha dalam setiap ketentuan.

A L L A H kan ada!!!!

Allah itu sentiasa ada!!! Allah sebenarnya sedang melindungi kita.

Khamis, 25 April 2019

Majlis Solat Hajat kali ke 2

Sebelum solat hajat, majlis bacaan Yasin melibatkan semua murid tahun 1-6.


Hasil tangkapan curi... nampak mesra je Antar Qhaliff duduk bersandar kat guru besar... Comel pulak...


Guru besar jadi imam.

Amin, amin Ya Rabbal Alamin...


Sesi membebel kejap...


Penyelaras UPSR 2019...


* Aku!! tukang ambik gambar je.

Sabtu, 20 April 2019

M E N C A R I K E T E N A N G A N

Bila serabut, mulalah cari ALLAH...

Terkadang dalam hidup ini kesedihan cuma sementara.... kesedihan mengajar kita mencari kekuatan dalam meneruskan segalanya.

Mencari ketenangan ni bukan dengan cara "PERGI' tetapi dengan "KEMBALI"...

Kembalilah ke dalam dirimu, Carilah dimana ALLAH di hatimu... Sesungguhnya ketenangan ada disitu. Ketenangan itu ada padaNya

Jom!!! Kita serahkan segala luahan, takdir dalam ketentuanNya...

Ketenangan itu dapat dirasa dalam pelbagai bentuk...
Adakalanya selepas dari solat...
Ada juga dapat dirasakan selepas membaca Al-Quran..
Ada pula selepas dari berbuat kebaikan...
Dan ada yang dapat merasakan saat selepas menitiskan air mata kesakitan....

Hasil carian imej untuk danbo menangis

Jika menangis itu dapat memberikan ketenangan dan kedamaian di hati....

MENANGISLAH...

Semoga air mata itu ada nilainya disisi ALLAH swt....


"Gelap tak selalunya buruk,
Terang tak selalunya indah"

Jumaat, 19 April 2019

A K U P E N D O S A

Aku hanya manusia biasa, yang tak sempurna dan sering buat dosa atas kelalaian sendiri....

Malunya aku padamu RABB...

Hinanya aku yang menyangka selama ini aku sudah penuh dengan ilmu, Rupanya...... aku cuma si kosong yang bangga dengan diri sendiri...

Maafkan aku yang kerdil ini.... Izinkan aku mencari jalan pulang untukku baiki satu persatu salah silapku dulu. Untukku menyempurnakan kisah hidupku sebelum bertemu denganMU.

Maafkan aku atas kelalaian aku disaat aku mengejar kenikmatan dunia. Sedarkan aku akan nikmatnya Syurga dengan derita dunia.

Imej yang berkaitan

Rabu, 17 April 2019

Dia jadi Imam?

Tengah scroll FB anak beranak sana, tetiba tengok gambar tu yang ditag pada salah seorang adik beradik dia.... Eh! dah jadi Iman masjid...

Aku bukan apa, dulu dia pernah cakap, bapak dia meninggal baru dia dapat naik masjid tu... dah jadi realiti pun. Aku yang pernah mengenali "dia" kurang bersetuju. Berselindung di balik jubah putih dia tu. Huh!!! apa kuasa aku? Ah!!! layan lah.... orang cakap "ikut mu lah" Lagipun kat kampung tu, dia lah yang menjadi kebanggaan penduduk kampung... 

Orang tak nampak hati seseorang, aku yakin orang kampung anggap aku yang bermasalah dalam rumahtangga dulu... ada aku kisah!!!! bagi aku, perceraian adalah satu nikmat besar dalam hidup aku. Cukup lah segala perit yang aku tanggung. Tuhan pertemukan aku dengan dia sekadar untuk menguji aku... 

Orang sekeliling tak pernah rasa apa yang aku tanggung. Cukup perit bagi aku, walaupun tiada sedikit pun penderaan fizikal... tapi luka dalam hati aku tak pernah sembuh. Biarlah aku pergi tanpa pujuk rayu lagi... Aku cukup BAHAGIA kini....

Imam

Kesudahannya, semua keluarga dia buang aku. Habis cerita...

Salahkah aku keluar dari rasa sakit hati... Aku pun ada hak!!!! mentang-mentang lah kau dapatkan aku cara hina, suka hati kau je nak layan aku macamana?

Eh! kenapa aku timbulkan isu ni..... setidaknya aku mahu lupakan terus tentang dia. 
Mengenalinya.....
Satu kesilapan besar dalam hidup aku...
Satu kehinaan yang aku terpaksa terima...

Biarkan aku terus memburu CINTA dunia aku....


Isnin, 15 April 2019

Majlis Kahwin Anak Sedara

Sejujurnya aku tak kenal pun anak-anak Pok Leh a. k. a Abe Leh. Pok Leh tu panggilan anak-anak aku... aku ni pangkat adik ipar dia je kot.

Sebelum ni, aku pernah tengok anak Pok Leh dalam FB... Masa tu anak dia terima Ijazah kat Bangkok.

Pok Leh jemput kami sekeluarga ke majlis kahwin anak sulungnya pada 14 April.... Tarikh tu kena pula dengan temujanji Aaisyah kat Hospital Pakar... Kot-kot mana pun tarikh 14 April tu aku kena mohon Cuti Rehat Khas. 

Sebelum mohon cuti tu, aku cuba hubungi pihak hospital dulu untuk dapatkan tarikh temujanji yang baru... Huh!!! bulan Mei nuh ada kosong... Tapi hujung-hujung persekolah dalam bulan puasa... Redah je lah nanti...

Kami bertolak ke Boketa pagi sabtu... majlisnya hari ahad... Maknanya selepas majlis kami kena bertolak balik terus sebab esok tu aku masuk kerja dah... kelam kabut sungguh la.... 

Tengahari kami sampai sana, cuaca sangat panas, berpeluh-peluh badan ni.... nak mandi beria air telaga kurang.... so, lepas makan aku tido dalam kepanasan..... 

Malam tu aku hanya tolong Sunah buat agar-agar keladi dan agar-agar pandan.... Salute lah Sunah masak.... main hentam je masukkan itu ini... tup, tup siap!!!! ko ade?


Orang sana panggil pelamin ni "tema"

Pengantin Lelaki dah sampai untuk majlis akad nikah

Duit hantaran lebih kurang 30k Ringgit Malaysia... Wow!!!! manyak giler

Sesi pegang-pegang... hikhikhik....
Teringat pula masa aku kahwin kali kedua dulu....

Keluarga Senin Pauh Lima....

Muaz yang ambik ni

Sembang-sembang dulu sebelum ke tempat kenduri

Muaz suka kacau kakak tu

Dah siap makan, bergambar dengan pengantin sebelum kami balik .....
Tak cukup rakyat ni, yang sorang tu memang bermasalah.... entahlah, no komen!!!

Jom balik!!!! sebelum maghrib nanti aku nak balik ke Dungun pula.... 

Sabtu, 13 April 2019

K E N A N G A N

Ada bahagian cerita yang tak mampu aku luahkan kerana bagiku itu cuma sekadar kenangan semalam yang mungkin bakal aku lupakan. Kenangan sekadar singgah kemudian pergi dan mungkin takkan kembali.

Kenangan antara dia dan aku...
Raut tuamu masih lagi membekas dalam mataku. Aku masih ingat lagi biacaramu, gelak tawamu,
aku masih ingat lagi genggaman tangan mu...
Dipenghujung pertemuan kita, matamu marah mengiringi langkah kakiku untuk meninggalkan semua kelukaan hati aku.

Yang paling aku sayu, keputusan ku dianggap bersalah.... Seolah aku seorang yang bersalah.
Aku mencari sisa kekuatan sendiri. Kejamnya hukuman itu kepada aku....

Maafkan aku kerana terpaksa melukakan hati tuamu
Maafkan aku kerana tidak mampu menahan perasaan hati yang terluka....
Maafkan aku kerana tidak mampu menjadi yang terbaik dikalangan mu...
Moga engkau tenang disana...
Maafkan aku...


Hasil carian imej untuk danbo menangis

DIA SEOARANG ABAH MERTUA

Rabu, 10 April 2019

Perasan ke Perasaan?

Jangan diikut sangat perasaan tu... kenapa tiba-tiba boleh muncul?... kalau tak dilayan perasaan tu, takdenya ia nak merebak... Huh!!!! masih ada perasaan ye. Nak apa lagi dengan hati tu? Saja cari penyakit ke? Allah, tergedik-gediknya dia... Jahat kan hati tu?

Imej yang berkaitan
Danbo jatuh hati pada seseorang dalam diam... weh!!! gila ke?
#Sekadar dongengan.


Dah, kita masuk cerita lain...

Lepas tampal carta organisasi PIBG kat papan kenyataan, GB Azlan lalu, dia cakap...

"Tahun ni hanya sorang je bole tukar".

 Gluuppp!!!!!... Katanya, pengarah ada tanya dia, "nak tukar tak?" pantas aku jawab... "Ala, ustaz tak payah tukar lagi.... masih barukan kat sini' ... kebetulan ustaz Azhari lalu, dia bertepuk tangan...

Bagilah saya bertukar!!!!

Ustaz Azhari cakap, "Bagi sayalah tukar..."

Aku jawab, "Saya lah dulu, saya lama kat sini..."

Dia jawab lagi, " OK, ikut turn"

Eh!!!! turn aku lah tu.... Ustaz tak pelah, hari-hari dapat jumpa bini...

GB Azlan mencelah " Yang ni saya sedih dengar ni"

Sempat lagi ustaz Azhari jawab "Tie, awak muda lagi, bagilah kat saya, saya dah tua"

"Ustaz, laki saya tua lagi..."

Masing-masing terus berlalu dengan impian masing-masing.


*****************


Semalam masa sibuk bergambar, GB Azlan cakap kat aku,

"Ustazah, bergambar ni terakhir dah untuk ustazah"

Apakah!!!!!!!

Aku senyum sambil cakap AMIN....

GB cakap lagi, senyum tu ye dah tu...

Allah, jangan lah main-mainkan perasaan aku....


# Weh!!! catatan ini sekadar menghilangkan rasa bosan yang membuak-buak...dan memang kejadian ini benar pun.... korang susah kenapa?


Selasa, 9 April 2019

Sesi bergambar SLID

Masa mesyuarat semalam, guru besar putuskan esok ada sesi bergambar. Guru lelaki pakai kemeja putih bertali leher biru muda dan berkot. Guru perempuan pula pakai baju blause dan berkot.... semua benda yang diminta tu, aku tak de.... baju aku ada kat rumah satu lagi.... malas nak keluar pergi beli baru.... aku dah tahu perangai aku ni, mana boleh pergi terus beli.... jenuh nak jajak dari kedai ke kedai... baik aku tidur je kat rumah....


Pagi kejadian, kalut cikgu-cikgu lelaki nak ikat tie baru diaorang... Malam tadi riuh dalam group whatsAap masing-masing tengah shoping tie. 



Riuh pagi ni masing-masing nak persiapkan diri



Dok bincang nak susun atur macamana...



Cuaca makin panas ni...



Sementara tunggu Cikgu Li dan Cikgu Aziah... Mana diorang menghilang ni?



Cuba bergambar kat sini... Silau



Cikgu lelaki berbaris dulu, nanti kami Follow



Kami dah ready... Pok Epul jadi jurukamera... Kebetulah Pok Epul dok kat kolam tu, panggil je...



Diorang tengok cantik ke tak gambar yang ambil tadi... beria je diorang ni...



Nah ! gambar dekat sikit. Macam nak tengok ibu bulan....




Tunggu round kedua....



Gambar tadi ok... jom! bergambar lagi



Bincang nak bergambar sorang-sorang pulak...



Eh! ni test guna HD okey... korang dah kenapa?



Sabtu, 6 April 2019

Seketul kenangan

Dalam perjalanan ke Jerangau, Aizi whatAap aku....

"Farid mari bagi hadiah ko abah"

Eh!!!!! Farid Pasir Jelatang ke?

Ingat lagi dia kat aku......

Sebelum ni dah dua kali Farid datang rumah, tapi tak de orang. Petang tadi masa ma siram pokok bunga, Farid datang .... 

dia tanya ma "Pakcik Wi ada tak?"

Ma jawab "Ada!!!... Naik la ke rumah"

Dia terus naik dan beri hadiah pada abah siap balut dengan kemas dalam kertas minyak.


Abah hanya senyum.... ingat kan dalam bungkusan tu minyak wangi.... rupa-rupanya minyak angin cap kapak.

Allah! Bagaimana kehidupan kamu wahai sahabat.

Aku dapat tahu, dia sekarang sedang belajar kat Pondok Pasir Tumboh. Apakah dia telah berumahtangga? Salah aku ke dulu?

Perkenalan kami di pusat Tuisyen Kami tahun 1998. Aku pun lupa macamana perkenalan ini bermula. Cuma yang aku ingat dia suka pos surat dan minta aku balas surat tersebut. Weh!!! dulu mana ada handphone... kalau bergayut pun guna telefon rumah. Tempat biasa yang dia guna public phone dekat simpang pauh butut tu... pernah lah ternampak dia guna telefon kat situ....

Surat yang selalu dia hantar kat aku, aku sendiri tak faham isinya... selalu tulis macam nak bagi tazkirah, takpun macam buat ringkasan lepas baca buku. Huh!!!! aku pun tak reti nak balas apa. Sikit pun dia tak cerita soal hati... Ye!!!! pada aku dia cuma kawan....

Lepas kami ambil STAM... aku ke KIAS dan dia sambung belajar ke Mesir... di situlah bermula titik permulaan persahabatan kami putus. Aku pun tak sangka, si ZUL tu masih anggap aku berjanji dengan dia. Entahlah, antara aku dan Zul sebenarnya ada masalah komunikasi. Aku tak suka sebenarnya...

TUP TUP Farid balik ke Malaysia dan tanya kan aku pasal si Zul tu.... dia pun balik sebab tak dapat belajar... seingat aku sepupu dia, Piji pernah cakap.... Farid ni ada "isim"... Wallahualam

Aku pun lupa kesudahan kisah aku dan dia.....

Terus senyap begitu....

Hingga dia muncul lagi dalam keluarga kami....

Dia nak apa lagi sebenarnya?.... Masih angau kat aku ke? Mujur lah dia tak tahu yang aku pernah dapat gelaran "J" dulu.... Jenuh lah kalau dia tahu dan datang meminang aku..... Oh tidak!!!!!!

Jodoh pertemuan itu Allah dah susun elok-elok dah... memang antara kami tak berjodoh... aku segan sebenarnya dengan keluarga dia... aku tak sehebat seperti yang disangkakan.....

Sebagai seorang yang pernah mengenali mu... aku mampu doakan yang terbaik... berjodoh dengan wanita yang baik...

Maafkan aku.... aku bukan insan yang sempurna

D U K A A K U

Aku insan yang berduka.... Setiap kedukaan adalah satu ujian.

Aku pernah terlalu berharap pada manusia sehingga satu saat aku dihempap satu kesakitan yang teramat. Aku menangis.....

Aku terkadang lupa untuk menyedari hakikat sebuah pengharapan yang sebenar adalah berharap pada Allah.

Malunya aku bila aku melebihkan manusia dari Rabbku. Namun, kau sedarkan aku kembali supaya tidak nergantung pada dahan yang rapuh. Pengharapan pada manusia ibarat bergantung pada sebuah dahan pokok yang rapuh, apabila patah, mesti kita rasa sakit pabila tersungkur jatuh ke tanah.

Buat diriku!!!!
Hapuskanlah air mata itu, jangan kau terus bersedih... Janganlah kau terus mengenang kekurangan dirimu... Kerana Allah sudah merencanakan sesuatu yang lebih baik buatmu... Sesuatu yang tak terduga, yang lebih indah buatmu.

Imej yang berkaitan


Ya!!! Moga suatu hari nanti Allah akan gantikan perasaan itu dengan sebuah kebahagiaan yang tidak aku jangkakan.

Kembalilah kepada ALLAH... Dia tak pernah tinggalkan kamu sendirian

Jumaat, 5 April 2019

PERJALANAN HIDUP

Dalam hidup ini sahabat akan hadir silih berganti. Tanpa kita sedar kehadiran mereka itu bukan untuk suka-suka, tetapi itu adalah sebahagian daripada aturan Allah untuk hidup kita.

Hidup ini sebenarnya adalah sebuah perjalanan yang sangat misteri... sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku esok dan di masa depan kita.

Tapi itulah hakikat erti sebuah kehidupan kita sebagai Hamba Allah yang kerdil. Alah dah tetapkan semuanya dengan cantik untuk kita. Tapi kadang kita terlupa bahawa setiap apa yang berlaku dalam hidup kita bersebab.

Hasil carian imej untuk danbo menangis


Kita perlu sabar dan percaya dengan percaturan Allah. Letakkan Allah yang pertama sekali saat kita rapuh untuk ujian yang DIA turunkan...

Bersejudlah, ceritakan segalanya pada DIA.... sebab DIA sentiasa mendengar rintihan hambanya.

Ingat!!!! ALLAH tu baik.

Jangan kita jadi seperti awan kelabu yang tidak pernah menyalahkan senja kerana menutupi keindahannya, kerana awan kelabu menerima ketentuan takdir dirinya dengan redha.

Tika ini, saat hidup aku diuji... aku menangis, menyalahkan diri, putus harapan....

Allah!!!!
Bantulah aku bangkit dengan kekuatan baru,
Lepaskan semua beban yang aku tanggung
KAU lebih mengerti hati aku....

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...