Rabu, 26 September 2018

Imbas kembali

Tetiba pula malam ni terbaca kenangan yang lepas- lepas. Aku pun dah lupa kenapa blog ini muncul..... rupa-rupaya tempat aku meluahkan rasa selepas rumahtangga aku hancur. Aku tak pernah ceritakan hal rumahtangga aku dalam ni. Kenapa?

SANGAT MENYAKITKAN

AKU BENCI

hingga tak sudi MENYIMPAN DENDAM

biarlah kehidupan dulu tidak mengganggu kehidupan seharin ku kini.

Rupa-rupanya Allah dengar rintihan aku. Allah dah beri banyak nikmatnya pada aku.

Restu keluarga sangat penting dalam hubungan. Di saat-saat akhir selepas aku kecewa dengan tindakan Azizul, aku betul-betul serahkan kepada keluarga. Nah!! Allah aturkan jodoh ini tanpa disangka. Kelakar pula bila ingatkan pertemuan jodoh aku ni. Asalnya perkenalan ini satu tempat dengan Azizul. Masa tu dikenali dengan nama Abang Mat, padahal orang panggil dia Ujang. Dia suka sangat cakap yang menyakitkan hati aku. Dia seorang bisnesman kat Indonesia. Tiba-tiba Abang Mat menyepi hampir sebulan rasanya. Aku terus delete namanya dalam contacs phone. Kononnya dah tapis orang-orang yang tak patut dijadikan calon suami.

Bila muncul semula, aku tak kenal dah siapa dia.... dengan emoji menangis dia cakap ni mesti dah buang namanya..... Hahahaha, memang tepat sekali tekaannya. Tapi aku ingatlah seorang lelaki yang poyo belajar kat Jordan berlagak pandai. Alih-alih cakap nak kenalkan aku pada kawanya seorang duda anak 6. Huishhhh ramai anak dia. Dalam otak aku, seorang yang kurus dok tepi tangga bersama anak-anaknya.

Yang geramnya dia suka main-main.... lantak kau lah... nak bagi, elok-elok lah.... kan merajuk juga aku ni.

Gambar pertama Abang Mat hantar, seorang lelaki berbaju biru dan memakai jaket air ditepi jeti. Tapi tak jelas mukanya.... minta lagi gambar lain yang muka nampak dekat. Tu dia, not bad lah.... gambar berjubah putih dok makan kat kedai.

Tunjuk kat keuarga... ok cukup syarat yang ditetapkan iaitu Orang dekat, duda kematian isteri pakej pula seorang hafiz.

Cuma..... usia dia jauh beza, hampir 12 tahun. Aku sebenarnya target hanya 5 tahun beza usia.

Pertemuan pertama, dikenali sebagai Ustaz Toha datang bertandang ke rumah ayahbonda. Dunia tak tak de orang lain gamaknya.... dia datang dengan warisnya Sir Roslan, guru tuisyen masa aku sekolah menengah dulu. Ler..... Ma dan abah serta seisi keluarga dah setuju. Masuk pula babak menyuting... Isk.... pampung pampung, wakil merisik tu, Haji Daud kawan kepada sepupu ma, suami ustazah Amnah. Haji Daud tu ayah kepada Abe jea (senior masa sekolah menengah dulu. Dia bermotor besar, tu yang kenal)

Dah selesai bab tu, Allah melancarkan urusan kami....

Oleh kerana kami berjauhan, memamg tak ada peluang lah nak keluar dating berdua. Ingat lagi, ajak Ustaz Toha cuba baju pengatin, selesai urusan.... dia ajak makan-makan kat restoran di Wakaf Che Yeh. Aku pergi dengan Shakir masa tu. Ambik order makan kue tiau kungfu. Masa makan dia tak banyak cakap, kononnya malu dekat Shakir. Nak tahu, masa nak balik dan nak naik kereta.. boleh pula dia berebut nak masuk kereta belah pemandu dengan Shakir.... Hello!!!!! kereta awak kat sebelah tu, Hamboi dah tertukar kereta ye....

Hahahaha

Kek Hello Kitty

Lepas asar semalam keluar pergi ke Dungun. Biasanya lepas balik sekolah terus merayau... tapi oleh kerana badan rasa tak sedap, kepala pun ting tong... baik balik rehat dulu...

Misi pertama, nak korek duit gaji. Almaklumlah lama sangat dah berjauhan dengan gaji bulan ni betul-betul kering dibuatnya, nasib baik aku tak merajuk dengan engkau gaji!!!

Nasib baik orang tak ramai, parking pun senang dapat. Cuma CIMB kat Dungun ni sempit sangat, tak selesa nak dating lelama dengan mesin ATM.

Terus ke pasarayaku mencari seluar track budak-budak ni.... kesian, bila nak kemana-mana cari seluar tak de yang elok, semua dah koyak kat lutut, punggung, celah kelangkang.... Huh!!!! memang dah lama pun tak membeli.... Sekali rembat, hambik kau 6 helai aku beli.

Eh!!! ada kedai kek Umi. Jom masuk!!!!

Tinjau-tinjau, ada pulak kek Chantik ni....

Lalu berlakulah pergelutan antara aku dan Aisyah... 
Eh!!! Salah... 

Aisyah cuma cakap : "Aisyah rasa nak beli kek dan makan dengan kawan-kawan lah"
Ayat meminta tapi kejam... Hahahaha

Kek yang menjadi kegilaan Aisyah....


Ni adengan bila bawa kek ke sekolah. Cikgu Isma menyakat Aisyah nak bawa balik kek tu dan nak makan sorang-sorang.... Kau rasa....
Menangis lah budak tu.... lagi menangis lagi cikgu sakat.

Eh, guruh dah datang...Jom cabut lari balik!!!!

Ummu Sibyan

Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah.
...............................................................
Siapakah wanita itu?
Apa yg dia lakukan di rumah kita ?
Ketahui bahwa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil.
Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini.
Siapakah Ummu Sibyan?

✏Sekelumit sejarah ✏
...................................................................
Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s.
bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.

Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau.

Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan. Aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular.

Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kandungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

“Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.

Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka serta diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.

Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : “Wahai perempuan yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan perempuan”.
.................................................................

Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan:
1.Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib
2.Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)

...........................................

Begitulah sekelumit kisahnya
Akan jin yang akan merosakkan anak Adam dengan berbagai cara yang kita tersangka oleh kita yang selama ini tidak mengambil peduli. Makanya apabila jin sudah melakukan peranannya,
Tentu kita boleh mengagak apakah kesannya kepada kita anak-anak Adam. Tanpa rawatan dari mereka yang benar-benar berilmu haqq dan berkebolehan, tentulah kita anak-anak Adam ini akan merasai kesengsaraan sepanjang kehidupan. Jika rawatan dilakukan oleh mereka yang tidak berada di jalan haqq, penyakit akan tetap datang dan pergi

Sebenarnya orang yang tidak belajar Ilmu Mengenal Diri tak guna mengamalkan perubatan Islam .
Banyak kes berlaku dimana seseorang itu “mengubat” si pesakit dengan ayat Al-Quran dan sebagainya, tetapi sakit orang itu tak baik, iaitu sakitnya berulang. Mengapa demikian? Sebab jin yang dia “buang” itu tidak ke mana – ia hanya menyorok dalam badan atau keluar sekejap kemudian masuk balik? Sampai bila pun tak akan baik...
Orang yang tak belajar Ilmu Mengenal Diri amat berbahaya jika “bermain” dengan alam ghaib. Ibarat orang Melayu cuba melintas padang pasir Sahara tanpa unta dan bekal, tanpa “guide” Baduwi, memang pasti akan binasa atau membinasakan orang lain.
Bukan saja jin pandai bermain wayang tetapi jenis dan perangainya beribu-ribu. Hanya orang yang sudah mengenal diri dapat mengenali semua makhluk-mahkluk itu .
Itu sebabnya Ilmu Mengenal Diri sangat penting, khasnya di waktu sakaratul maut.
Ia penting di dunia dan di akhirat. Begitulah perjalanan yang akan kita tempoh – jauh perjalanan, maka oleh itu, saya sarankan kepada semua pembaca, carilah ilmu untuk menyampaikan kita kepada Al-Haqq


TIGA HAL YANG MENYEDIHKAN


ثلاثة اشياء من الحزن
1.رجل لم يدخل المسجد الا جنازته
2. امرءة لم تغطی عريتها الا عند كفانها
3. رجل لم يسبق صدقة الا عند مايكون فی قبره الصدقة العائلية علی اسمه.

1. Seorang Lelaki yang tidak pernah masuk Masjid
    kecuali Jenazahnya.

2. Seorang Wanita yang tidak pernah menutupi Auratnya
    kecuali ketika dikafankannya.

3. Seseorang yang tidak pernah mahu sedekah
    kecuali ketika keluarganya sedekah atas namanya ketika di Alam Kubur.
    Itupun jika Keluarganya Peduli.

"IA SELALU TERLAMBAT BAGAI SEBUAH PENYESALAN"

Tetapi ia begitu cepat  perkara DUNIA.

Firman Allah Ta'ala :

بل تؤثرون الحياة الدنيا

“Sedangkan kamu lebih utamakan kehidupan dunia...”
 (QS Al-A'la: 16)

Demikianlah sikap kebanyakan manusia :

1. KITA Biasanya masuk ke tempat kerja sebelum Waktunya.


2. KITA Biasanya tiba di lapangan terbang sebelum Waktunya.


3. KITA Biasanya  datang (menunggu giliran) di rumah sakit sebelum Waktunya.


4. KITA Biasanya berada di dalam stesen kereta api, 2 atau 3 jam sebelum berangkat.


AKAN TETAPI  apabila KITA mendengar Azan KITA Seringkali bersantai

TANPA merasa BERSALAH APA-APA..

استغفرالله العظيم

Isnin, 24 September 2018

Adunan goreng-gorengan

En. Suami minta gorengkan cempedak nak bawa pergi gotong royong kampung tebang pokok sena depan sekolah tu. Cempedak made in kebun Mokmoh. Wea yang panjat tu. Haloba, ambik sampai 3 biji, kang kalau tak goreng, memang busuk lah situ sampai minggu depan.

the making of....
Add caption


Adunan yang biasa aku guna untuk goreng-gorengan

- Tepung beras 
- butter
- garam
- kunyit
- air

Kat bawah ni pulak adunan ibu kantin

- Tepung beras
- telur
- ketulan ais
- air
- garam
- kunyit

Ni pun resepi daripada ibu kantin juga

-Tepung gandum
- majerin
- minyak
- garam 
- kunyit

Sila buat anggaran sendiri.... 

Selamat menempuh UPSR


Bermula minggu peperiksaan bagi anak-anak tahun 6.  Peperiksaan besar pertama yang engkau tempuhi… banyak lagi peperiksaan yang menunggu di hadapan. Cemerlang biarlah seiring dengan akhlak yang terpuji. Kami warga guru-guru mendoakan yang terbaik buat anak-anak sekalian.

Calon UPSR kat  sekolah aku seramai 11 orang sahaja. Ada la yang cakap, murid tak ramai senanglah nak pulun… padahal Allah saja yang tahu. Moga Allah teruskan buka mata hati untuk anak-anak didik terus belajar dan menghayati setiap adab dalam kehidupan seharian.

Sekolah kecik ni hampir separuh cikgu-cikgukeluar  bertugas sebagai pengawas peperiksaan, kami saki baki yang tinggal kat sekolah ni kena jaga kelas seharian. Huh!!!! Jenuhlah jaga murid-murid supaya tak buat bising.

Sepagi aku jaga kelas tahun 2 Arif,

eiiii…. Boring sangat….  tu yang "terus berbicara di sini".

Korang nak tahu, sepanjang 9 tahun aku berkhidmat, baru sekali aku jadi pengawas peperiksaan  di SK Kemuning tahun 2015, tu pun kena paksa…. Masa kat SK Durian Daun, tak pernah sangkut pun borang tu kat aku. Tahun lepas, dapat tawaran isi borang untuk jadi pengawas peperiksaan…. Dalam borang tersebut ada menyatakan tahap minat kita terhadap tugas yang ditawarkan, aku dengan jujurnya memilih “sangat tidak berminat”. Hasilnya nama aku tersingkir terus dari senarai. Huh!!!! Maafkan aku. biarpun ada bayaran, kita bagi laluan kepada yang betul-betul berminat. Aku ni jenis susah nak bergaul dengan orang yang baru kenal. Pergi mana-mana aku tak kisah berseorangan.

Itu lah aku…….

Adengan pagi UPSR. Tu bukan calon UPSR... Qistina tahun 3...
Paksa rela buang pirah kat bulu mata. Bapak besar menatang tu...

Ni calon-calonnya
Aizatul, Ayuni, Hazirah, Maisarah, Syamimi
Haikal, Nik Zulhaikal, Zul Idham, Syazwan, Danish Alfred dan Ridhuan
Semoga kalian dapat menjawab dengan baik dan tenang. Berlapang dadalah dengan hasil usaha selama ini....

Sabtu, 22 September 2018

Hari suri rumah

Hari minggu yang sibuk bagi ibu-ibu di rumah.

Banyak projek nak buat hari ni. Sekolah Muaz ada program Kem Bestari Solat dan minta ibubapa sediakan bekal untuk anak-anak kerana kantin tak buka. Tak tahannya Muaz siap request suruh masak nasi arab, ayam goreng, kuah gulai dan air tea kalau tak de air tea, air kangen pun tak apa. Hamboi.... Ni nak pergi belajar ke nak pergi makan nak oiiii.

Sebagai seorang aku, jenuh la aku fikir nak masak apa. Anak-anak ni bukan makan pun kalau masak yang pelik- pelik. Muaz minta ayam gulai, padahal tak pernah nak makan pun. Yang paling diaorang suka adalah sup ayam. Pepagi buta nak masak ayam sup rasanya macam tak sesuai.

Ting!!!! Datang idea.... Kita goreng nasi je.... Senang...

COCINANDOOOOOO

Gigih seorang aku mengoreng awal-awal pagi. Hahaha, mana lah pernah anak-anak bawa bekal ke sekolah. Kesian kan!!!! Ini lah nasib kami bila anak beranak tinggal berjauhan demi tugas. Insyallah rezeki itu milik Allah, ada tu rezeki aku terselit kat mana-mana.

Siap!!! nasi goreng cina versi seorang aku. Nasi goreng lain anak-anak tolak tepi yea.

Pukul 8.00 pagi semua dah siap, Abah dia hantar ke sekolah naik motosikal. Padahal sekolah belakang rumah je, biasanya jalan kaki je. Ni saje meraikan anak-anak bersekolah hari Sabtu.


Rumput depan rumah dah panjang,
kenapa engkau panjang,
Lembu tak makan aku...
lembu tak makan aku...
Eh!!!, aku mana bela lembu.
Waktu rehat pukul 10.30 boleh pulak Muaz berlari balik rumah semata-mata nak minta duit. Katanya Makcik kantin menjual... Haiyoooo... kan dah bawa nasi, nak beli apa lagi... Bagi juga lah duit RM2 kat Muaz. Pesan kat dia, habiskan nasi bekal tadi.

Balik sekolah, aku tengok bekal dia.... dah agak pun, dia mana makan nasi tu, diratahnya ayam goreng sahaja.

Jumaat, 21 September 2018

Kelebihan Wuduk Untuk Kesihatan

1. Merawat resdung dengan
"melebihkan semasa memasukkan air ke hidung"
Amalan biasa masyarakat : tidak memasukkan air ke hidung
Amalan yang lebih baik: memasukkan air ke hidung
Amalan yang terbaik : melebihkan dengan memasukkan air ke bahagian paling dalam hidung kecuali ketika puasa

2. Merawat darah tinggi dengan
"menyapu air di tengkuk"
Menyapu air di tengkuk dinyatakan oleh Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya' 'Ulum al-Din. Kaedahnya, selepas membasuh telinga, maka diambil air dengan tapak tangan dan disapukan di belakang leher (tengkuk). Diulangkan sebanyak 3 kali .

Catatan: Pesan guru saya, orang yang ada masalah darah tinggi bila ditanya, memang tak amalkan sapu air di tengkuk. Orang yang amalkannya pula, bila ditanya, memang tak ada masalah tekanan darah tinggi.


Hasil carian imej untuk danbo ambil wudhuk

Khamis, 20 September 2018

Misteri beg pink


Balik dari Dungun semalam, singgah sekolah kejap. Eh eh!!!! Beg siapa tu berlumur dengan tahi lembu.... Ergggghhhh

Aku fikir, mungkin tuan beg ni lalu dan beg terlucut jatuh terus atas tahi lembu. Jadi tuan beg geli nak ambik beg tu... Cuma ambik barang- barang dalam beg dan beg tu tinggal kat situ.

Masuk kelas tahun 4 tadi, aku tanyalah budak-budak ni,

"beg pink sape tu?"

"Ooooo tu beg Khairi"

Ada orang sabotaj rupanya. Beg pink tu lama dah si Khairi campak dalam pagar kebun tepi sekolah ni gara-gara jumpa buah durian, beg tu dia buang. Semalam ada lah budak yang nakal pergi masuk pagar dan ambil beg.... Tak tahannya pergi campak atas tahi lembu..... Haiyoooo budak-budak ni. Tahi lembu juga dia buat main.

Rabu, 19 September 2018

Permudahkanlah

Dengar cerita katanya bulan Oktober nanti PPD akan bermesyurat bagi perpindahan guru-guru. Isma ajak aku pergi jumpa En. Johari kat PPD menarik perhatian.

Lepas sekolah kami ke sana. Dapat jumpa dengan En. Jo (aku pun baru kenal En. Jo, selama ni dengar nama saja)... aku serahkan borang aku beserta dengan borang Ustaz Khairul dari SK Demit 2 atas tiket pertukaran suka sama suka. Terpulanglah, aku tak mengharap pada manusia, Allah Maha berkuasa. Aku serahkan segala urusan padaNya.

Bila aku cakap kalau tak dapat pertukaran antara negeri, tolong rekemenkan antara daerah..... nak tahu En. Jo cakap apa?
"Awak hati-hati, kalau dapat Besut, awak dalam perhatian!!!!"
Aku dah tahu dah... awal-awal dulu aku dah kena hentam dengan orang PPD. Haish!!! Sape lah yang buat hal tu, aku yang kena tempiasnya.

Selesai urusan kami melencong ke kedai ECO. Satu kegembiraan untuk budak-budak bila datang sini. Sebelum balik ke Lintang, kami singgah makan-makan tepi pantai. Aisyah order Mee sup dan air kelapa float, aku makan ABC dan Isma order rojak. (Segan nak ambik gambar hokey)



Hai awak......


Nasrul tak main sukan. Kaki dia belum elok sepenuhnya.

Awal tahun baru ni, kakak Akmal terlanggar Nasrul dengan motorsikal. Patah peha. Lama dapat cuti, tertinggal banyak benda. Sebelum ni Nasrul aktif juga, bila datang selepas cuti ni, Nasrul nampak macam pasif sikit. Bila aku tanya, dia kurang bercakap dan bagi respon. Dulu bising je mulut dia. Tak pernah aku marah dia walaupun dia tidak tahu membaca dan menulis. Sebab..... dia rajin buat kerja, yang tak belajar lagi, siap dah dia buat kerja....

Mudah-mudahan Nasrul cepat sihat dan dan dapat belajar dengan baik. 

Sabtu, 15 September 2018

Berkebun

Cuti merupakan hari bersama keluarga, tak semestinya kena pergi melancong, cukuplah dapat luangkan masa bersama-sama. 

Tiap kali cuti mesti aku beria nak ikut encik suami ke kebun. Tugas aku hari ni gali lubang atas batas. Muaz temankan aku gali lubang tapi tu lah 2,3 lubang je dia gali, lepas tu dah lesap main kat air kat parit tangkap anak berudu.


Gigih Muaz korek lubang

Asyik dok main dengan anak berudu.
Tangkap, tangkap, curah atas tanah, pastu dia kenyek...

Anak betik yang belum di tanam.

Tak sabar nak tunggu hasil....
Ahaksss....

Bersedia membasmi rumput

Kalau aku ikut ke kebun, ayat aku

    "bila nak balik?"

   "banyak lagi ke abang?"

   "lepas ni nak buat apa?"

Ikutkan aku ni bukan minat berkebun, encik suami yang beria minat. Aku cuma support dari belakang. Ikut ke kebun bila luang dan larat sahaja. Tak tahan panas weh....

Sebenarnya berkebun ni boleh dijadikan sebagai senaman, mana tidaknya encik suami dah kurus dan banyak seluar lama muat dan boleh dipakai semula.... sukalah hati dia... aku juga yang beria tak bagi dia kurus sangat, nanti tak sedap peluk lagi... Hahahaha....

Insyallah dalam 2 minggu ni selesai tanaman untuk projek pertama. dan akan diikuti kebun yang kedua. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan dan projrk tanaman ini membuahkan hasil yang lumayan. Allahumma amin.....

Khamis, 13 September 2018

Baju Merdeka

Jadi ibu ni kena kreatif macam-macam. Minat menjahit tu memang ada, cuma masa je tak sempat dan kurang keyakinan. Dulu aku pernah jahit baju sendiri, buat baju kurung moden. Yang ingat last aku jahit, kena bebel kat ma aku. Nak tahu puncanya..... hahahaha... aku potong kain tak ikut benang kain... konon aku potong gitu nak letak bunga kat depan baju... kesudahannya baju siap jadi senget benget... sampai ke hari ni aku ingat. Sekurang-kurangnya bila aku buat salah gitu, boleh jadi panduan di lain masa. Ingat tu!!!!! nak potong kain, ikut benang dia.


Muaz lah dok tanya abah dia, nanti program sambutan Merdeka kat sekolah Muaz nak pakai apa? Disebabkan Muaz bersuara, aku mula mengatur strategi.... Jeng...jeng .... jeng...
Saja bagi anak-anak seronok. Lama betul aku tak menjahit. Ni dah ada mesin jahit baru, aku nak realisasikan impian Muaz.


Gigih aku jahit.... seminggu aku ambik masa nak siapkan 2 pasang baju ni. Okeylah... sambil-sambil jahit tu, aku tengok-tengok dalam youtube sebagai panduan. Seluar dan bahagian lengan aku dah puas hati.... Hemmm cuma bahagian leher aku tak kurang pandai lagi. 

Hehehe... hasil yang boleh dibanggakan untuk aku. Encik suami pun dah promote kat anak-anak murid dia, kalau sapa-sapa nak cari isteri, cari lah yang pandai menjahit...echeche..



Hasilnya, anak-anak dapat nombor juga dalam pertandingan sambutan bulan merdeka. Tahniah dan tumpang gembira atas kejayaan anak-anak. Sebenarnya kalau tak menang pun, aku okey je... janji anak-anak dapat pakai baju merdeka yang diorang nakkan sangat tu. Tapi dah rezeki mereka....

Untuk tahun depan, aku akan cuba buat yang terbaik lagi. Dalam kepala ni berangan nak buat gaun untuk aisyah guna kain lace.... kononnya lah....

Selasa, 11 September 2018

Rehat minda

Sempena cuti Awal Muharam ni, sekolah adakan program rehat minda untuk murid-murid tahun 6. Cikgu-cikgu dijemput hadir dengan membawa potluck masing-masing.

Pukul 8.30 pagi berkumpul kat sekolah. Aku kena bawa 3 orang murid, Aizatul, Sarah dan Hazirah. Lebih kurang 8.40 pagi kami bertolak secara konvoi ke Sungai Kelemin. Ramai juga guru yang hadir, K.ja yang dah pencen pun ikut sama.

Sungai Kelemin terletak di Kampung Talong. Selama ni aku selalu dengar Sekolah Kebangsaan Minda Talong dan ni kali pertama aku sampai ke sana. Tengah sembang-sembang tu, Sarah cakap nama Minda Talong tu asing-asing... maksudnya Kampung Minda dan Kampung Talong. Yang kelakarnya nama sekolah disatukan jadi Minda Talong. Satu maklumat baru untuk aku.....

9.10 minit dah sampai tempat yang dituju.


Tengok je lah gambar...
Laki k.yati pasang khemah makanan....


 Masa bentang tikar, suasana redup... bila dah panas malas nak beralih....
Ada orang tolong pasang khemah untuk teduhkan... tak puas hati juga, hambik kau... dia keluarkan payung polis dia....




Air yang cetek, sesuai sangat untuk budak-budak. Aisyah masa sampai terus masuk dalam air... tak sempat baca doa apa dah...



Dari atas...

Makan bersuap, sejuk sangat tak boleh nak gerak...

Makan... dah basah tak boleh duduk atas tikar... makan la dalam air...





Aku bawa karipap dan samosa.....
karipap tu beli kat kedai frozen Dendang, kembung je lebih, isi secoet je.

Menu utama
Nasi goreng by Mok Ani
Ayam bakar +Air asam
Pertama kali aku makan ayam bakar cicah air asam...

Pok Epul dan laki kak yati....
Orang kuat kita ni

Ibu, Nab, K.ja, K.zi dan K.Yati

Geng bakar-bakar gitu

GB kita....
Nak balik dah...
siap jaja spender tercicir... tak de sapa yang ngaku...
buang je dalam sungai bagi kat buaya.... hahahaha

Geng kanak-kanak... Raziq, Waiez, Azra, Aisyah, Suzi dan Auni...
Amar tak tahu hilang ke mana....

Kemas khemah sebelum balik


Buah Peroh...
Macam-macam makanan baru aku rasa kat sini.
Sedap, ralit bila makan.

Suzie demam.... so sad

Diaorang tak turun sungai pun, aku dan ain je main air...
Sadisnya ada lintah kat situ...





Pukul 12.30 tengahari kami bertolak balik....
Sangat lah letih... Tidur tak ingat dunia... petang baru sedar....
Macamlah aku yang beria masak untuk potluck... padahal.....


BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...